Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

menu takde nasik

woot..woot..raya tinggal bape hari lagi ni wei..haha..esok sehari lagi keje..jumaat dah cuti, satu apa pon tak kemas lagi. Malam ni boleh la siap2 lipat kain..haha..poyo betul. Hari ni pon macam sume org dah takde mood nak keje..org sibuk citer pasal raya je..tapi ada dua tiga helai lagi keje nak kene buat sebelum cuti panjang. Kalau tak siap karang mau rasukan jugak nnti bila masuk keje balik. Kalau dah siap awal..boleh la raya dengan tenang...wakakak..

Aku dah malas nak masak wei..rasa letih gila..tapi tatapla akak masak jugak petang2. tapi lauk sempoi2 la. Petang ni pon makan lauk semalam je la kot. Mili takde, buka kat opis dia. aku malas nak join, malas nak bersiap. Dah dekat sebulan asik masak je..kalau boleh nak makan nasik ngan ikan goreng ngan kicap je..boring dah masak, jd mcm takde perasaan nak makan. hahha..boleh caya ke?so haritu ada sehari, takde menu nasik pon..makan ala2 restoran katanya..ko makan menu lain, aku makan menu lain.


spegetti meatball..3 hari berturut2 buka benda sama..haha..


Mili request kue tiaw goreng..



teringin yang kat pizza punya, tapi boleh plak diorang kata microwave rosak, so takleh order pasta.
so, makcik balik gigih buat sendiri. tu yang 3 hari berturut2 buka spegetti meatball. 

chilli flakes buat sendiri yo..mula2 nak blend je cili kering, tapi mcm serba salah..nak basuh ke tak..kalau basuh karang basah pulak.
tengok kat google cemana nak buat, patutnya kene jemur kot keringkan. tapi nak cepat, kita keringkan dalam oven je sampai berkilat + garing, pehtu blend. pedas meletop! pedih perot. haha

sekian, entry tak bermaya..:)
www.tips-fb.com

Salam Ramadhan

Hallo..hallo..assalamulaikum...lamanya tak bersiaran..yuhuuuuuuuuu...ada lagi ke yang datang jenguk2 sini???Lama betul tak update, jadi macam kekok sikit nak mengarang2 ayat. hahha..3 bulan menghilangkan diri..kemana agaknya??hahha..ada orang kesah. Dalam 3 bulan ni banyak gak aku pikir..pikir nak tutup blog lah..nak senyap mcm tu je la..mula2 macam nak buat entry selamat tinggal..tapi mcm poyo betul. Lepas tu pk mcm ada orang kesah ko nak tutup blog ke tak pid. so biar dulu la.

Tapi pastu cam pikir..tak elok plak senyap je terus sebab aku rasa ada jugak yang rajin dtg sini walaupon tak komen. perasan disitu. hehe..pastu aku rajin gak komen kat blog2 tertentu ni tetiba cam senyap je kan..so mcm pelik plak terus menghilangkan diri. Penat wei berblog aku rasa dah lama dari tahun 2005 masa zaman blogdrive lagi. Last2 aku senyap je terus takde buat apa2..kot2 tetiba rajin mcm hari ni kan..karang satu hal je dah poyo2 tutup, tetiba buat entry baru..huhu

so, kemana menghilangnya Juwita? eh apid selama ni? hahha...tak kemana-mana pon..ada je keje macam biasa hari2. Cuma makcik tengah demam K-pop masa tu. Jumpa website citer korea online banyak gilaaaa!!!sume citer ada. citer lama, aku aku miss dari tahun 2008 sume ada..citer yang baru tayang kat tv tak habis pon ada jugak. tu yang jadi rambang mata semua nak sapu tengok tu. Sekarang lagu kat pc pon sume lagu korea...hahhaha..lantakla org2 selalu komen kpop2 tah hape2 kan..tapi series aku rasa diorang ni klaka. Tapi kpop yang terkinja2 tu idokla aku layan...


























Lama sangat melayan, ni sampai tahap muntah terbelahak dah ni wei..tak larat dah..aku tengok pon mcm takde perasaan. Tahap tepu dah. so kita benti la dulu..tu yang tetiba terupdate plak hari ni..haha..pitam dah tengok korea..sana sini korea rasa macam argghhhhh!!letih. so, sudah2 la tu..kebah dah demam kpop sume.

Menu atas tu bukan menu bukak pose ye..pasni aku marathon bazar ramadhan online kalau rajin la..bukan boleh harap sangat ye..kata nak update tup2 senyap terus. mcm tak biasa..haha. sehari sebelum puasa haritu, buat makan2 kat rumah dengan kawan2 opis yang comolot. saje2..dah lama tak kumpul2, borak2..nama je satu opis comolot katanya..tapi jumpa jarang2..tepon2 je kadang2. Dah makcik demam kpop kan..so harusla terperap je kat tempat duduk. nak pegi toilet pon sayang nak bangun.

Nak jemput 15 orang je..tapi dia punya pening nak masak apa tu macam nak kenduri kawenkan anak. hahha..yela..makcik mana la biasa masak banyak2 nak bagi orang makan..tak reti nak agak. karang yoyo oo ajak orang datang rumah terus takleh makan sume..so haritu makcik berhempas pulas masak gulai nenas dengan ikan duri masin, ayam goreng bersalut rempah, sambal ikan bilis petai ngan sambal belacan + ulam2...itu je la..itu pon dah pening nak masak banyak mana..hahha..teruk sgt.


Akhir sekali disudahi dengan pemanis mulut paling sedap abad ini..aku rasa la..Black forest trifle raja bersiong resepi kat blog kak TTM. Sedap giler rasa nak buat lagi hujung minggu ni..aku memang suka bende2 manis sejuk2 ni..so memang sedap la. Korang tatau la..tapi sila la buat, memang sedap!!

Tapi aku ubah sikit..yang bawah tu patut kek coklat, tapi malas nak buat, so beli je kek gulung kat bakers cottage. Rasa coklat habis, kita bedal je rasa coffee (kek gulung terbaik setakat ni jenama bakers cottage) tempat lain mcm tak sedap. tapi tataula. So dah macam ala2 tiramisu rasa dia..

Lapis no 2 aku tak letak jelly macam kak TTM, tapi letak bluberry jem, pastu baru tabur black cherry dalam tin..air dia buang sebab takmo kek basah oke..tamo2....yang lain semua sama..atas aku parut dark coklat saje..malas nak roast2 almond sebab mcm tak reti je..selalu mcm x berapa jadi. padahal letak dlm oven je kot. ntah.

Akhir kata..selamat menyambut ramdhan almubarak. Jumpa lagi kita tahun ini..:)


www.tips-fb.com

Persiapan hari raya..

Salam korang~~~nak raya dah kan..mesti ramai dah yang start cuti..tinggal yang kampung dekat2 je lagi yang tak balik. Aku konon plan nak balik petang ni..sekali beg sume tak kemas lagi. Malam tadi pasang jam nak bangun balik nak kema2 apa yang patut. Sekali tengok dah pukul 5. Dari kelam kabut nak berkemas segala tak pepasal ada barang tinggal, esok je la baru kita bertolak. Nasib 2-3 jam je..kalau balik ke timur sana..maula tak sempat. So pasrah je la ye..dah miss satu malam tido rumah mak hari ni. hehehehhe


Apasal aku tak kemas awal2? haih...banyak keroje nak buat tak sempat..hahhaha..Ni baru anak sorang, kalau aku anak 2 3 tatau la cemana. Apa ke tembel sangat ko pid..hahha..Ntahla..nak kemas, baju tengah basuh lah..apa la..leceh, tu yang tak kemas2 tu. Baju Danish plak aku dah pening nak bawak banyak mana..hahhaha...lagi sekali.


Korang habis dah ke shopping? aku rasa aku dah habis kot walaupon macam ada je lagi sikit2..Tengahari tadi kuar beli selipar Danish. Aku tatau la nak beli pesen apa sudahnya beli Ben10 ada stripe2 kat belakang tu. hahha..kelas Danish macam budak dah besar pakai selipar ben10. Harap2 muat sebab aku tak bawak pon dia.




Kuih raya setel dah..sume aku beli. Ini je pon ha..nak bawak balik rumah mak, MIL ngan dah bagi cikmon satu pehtu semalam buat brownise satu bagi kat dia. Tupon dah tido pukul 2 sebab start buat lepas tidokan Danish. Tu salah satu sebab aku tak kemas2 baju..(hahah..kantoi background bukak blog sendiri..ekekke).

Sikit yo kuihnya..aku serik dah nanti sampai raya tahun depan tak habis sebab orang datang kan selalu kita masak cam mee2 sume tuh, so kuih tak bape nak dipandang..Buat kuih pon aku dah serik gak sebab dulu 2 tahun pertama pas kawen gigih ni buat biskut. Buat 3 orang share maksu ngan adik aku. Konon kita bagi2 la..buat 3 adunan..ha..hambek sampai ke malam tak siap..pehtu aku siap tido tepi oven lagi..so pastu..nonononono buat biskut..x sanggup akak..dah la pose..haus oke dok tepi oven, pehtu petang nak masak buka lagi..mula la adunan yang hujung2 tu bertolak2..ko la..ko la siapkan.






Soping tudung pon setel..hahha..sempat la beli tudung bawal 2 helai (aku kan pencinta tudung bawal, tudung instant ni mana pakai..rasa cam bola muka..padahal org kata oke je..ntah). Ni carboot sale kat opis aku..meriah..macam2 ada jual tapi banyak tudung la..siap buka dua hari ni..cukup2 la..yang pegi tak sampai sejam tu pon habis dah 46 ringgit. Tak yah ke jalan TAR sana..sini pon ada. Tahun ni pecah rekod la..kitaorang langsung takde jejak Sogo ke JAlan TAR sana. Kalau tak mesti pegi masa cuti Nuzul Quran tu..selangor kat cuti..hehe



Akhir sekali..penat dah menceceh padahal aku dah raya..huhu..:(..menu ke 23. Nasi goreng je..dah habis modal..makan ngan daging goreng n telur mata. Buat sambal bilis cili padi tumbuh, pehtu goreng sikit bagi garing sebab nasik x pedas nak bagi Danish makan. Makan ngan dedaun tu..sedap...Hari ni tatau nak masak apa dah..tak larat dah aku..beli je la kot nanti. Takpon sambal sardin pon sedap..

Ni entry last aku rasanya sebelum raya ni. Semua orang pon sibuk dah hujung2 ni kan. Takde masa dah nak berinternet segala. Akhir kata aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan2 blogger, pembaca senyap yang datang sini. Maaf Zahir Batin jika ada tersilap kata, terguris perasaan sepanjang aku menceceh kat sini. Berhati2 di jalan raya. semoga raya kali ni membawa kebahagian kepada semua. takmo la ada yang sedih2 nanti..


keje opis sume dah setel..baru la tenang aku nak cuti lama..yuhuuu!!

Jumpa lagi seminggu pas raya..bye korang..

www.tips-fb.com

Menu hari ke 24

Hari rabu haritu buka pose kat luar lagi. Di taja kali ni. Matila kalau asik kuar buka kat luar sendiri kan. Duit bonus separuh bulan pon habis dah buat bayar kuih raya..huhu..Makan kat Flamingo ampang. Nasib sempat sampai jem sikit2 tu biasa la..

Layan gambar je la ye..aku tetiba dah takde mood nak coter sebab dari semalamgambar tak leh donwload. So modal dah kering. hehhe..Asalnya aku berharap kot2 la ada sushi ke..dim sum ke..tak penah makan, so tetiba gatal plak tekak nak merasa. Sampai sana punah harapan sume takde...huhu.



Ni sayur2, salad sume..ada papadom kopok sayur semua..Meja sume penuh masa ni..sempat pusing2 tengok lauk, ambik gambar sume..sorok2 gitu..malu..tu yang gegar2 segala. Aku tak tegar oke..



Lauk pauk..ada rendang, udang goreng, kambing masak apa tah. Ayam sambal. Rendang, udang ngan ayam sedap. kambing tak makan..Ada ikan bakar umbai jugak. Ntah ye umbai ke tak tak tau la aku..Ada kambing golek jugak..aku tak makan..malas nak beratur..Mili rajin la nak beratur..dia hantu kambing.



Budak baik haritu..sampai habis makan duduk je dalam high chair tu. Nasib la tak meraung2 nak turun. Kalau tak satu hal nak mengejar. Danish sume makan, samosa 3 bucu..bucu2 je dia gigit, sate setengah batang, kek marble saparuh yg lain jadi serbuk dipenyek2 kat atas tu..haih...





ni kek2..aku tak makan pon..tak lalu dah..ada macam2 la..ABC buat sendiri..so sukati la nak letak susu, jagung ikut suka banyak mana..sedap la..dah kata buat sendiri..rojak mamak penang, laksa Johor..pon tak makan jugek..hehhe




Rojak buah ada jugak..rasa la sikit..sedap..Aku tengok Mili dua kali ambik.





Last2 aku makan ini je..nasik la semestinya..tak boleh tak makan nasik wei..yang lelain tu takp enting. Nasik jugak yang paling sedap..haha



Sekian, entry menu..ala2 je entry aku kan..takleh nak pikir dah..nak balik dah ni..bye korang..

www.tips-fb.com

Ramadhan ke 20-21

Hari sabtu haritu kitaorang main masak2 buka pose kat rumah sepupu Mili kat nilai. Dua beradik tu ofer nak buat nasik kerabu sambal tumis. Kitaorang on je la..nak buat nasik kerabu sendiri adalah malas. rentikanla..dah la banyak bahan nak buat pehtu makan dua orang. Tak berapa nak gigih la aku nak buat wei..Kalau beramai2 ni oke la..padahal aku baring je..akakkaka...

Ada ayam percik kelantan jugak. Aku kejap2 tengok kejap baring. Buat kuih keria jugak. Yang ni aku buat resepi CMG jugak macam hari tu. Pas buat keria baring melepek mengalahkan orang tak makan setahun. Dah akhir2 ni mcm letih semacam kan. Mula la nanti ada yang terbabas sahur. Patut lagi kuat nak beribadat, ni lagi melepek.




Nampak cam banyak lauk je kan..tu sume adik beradik nasik kerabu la tu makan dengan daging goreng + ayam percik and kuih gelang juge..hehehe..






Nasik ayam menu ke 21. Dah habis modal dah. Masak guna beras basmathi..banyak panjang juga ini beras....resepi sama je macam korang2 buat cuma sambal tu aku masak letak cili hidup 3 biji, bawang putih 2 biji kasi blend, pehtu masak sampai gelegak campur sos cili, garam n gula. Kicap tak reti nak buat campur tak penting sangat rasanya.


Dah suap baru ambik gambar..menggigil wey...ngan nak siapkan nasik anak lagi..tetiba dah azan, ngap la dulu sikit baru ambik gambar. huhu





Dan buat kuih talam pisang juge..heheh..sempatttt..penat melempai lempai pon..hahhaha...Aku la gatal pi beli pisang, pehtu tetiba cam dah masak sangat. Kita kasi talam la itu pisang. Sedap resepi ni..manis masin dia sedang elok je..dua kali dah buat. Ambik kat blog Teratak Chetam. Kat situ ada koleksi resepi talam. Talam Pisang ni bawah sekali oke. Senang je nak buat. Aku buat separuh adunan resepi je.


*nak share tips, jangan panik kalau korang try resepi ni nanti lapis atas dia mcm berketul2. nanti bila kuih dah sejuk, lapis atas tu akan jadi licin. Mula2 aku panik la jugak..apesal atas dia ketul2. Pehtu pasrah je la..tapi tiba2 bila dah sejuk, jadi licin mcm dalam gambar tu.




*****sekian, wassalam...*****

www.tips-fb.com

Kuih keria & keria bola2 - puasa ke 13

Aku paling suka kuih keria!! kuih koci, tepung pelita..sume yang manis2..jangan kencing manis sudah. haha..Dulu masa pregnant Danish hari2 makan keria sebab tak lalu makan nasik. Sampai 5 bulan aku makan buah, keria ngan twiggies je. Nasik adalah sejemput je makan sebab rasa macam pasir oke. Roti plak macam batu bata rasa sumbat dalam mulut. hahha..over sampai ke batu bata. Tapi memang tak boleh. Nasib masatu ada sorang pakcik kat opis ni jual kuih petang2 wife dia buat. Tapi kalau lambat memang habisla..

Aku dengan mak aku memang tak penah pass buat keria ni. Selalu buat sama2 la kalau balik kampung. Mesti terkeras sebab resepi sume main agak2. Terlembik lah, pehtu tambah tepung dah keras. Kalau beli plak, kene betul2 tau mana kedai yang jual kuih keria sedap, kalau tak kecewa makan keria keras. Takpon rasa tepung banyak. tak best langsung.


So, hari sabtu tu telah buat keria. Bazar ramadhan jauh + hujan plak tu baikla kita buat sendiri..hehhee..guna keledek putih. Aku beli 2 bijik cukup2 je sukatan ngan resepi keria CMG


Aku suka blog masak2 ni sebab diorang tak kedekut nak kongsi resepi. Selalunya jadila kalau buat pon..bukan tipu2. Kalau tak jadi pon maybe sebab kesalahan teknik2 la..Buat dua tiga kali selalunya jadi. Tak la macam sesetengah orang kadang2 kedekut oke nak ajar macamkan kita ni nak berniaga. Kalau ajar pon kekadang tu ajar tak habis. Teknik tak betul. Dah yang baru2 nak belajar macam aku ni terus frust. Aku paham la memang ada yang kita belajar bayar, tapi kalau setakat kuih2 simple macam kastad ke kuih2 yang ko boleh ambik resepi kat internet sila jangan la kedekut. terbebel plak tetiba..heheh sebab bukan apa..bila aku cerita dengan mak yang org2 share resepi kat internet, mak aku terkejut oke..sebab dia kata selalu orang2 kat kampung kedekut kot nak ajar..ke orang kampung aku je? hahhaha...ntah.





keria lubang & keria ball..gula terbanyak kot ni..:)


So, resepi ni boleh buat lagi. Jangan kasi hilang. Aku buat dapat 12 ketul yang lubang tengah n 10 ketul bola2..hahhaa..(macam jin plak ketawa..hahahaha...saya ada keria banyak2)
www.tips-fb.com

Puasa ke -10 aku dah habis idea

Hari ni dah hari ke 11. Biasa bulan puasa ni aku rasa mak2 la yang pening nak fikir menu. Bukan la nak buat yang canggih2 . Tapi kalau boleh tu kita nak la suami & anak2 kita happy bila buka puasa. Kalau anak kecik2 yang baru nak belajar puasa tu lagi la kesian..kalau boleh kita nak la ikut selera diorang. Kita pon rasa berbaloi jugak kalau apa yang kita masak tu habis. sekurang2 nya penat lelah otak memikir menu + memasak terkocoh2 balik keje tu berbaloi.

Aku selalunya masak macam biasa je. Macam makan tengahari biasa. Ada satu lauk, satu sayur. Kalau lebih tu pon satu je la kot..macam telur dadar takpon sambal2, itu je. Nak masak banyak, yang makan dua orang je. Sahur karang aku sorang je yang makan. Itupon iku mood, kadang2 takmo nasik, makan biskut je.


Ini semalam, aku dah pening nak masak apa. Masak kangkung lemak cili api. Kalau mak aku selalu dia letak ikan darat macam sepat tak pon ikan puyu. Mula2 semalam, macam tak konfiden ada ke orang masak kangkung lemak cili api? ke mak aku sorang je buat. Cari dalam google ada banyak oke orang masak camni. So tak pelik di situ..hehhe..letak ikan bilis je tumbuk dengan cili padi, kunyit hidup & bawang merah sebijik. Setel sayur berkuah, Mili suka kuah2 ni..aku suka kering. tapi layankan je..Karang aku jugak yang emo dia makan sikit. hahha





Ini pon mili yang request, haritu beli kat bazar dua ringgit tahan la dia makan dua hari. Dah tu tak reti2 lagi nak buat sendiri? takkan nak beli hari2 kan sambal ikan bilis je pon. Ini baru belajar ngan kawan aku..dia buat kering so ikan bilis tu rangup2 lagi walaupon dah campur sambal. Selalu aku buat cam berkuah tu. Sama je resepi cam buat sambal biasa tu tapi tak payah letak air. Masak cili tu sampai garing letak la bawang sume..pehtu letak garam gula, last sekali ikan bilis dah siap goreng tadi. Buat lebih boleh simpan dlm fridge. Boleh makan masa sahur jugak..hehe. Pastu goreng ayam drummet tu. siap dah lauk semalam.

Sekian, laporan masakan hari ini. haha mati la hari2 asik entry lauk je kan..petang ni tatau mo masak apa..panaskan balik lauk kangkung semalam la kot, ada lebih aku simpan dalam peti.

www.tips-fb.com

Cempedak madu goreng

Hari ni apesal tah rasa lemah longlai giler macam orang tak bersahur. Padahal sahur oke nasik sejemput lebih buka petang tu. Lauk ayam+hati masak kicap lagik. Tembikai susu dua potong. Aku sahur sorang2 je sambil masak lauk Danish sambil mesin kain sambil nak tengok Chuck ulangan zaman bila tah kat tv. Boleh bayang tak aku kejap2 pegi dapor kejap masak kejap2 nak makan lagi sebab apa tau..sebab duk mengenangkan Chuck aku tu lah. Ko tayang la bape juta kali pon aku tatap la nak tengok padahal aku tak penah miss pon siri dia. hahahhaa. Tetiba kemerepekan ke citer Chuck plak. Mili masuk minggu ke-2 ni dia sahur minum air je. Minggu pertama je dia makan nasik. Senang ba itu..sahur aku je yang nak dipikirkan..aku roti pon jalan, biskut pon boleh. Apa yang ada...:)


Ini kuih buka puasa semalam. Aku goreng cempedak je. Itu je yang senang. Keria2 karipap sila la beli. Koser la nak mengelim hari2 keje pon. padahal aku je yg over bukak pose nak ada kuih2. hehehe..Mili ketayap je dia layan. Beli masa balik kampung haritu. Cempedak madu katanya..tah sama je manis ngan yang tak madu pon. Nasib sedap kalau x sedeh je dahla sekilo rm5. Aku beli dah rm12.50. Mili bising kata mahal..tapi dah tu je yg ada jual. Beli je la kot.Aku yang nak. Mintak kurang 5 posen kat pakcik tu pon taknak. Sekali odw balik KL berlambak oke org jual tepi jalan. Takpe rezeki pakcik tu..pakcik tipu pakcik dosa~~~tak tau...hahhaa




Jemput2..sebijik sorang..Aku bancuh tepung beras banyakkkk campur sket tepung gandum, pehtu taruk air, taruk garam. Ada lebih lagi semalam aku simpan dalam tapaware. Harini taktau la nak goreng lagi ke tak. Silap2 tukar, kita try buat cekodok cempedak pon oke kot. (boleh ke?) hehe..
www.tips-fb.com

Puasa ke-4

hahhaha..aku tiru korang buat entry lauk. Bulan2 pose ni takde modal nak merepek. Bulan lain pon sama..hahha..kita letak gambar lauk sudah. Korang pon suka kan jalan2 tengok makanan. Macam bazar online gitu..ekekkekee..

Sepanjang puasa ni baru sekali pegi bazar sebab baru balik dari kampung dah lambat tak sempat aku nak masak. Aku lemah sket lauk2 kat bazar ramadhan ni..kalau ada tiga lorong tu semua lorong aku masuk, last2 kuih je aku beli. So masak senang walaupon memang kelam kabut la. Lagi 10 minit nak azan, baru hegeh2 tumbuk cili nak masak sayur. Tak sempat oke..tu yang berangan konon pose ni duk serdang, sekali rumah tak siap proses lagi.

Ini lauk puasa ke-4, tupon aku malas nak ambik gambar. Mili yang terlebih rajin snap2..siap sound "ni nanti ada yang curik gambar dalam FB nak letak dalam blog" ekekke...













sambal sotong------>mili yang request.



pucuk paku---->feveret mili, dia makan dua sayur je..kangkung ngan pucuk paku..baru sekali masak pucuk paku yang lain kangkung. Korang kira la bape hari dah pose aku masak kangkung. Pitam aku tengok kangkung goreng belacan hari2..haha



dan ini sambal putik pauh mili request jugak. Resepi dari kelantan aku buat sambil ingat2 masa balik kampung tu je tengok2 FIL buat. Ni lain sket aku rasa sebab letak ikan..sedappp+pedas jugak.







meh nak share resepi




Sambal Putik Pauh




2 ekor ikan kembung dibakar/goreng tawar



10 biji cili padi kampung nak lebih pon boleh



1 biji mangga muda disagat mcm kerabu tu (aku takde putik pauh )



garam secukup rasa





cara-cara:


Tumbuk cili padi sampai lumat, pehtu masukkan isi ikan, garam. Tumbuk2 lagi..pehtu masukkan mangga yang disagat tadi. Tumbuk2 lagi basi sebati jangan hancur sgt mangga tu. pehtu rasa la garam sume. Siap. Selamat mencuba

www.tips-fb.com

Awal Ramadhan dan mungkin raya yang suram

Aku nak update, tapi takde pembuka kata. Takreti nak mulakan ayat macam mana. Tengah carik2 resepi rendang daging pedas sebab nanti kot2 nanti rajin boleh buat sebab aku dah beli lemang sebatang tadi ada student jual rabu ni baru dapat. Matik la nak makan sorang sebab kat rumah sape je ada. Mili tak makan kot lemang2 ni. Ada la nanti buka, sahur makan lemang..ekekke..simpan elok2 dalam fridge pehtu panaskan je kot. Blogwalking carik2 resepi ada lagu Manbai bulan ramadhan tu..tetiba cam sedih...mana tau x dapat jumpa lagi Ramadhan tahun depan kan.


Ramadhan ke 3, nenek aku belah mak telah kembali ke rahmatullah. Kat Hospital Teluk Intan, hari selasa pukul 10 mlm camtu, aku dah siap2 nak tidorkan Danish, hati ni mcm nak tepon mak aku, macam taknak tepon sebab baru je call borak2..sudahnya aku tak jadi la tepon. Tak lama pastu mak aku tepon suara dah semacam cakap nenek aku masuk hospital. kalau boleh balik la katanya sebab dah dua kali jantung terhenti dah doc pon dah bagi (apakebende tah nama dia yang selalu doc tekap2 kat dada tu la) mcm kejutan lektrik tu eh,ntah. So, malam tu kitaorang kemas2 terus ke teluk intan. sampai sana dalam pukul 2.30 camtu tak silap, sampai terus pegi tengok, bernafas pon ikut alat bantuan pernafasan tapi mcm stabil. Aku takla stay hospital ada makcik aku dua orang jaga bergilir. Kitaorang balik tido umah makcik aku.

Hari rabu tu aku pegi lewat sket dalam pukul 9 camtu..ramai dah sedara mara datang. Doc dah suruh bacakan yassin sume..Kitaorang stay sampai pukul 12. Pehtu tengok macam tu jugak, ingat nak balik dulu KL. Pukul1 camtu, kitaorang dah jalan tak sampai Bidor lagi, mak aku call cakap nenek dah takde...patah balik. Terus jenazah petang tu dibawak ke Sg. Besar. Hari khamis pagi baru kebumi.

2 minggu sebelum tu nenek aku demam biasa je..on off macam tu..dah bawak pegi klinik, tapi takmo makan ubat..makan minum pon takmo..Doc cakap kuman dah masuk dalam darah..itu je..Raya ni x berapa meriah la kot..raya rumah sendiri saja..Dua2 nenek n atok belah abah ngan mak dah takde. Sebab apa aku kata tak meriah, bila dah takde mak ayah ni, adik beradik pon aku rasa masing2 beraya rumah mak mertua cam tu..sendiri2 kan.

Meninggal pada usia 65 tahun..Semoga roh nenek dicucuri rahmat. Alfatihah.
www.tips-fb.com