Apa nak panggil ek?

Sampai sekarang, aku tak decide betul2 lagi nak bahasakan apa kat baby ni. Mommy ke ibu ke..tahla..beku kejung keras je aku ni. Sifat2 lemah lembut keibuan belum terserlah kot. Aku ni sejak azali la agak kejung dengan budak2. Bukan tak suka, tapi tak pandai. Aku macam suka ibu, tapi bila saje2 kadang2 macam cakap2 dengan perot. Aku tau..setakat dua bulan takde rasa apa lagi. Macam kekok je ibu..macam mommy lagi mesra. Tapi ibu macam sedap. hahaha...lupakanlah. awal lagi kot.



Yang mili plak adalah poyo oke. Aku tanya nanti nak panggil apa. Konfiden je suh panggil Dad. Aku cakap betul2 la..tapi poyo lebih nak dad jugak. Sejak bila la cik mamat make budu bertukar jadik cik mamat makan carbonara plak neh? ekekee...tatau la betul2 ke memain sebab dia tuh selalu suka je mainkan aku.




Selalu kalau anak pertama orang tak kesah je boy ke girl. Mili pon tak kesah janji sihat katanya. Aku pon tak kesah, tapi tetiba suka boy je kan..hahha. Aku tengok blog mommy2 muda ni carry baby boy diorang yang montel gebus tu macam best je. ngan kepala botak. ahhhh..cumel!


Tapi yang sebenarnya, aku tak kesah janji sihat dan cukup sifatnya..Aminn..








********************************




Tadi pegi scan, dah nampak dah kepala, jantung pon ada gerak2. Betul la orang kata..seronoknye lain macam. Bukan macam sonok ko menang peraduan ke hape. he3

Wowowoooooo...nanti dulu

Tiba2 dah masuk 9 minggu lebih kalau ikut tickers tu kan. Macam tak perasan je tetiba dah masuk 2 bulan lebih. Kalau ikut kiraan kat situ la..esok kene pegi klinik jumpa doc nak tengok beat lagi kot sebab haritu scan dia tuh tak berapa nak nampak.

Sekarang bila dah masuk 2 bulan lebih ni aku dah rasa la simptom2 mak2 mengandung neh. Aku takde selera nak makan..kalau boleh taknak makan langsung. Tapi perut adalah lapar dan berkeriut-keriut. Tu yang sakit perot je manjang dah seminggu ni..sakit2 kejap hilang gitu..sebab perut kosong kan. Terwekk-wekk pon ada la lite2...kat rumah selalunya, kat opis pon aku tahan2 je..kasi slow2 je bunyik. hehhee...

Dulu masa belum ada isi neh, aku selalu je nak rasa best kot takde selera makan kan..sebab aku sume bende la aku makan. Sekarang, hambek ko pid..seksa rupanya jadik org yang takde selera makan nih, beg bekal aku pi opis ni memacam je isi, tapi aku tak makan pon...hahha. 4 hari dah aku makan twiggies je. huhu...Tak makan tu takpe lagi kot kalau perut tak sakit + mulut kosong kan..jadi macam mual gituk.

Berat pon statik je...tak naik2 tetiba pagi tadi aku timbang turun plak sekilo. Tapi alhamdulillah la..aku ni tak sampai tahap melepek je lagik. Still boleh jalan2 lagik. Mintak la dijauhkan sampai tahap tak larat sangat tuh.

Aku citer2 ni bukan la nak merungut ke hape..memang kita sume tau kan simptom2 orang pregnant ni memacam. Cuma haritu la aku cam ter Woooooowooooo...nanti dulu. Takde la..ada sorang kawan ni, rapat tahap boleh tepuk tampar leser meleser la..penah tido sebantal makan sepinggan bak kata orang tuh, aku citer je..just nak share apa yang aku rasa..tah agaknya, dia takde niat apa kot..aku pon takde la sentap ke hape..cuma agaknya aku terover citer la kot..dia bleh cakap "Dah tu, itu yang ko nak". Aku cam Wooooowooooow...aku nak share je...macam yang aku bebel kat atas ni lah. Tapi dalam hati jelah...hu...

Peace no war!
=p

Esok sabtu

WeeeehOoooooooo...akhirnya.
Dari hari senin lagi aku duk mengira hari.
Bukan apa pon..saja mau

rehat..rehat..rehat..

Berat benau keje ko ye pid..
ha3...
Takde la..

2 hari dah angin dok berjOget lambak kat dalam perOt aku neh.
Tak kuar2..hu3..
Nak beris tak boleh, nak buang angin pon tak boleh.


Adakah aku patut makan je julap? ekekekek...

=p

Jarang-jarang, kadang-kadang

Lepas ni jarang2 dah la aku update, takde la macam dulu tuh rasanya. Tiap hari ada entry baru kalau tak pon selang dua hari update. Macam takde mood je kan nak update. Ada je entry masak nak buat, tapi malasnye..nak buat post. Gambar semua ada. Lagi2 la sekarang ni..makin malas nak update.

Aku walaupon takdela mabuk teruk, tapi badan letih macam nak putus dua. Baru 8 minggu beb, dah sakit2 pinggang segala..berdiri lelama mula la..perut lah sakit, memacam. Selera makan pon takde..malam aku still taknak makan..sekarang ni tengahari pon tak rasa nak makan. Rasa tak selesa gituk. Nak minum ais pon jadi takut plak, sebab tetiba tekak jadi perit semalam. Tak pepasal demam tak sudah.

Kekadang pagi aku ok, tengahari tak oke. Ni hari ni pagi tak oke, sekarang ok la sikit. Penat sangat. Aku jenis cam sakit2 badan, kalau boleh nak baring je..memang cam gitu ke eh? Tahla.
Semalam cuti, hantar adik aku ke poli PD, balik tu penat macam hape je. Pagi tadi bangun, Ya Allah...malasnya nak pegi keje. Tapi nak cuti sayang sebab raya nak guna banyak kan..

So, hari minggu tadi mak aku datang rumah..tu yang terlebih penat kot..Macam tak reti plak kan orang datang baring..je. Mesti la nak kene masak sesikit kan. Lagi satu mak aku siap pesan, jangan nak tido je..nanti baby jadi malas..huaaa..letih woo..tapi kalau dah sampai terhuyung hayang tu aku tido je..ekekeke..

Mak aku ni bab2 nak melembik2 jangan harap la..sedangkan aku demam dulu masa kecik2 pon..dia suruh je buat keje rumah konon kasik peluh kuar katanya..jangan nak baring je nanti lambat baik. Selalu kat hostel kan bebudak kalau demam suka je nak balik, sebab mak diorang siap masak bubur suap lagi. Aku suka lagi tak balik..haha..Dengan mak aku, nan ado la ko nak manja lelembik bagai.

Nak mintak Mc, alahai..kemalasannye nak jumpa doc. Aku ni selagi tak sampai merangkak takdela nak pegi2 klinik mintak mc wei.. malas. Macam tak reti nak cakap, doc sy nak mc sebab penat, tak larat. Macam mengada-ngada. hu3

Oklah, tu je update hari ni..Lain hari tatau lagi..kot tetiba rajin je kan..
Bye..=p

Aku ada sikit weng

Aku dah mula ada rasa weng2..


Ke-1 (Perasaan)

Aku rasa muka aku tua giler macam orang ada anak seploh yang tak terurus (bukan la aku kt org yang anak 10 tu tak terurus..perasaan aku jela..kang ada plak yang sentap. tettt...=p). Rasa kelabu je..sembab membab muka aku. Tapi tatau la orang lain tengok macam mana.


Ke-2 (Goreng2an)

Ayam goreng, ikan goreng, telur goreng, Mee/kew tiau goreng & semua yang bergoreng lah rasa bergoleng2 je dalam tekak aku. Dengar perkataan pon aku macam dah terbayang-bayang diorang berjoget-joget dalam minyak depan mata aku. Bihun goreng ok lagi kot..he3


Ke-3 (Malam)

Aku tak rasa nak makan pon..tapi tengah malam perut pedih giler. Nasik ngan roti lagi takleh masuk. Makan sekeping rasa macam disumbat2 jek. Pengsan. Malam tadi je ok sket boleh makan nasik, tu pon lauk sardin je..hu3


Ke-4 (Uwek2)

Ada la rasa sikit2..kekadang. cuma tak sampai tahap terbelahak je lagi. Lambat makan or lepas makan pon mesti ada rasa geli2 kat tekak.


Ke-5

Yang ni agak menakutkan sket, malam tadi pukul satu aku terjaga sakit macam period pain tu wei..lenguh segala tempat+perut pon sakit. Nak kata sakit nak beris tak jugak. Lenguh2 lagi sampai pagi ni..tapi takde pape pulak.


ok lo..tatau nak buat penutup. tata..

Makan hanya sekadar makan

Sekarang rasa malas je..kalau boleh nak baring2 je. Tapi kalau kat rumah pon tak boleh jugak nak baring sesaja..rasa tak selesa pulak. Serba tak kene la.


Makan icecream banyak2 boleh tak?


Aku takde la mabuk ke apa..still boleh makan. Tapi sekadar makan je la..Takde menghayati rasa tu sedap ke tak. Makan macam xde perasaan. Letih dowh macam tu tuh. Cuma yang best nye makan kalau dapat icecream McD tu..yang tu sedap menjilat jari..rasa nak makan banyak2..hu3

Tapi tak boleh kot eh? Lagi satu, teh ais..alahai........syedapnye!!

Pehtu kene sedas ngan Mili. tahan je la..ais2 ni..Korang, memang tak boleh eh ais?

he3

Lagi satu, mulut takde la nak makan, tapi perut ko menyucuk-nyucuk macam dah 2 hari tak makan..padahal baru makan tak sampai 2 jam pon dah lapar balik. Tolongggg!!!

Oke lah, tu je..ni pon malas giler nak update.

gemuk balik la aku pasni..

Korang, 3 4 bulan sudah berat aku 83 kg. Giler berat berkati2..pehtu aku diet la konon sambil main yo-yo, diet yoyo la tu..kejap turun kejap naik. Dia main la turun naik 83, 80, pehtu perasan seluar longgar, naik balik 81, 82..

Pehtu aku ngan mili kan konon2 lawan The biggest Looser tuh. So berat terakhir aku sebelum senaman tuh 80 kg, minggu lepas dah turun 77 kg. Vangga weh...jeans aku terlondeh2. longgar. Seminggu sebelum test tuh, hari2 bersenam naik basikal kat rumah. Sekali harung 5 Km kayuh..berjejer peluh ni..semangat berkobar-kobar....

Aku baru berangan perut aku leper macam papan lapis lagi 3, 4 bulan..

Sekali tengok, ha..pasni perut aku ke depan la ye..jangan harap la ko nak turun pid oii...ni pOn sudah naik jadi 78kg..huaaaaaa

hu3..


**mak aku tetap salahkan gunung. katanya sebab aku naik gunung la badan aku jadi gemok. Jadi elastik mengembang2 gituk. tah hape2...penat la aku cakap, yang aku kuat makan pehtu tak bersenam. Dia tetap la salahkan gunung punca aku gemuk. haha...

Tah hape2 je. Mak sapa la tu..