Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Geram, sedih dengan cik moon! nak marah jugak.

Aku baru tepon mak aku..Ngadu2 dan nangis2 jugak. Sekarang pon nangis lagi. Tak boleh tahan. Nak marah, mengamuk semua ada. Geram sangat. Danish demam dah seminggu lebih sekali batuk selsema. Demam tak baik2..kejap baik, kejap demam. Bila lewat or terskip je bagi ubat, jadi balik demam dia.



sedih je...
6 kali dah kitaorang pegi klinik dan dah tukar2 ubat jugak tapi masih jugak macam tu. Tapi malam n pagi tadi macam dah oke sket..kene tengok petang ni macam mana. Tapi semalam petang timbul merah2 macam ruam kat muka n badan. So kitaorang bawak pegi klinik lagi takut campak ke cacar ke hape. Tapi doc kata alahan je. Alahan apa tak tau samaada antibiotik baru tu ke..makanan ke (tapi aku rasa tak, sebab sekarang danish takmo dah bubur nasik, nak nestum plak, lama dah dia makan sebelum ni oke je. Aku pon takde bagi makan bende pelik2 pon) dan satu lagi petang semalam pengasuh danish mandikan dengan air daun bungan raya + daun2 apetah konon nak bagi cepat baik la demamnya.


melekap+merengek je..
TAPI, YANG BUAT AKU NAK MENGAMUK NI, pagi tadi masa hantar Danish. Aku cakapla kat pakcik ngan makcik mon, Danish ni alahan.
Aku: cik mon, danish ni merah2 muka ngan badan dia..doc kata alahan, Tapi tataula sebab apa..samaada ubat baru tu ke..makan ke..takpon mandi air daun tu. Jadi doc suh stop la dulu semua2 tu. Makcik jangan mandikan lagi la air daun tu. Nanti tolong sapu ubat krim ni.
(aku tak habis cakap lagi dah potong)
Pakcik Mon: Makan? takde bagi makan apa..terus terang saya cakap selalu alahan ni pasal ubat la ni..(dengan muka serius giler taknak terima apa aku cakap) tak rasa nak lempang ke?
Aku: Iye..pakcik..doc pon memang tak tau sebab apa tu sebab dia suh stop semua. Makan tu memang takla sebab mkn nestum je kan..kat rumah pon tak bagi makan apa..
Pakcik moon: Tak..terus terang saya cakap..selalu pasal ubat la yg alahan ni..bla..bla..bla..(ayat yg sama muka yang sama) aku rasa nak cekup mulut dia
.
Aku pon explain la lagi sekali sambil cakap suh sapu ubat tu sambil pakcik tu dok potong cakap aku asik ubat la sebab alahan. Ngeng betol. Doktor yang memang doktor pon taktau sebab apa..ko nak jugak pakai alasan ko tu. Aku suh stop, ikut jela..yang degil sangat pehal.
Yang Makcik Moon, time aku cakap tu boleh dia pandang lain? nak suh sapu ubat boleh dia pandang lain? tak rasa mcm ko nak nangis ke time tu org buat ko macam tu. Anak wei..anak kita kat dia..Aku kalau cuti banyak dah lama cuti korang..Ni tinggal secoet pehtu nanti nak pegi hospital lagi tak ke kene cuti. Takkan nak ambik time slip kalau dah appoinment satu hari?
Pehtu dok cakap..sian danish ni asik makan ubat je..Hello..aku pon tak suka tau bagi anak makan ubat. Tapi kalau dah sakit tak baik2 takkan nak biar je? Ewaahhhhh...gaya cakap macam aku ni suka suki je kan..lantak konon. biar je. Eh, makcik, anak saya tu dulu dahla tak cukup bulan, beranak kat tempat orang lagi, berkampung kat hospital berbulan2, mcm2 kene jangkitan. Depan mata aku lagi semua tu jadi, di tebuk, di cucuk. Giler ke hape aku tak kesian? Dulu lagi banyak kene makan ubat tu sebab aku cuti berbulan sebab nak bagi sendiri sebab kompem kalau orang lain yang jaga tak sanggup nak bagi.
Aku takut ape je tau. Ntah2 kat daun2 tu ada ulat bulu ke..habuk2 ke hape yang miang ke..mana kita tau. Aku pon takde salahkan dia mandikan ngan daun apetah..tapi yang jadi nak marahnya bila kita cakap, dia potong. Pehtu buat reaksi macam tu. Ko tak bengang? heeeeeeeeeee..membuak2 je.
Sebelum demam
Cepatla anak ibu sihat.. sekarang nak senyum pon susah..aku borak2 pon dia buat taktau je..:(
www.tips-fb.com

Demam batuk yang berpanjangan

Lama tak update. Takde semangat nak update. Tangan pon shaking je mcm org parkinson. (kesan makan ubat) Kali ni lama sungguh dan takde plak tanda2 nk berkurang ke hape..mcm gitu jugak. Dua hari lepas 3rd anniversary aku ngan Mili. Takde pape yang special pon. Nak2 plak bulan pose ni takkan nak buka kat luar bawak budak kecik + aku yang tak sehat ni kan. Pehtu chef kat rumah pon memang tak terdaya nak masak yang special2. Masak dan makan yang simple2 sudah. huhu

Sudah 3 tahun..Alhamdulillah..Semoga berpanjangan dan diberkati Allah hendaknya. Takmo gaduh2..Gadoh sikit2 takpe..Jangan merajuk lama2..Tahun pertama kami berdua je. Tahun ke 2 berdua jugak tapi ada baby dalam perot 3 bulan. Dan tahun ke 3 sudah 3 orang!!..hehe :B


Ini budak kecik yang dah makin buas sekarang. Dah jadi komando ala pengemop kat rumah tu. Dan semua bende dia nak jilat. Baru ni bereksperimen menjilat lantai dan tikar kat rumah. Letih nak jaga sebab melasak sangat. huhu..Takpe Danish, ibu ngan ayah happy. Walaupon lambat ada jugak perkembangan dia kan.

Ini ubat yang berpapan2. Tadi pegi klinik lagi. Rupanya tonsil aku dah bengkak dan bernanah jugak. Doc kata kalau dah bernanah tu memang lambatttt nak baik. Puasa kali ni memang suram je...badan tak sihat memang mcm tu kan..makan pon sejemput nasik sebab memang takde selera sangat. Semua rasa pahit. Yang aku boleh rasa manis ngan pedas je..lain2 tatau.



Ini semalam punya. Apa kes tah aku pegi klinik hari2..haha..semalam klinik lain hari ni klinik lain. Makan udahla sejemput pehtu bila batuk mesti muntah. So yang dimakan kompem keluar balik. Pagi tadi sahur makan biskut gula dua keping, roti sekeping kurma tiga bijik. Pagi batuk muntah dan keluar semua balik.



Ini yang hari apa tah. aku pon tak ingat. Ni belum campur ubat yang aku dah habis makan. huhu..muntah sampai kalau takde isi pon muntah jugak air..sampai tahap muntah masam tu. Sangat la tak suka..
Harap2nya by isnin depan dah baik la..kumur-kumur air garam supaya nanah tu baik.
2 hari sudah tuang puasa..:(
www.tips-fb.com

Permulaan ramadhan yang tak berapa baik

Salam ramadhan buat semua. Hari ni masuk hari kedua kita berpuasa. Dan hari ni baru hari pertama aku berpuasa. itupon tengok la sampai mana bertahan. Batuk terkokol2 lagi nih. Semalam tak la..memang tak larat. Nak bercakap bukak mulut pon aku dah termengah mcm lari 400m. Demam yang on off dari minggu lepas. Diikuti dengan menggigil 4 malam berturut2,. Apesal tah. Darah dah ambik ok je result dia. Pastu mcm dah baik, tapi mcm tak baik. Dan last sekali ini baru betul2 punya.

Semput/Asthma/Lelah
Dua kali ambik. Hari pertama ambik, malam tu aku tak tido satu malam. Tak boleh nak baring. Dada sempit depan belakang. Tak jalan gak ubat yang aku telan..Bertahan sampai esok, malam ke dua memang tak boleh blah. Ambik lagi sekali neb. Baru oke sikittt je..tu yg semalam tak puasa..tapi aku slow2 gak masak untuk buka pose mili. Hari ni keje..boleh la..tapi masih lagi tak baik 100%. Aku rasa macam nak beli je mesin nebuliser mcm kat klinik tu.. Mau la beribu raban kot harga dia.
Pose kali ke 3 dengan Mili n kali pertama ada Danish. Semalam makan pon gilir2..dan pagi tadi sahur, orang sahur sikecik tu pon sebok jugak bangun sahur. hihi :B

Akhir kata Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak dari family kecik kami. Semoga mendapat keberkatan dan rahmat pada Ramadhan ini. Sori ye kawan2, ada yang tak sempat aku komen. Baca sekali lalu je..kesihatan tak mengizinkan..:)
www.tips-fb.com

tujuh lapan sembilan sepuluh

Rasa macam tak sihat sgt hari ni.
Sebab batuk dengan lelah tak baik2 lagi kot.
Hujan rintik2 aku main redah je turun,
Lupa + tak teringat pon nak mandi basah kepala terus.

Senang sangat sakit.
Makin bertambah-tambah nak2 plak perut dah besar.
Kalau boleh taknak cakap langsung dengan org.
Sebab tekak aku gatal, asik la batuk2 je.
So otomatik bila batuk, termengah2.

Ntah, rasa nak nangis, dont know why..(oke, aku dh nangis pon)
Rasa nak baring je. Nak balik sekarang.
Esok cuti boleh tak.
Emosi tak betul.

Tido tak cukup.
Malam2 batuk terjaga.
Tido pon tak betul.
Bersandar je. Aku penat la wei..

Mula la rasa nak balik rumah mak.
Tak sama oke mak dengan suami. www.tips-fb.com

5 hari tergolek kat rumah

5 hari tergolek kat rumah. Lepas raya terus cuti sakit balik. Hambek 5 hari terus. Ahad tu bersin2 gatal hidung sampai ke malam, esok tu terus selsema demam sekali pakej lah. Pegi klinik, doc bagi mc 2 hari. Masuk hari ke 3 tak baik lagi, pegi Pusat kesihatan plak. Musim2 H1N1 ni, tak baik 2 hari je..dah kene pegi lagik. Padahal selalu tu memang 2 ke 3 minggu la aku ni baru baik betul.

Ambik Neb kat PK, pehtu rehat dalam 3 jam kat bilik rawatan. Ambik ko kebosanan melampau, bukan boleh baring pon, apalagi la tido..tak bernafas la weh. Lepas tu jumpa doc balik, dia tak puas hati dengar nafas aku. Ambik Neb sekali lagi, baru oke sket. Time tu je la pon...balik rumah kene balik. Doc bagi mc 3 hari..deret seminggu mc.

5 hari kat rumah, habis segala drama raya..drama sedih, drama anak derhaka aku tengok. ohh..macam2 citer. CSI yang aku dah hapal jalan citernya pon layan jek. Habih tu nak buat je? Bukan boleh baring pon..tak bernapas weh...apalagi mau tido..tersandar jek. Nak ke dapur dari hall aku yang sekangkang kere tu pon nak kene berenti2 rehat..aduh, kalah nenek tua.

Doc suh rehat je tak payah buat apa..tak payah masak segala..ala, tapi tak masak, perut mo makan..rumah aku ni dahla kat ceruk dunia mana ada kedai2 makan. Nak taknak, masak cincai2 sudah. Masak tengah hari, makannya petang. Dah nak gerak punya seksa..

Oh..insap pasni takmo minum ais dah..kejap la kot. he3..Mili dah bising dah..badan tak kuat lagi mo minum air batu..Thanks to my laling jugak, dalam bebel2 tu pon dia tolong jugak sapu2, sidai kain sume..

Sini dulu korang..bye
www.tips-fb.com

Saya demam

Salam korang..
Ramai dah yang masuk keje lepas cuti beraya seminggu. Sama la aku pon.
Keje setengah hari jek, balik rumah terus dapat mc. Kedemaman.

Entry raya, gambar raya, nanti2la kalau rajin...
macam tak biasa aku ni kan.

sini dulu..
Babai..

Doakan aku cepat sihat n baby pon tak apa2..sebab duk makan ubat je ni.
www.tips-fb.com

Jumaat 8/5/09

Aku kat rumah ni...kedemaman kebatukan terkokol-kokol. Nampaknya tahun ni tahun sakit la..baru je bulan lepas demam, ni kene lagik. aku pon tatau la apesal. Tak boleh penat sangat gamaknye neh...huahuahua...mili sila ambik maid. hahaha..macam ada anak seploh je gayanya..

Haritu lepas pegi kenduri kawen kawan aku, terus gerak ke kelantan. Kat sana pon tak duduk rumah. Berjalan sesaja. Kat sini panas, sampai sana plak hujan je manjang. Balik sini panas balik. Tambah plak aku makan durian, tapi 2 ulas jek. boleh demam gak ke? hehehhee..pehtu duk belasah ais lagik.

Memang bagus!


Srottt..sroott..idong sumbat.


Baru lepas lunch. Makan bubur ayam. Buat sendiri sajork. hehehe...

Nak makan ubat plak. baai..
www.tips-fb.com

Aku demam

Dah pukul 1.40 pagi. Tak boleh tido plak. apesal tah, kalau ikutkan lepas makan ubat mesti mengantuk dak? Ni tak, duk terkebil-kebil depan Tv. Mili pon dah tertido..malas aku nak kejut, lagipon dia duk tunggu MU pagi nih. Alang-alang lagi sejam kot baru aku kejut.

Aku demam, batuk pakej la semua tuh. Orang jenis berpenyakitan. Tengah berpeluh berjejer-jejer neh. Nak baik kot. Mc dua hari..esok sehari lagi. Syok jugak rehat betul2 kat rumah. Baru rasa cam sehat sket. Harap2 esok baik betul la..batuk sikit-sikit takpe lagi..Jangan lemah2 badan sudah.

Teringin nak makan pulut cicah sambal udang. Tula..selera orang demam ni mengada2 sket. Ni pon terasa nak minum ais lemon tea. Rasa pahit je lidah aku ni. Tapi nak kene? mau la batuk kohok2 tak benti karang.

Tadi Mili beli nasi goreng kampung pon aku tak rasa apa..telan gitu je..pedas je yang aku rasa. Tapi sedap katanya..Tula bila pikir2 balik nanti cam rugi je kan masak pulut ngan sambal udang, tapi takde rasa apa. Tunggu baik dulu je la kot..hmm..

Entry yang aku janji nak upload gambar tu tak donwload lagi gambarnya..konon nak buat malam semalam, tapi mata pedih plak duk depan pc ni. Nantilah. Kot esok pagi dah oke ke demam aku ni..ada la tu..
www.tips-fb.com

ehem ehem


Tak kesah la kalau ko melawat tetiap bulan. Tapi boleh tak kalau datang duduk senyap2? Tak payah nak lompat sana sini, cucuk sana, cucuk sini. Sakit giler tau tak. Kalau kat rumah sedap ar sikit, boleh baring-baring tido. Ni kalau kat opis nak golek2 kat mana. Cuba cakap sket kat aku neh.

Jarang2 kene sekali kene mak aiiii, cam nak tercabut paha aku ni. Macam nak terberak+terberanak pOn ada tau. (ceaaa..mcm penah rasa beranak tuh camne) Agak2 la wei..kaki dah sejuk-sejuk kebas dah. Plis la..

=9 mulut aku pon dah tersimpOl dah www.tips-fb.com

update gigi

-muka sedih-

Dua tiga hari ni citer pasal sakit gigi je la..muntah la korang. Tapi yang ni last la kot. Takde lagi dah. So, semalam aku pegi balik klinik. Dokter check apa yang patut, pehtu boleh plak nak korek2 lagi oke. Dah la tengah sakit.

Aku: eh, dokter tak payah la korek2 dah gigi saya. (muka cuak nak nangis) sakit wei..takkan nak korek lagi kot.
Dokter: kita tengok dulu..(saje je tau takutkan aku)
Aku: Terbaring tunggu je la apa dia nak buat
Dokter: Rendahkan kusi baring tuh, ambik bende2 tajam tu siap nak korek ok.
Aku: Ehh..
Dokter: Jangan takut..kita nak cuci je..
Aku: Cuci2 je la..tak payah la nak korek2 (dalam hati je la) apa korang ingat aku berani sangat.
Dokter: Owh..oke je ni..biasa la..kalau macam ni makan masa nak hilang sakit..kurang2 seminggu.
Aku: Kurang2 seminggu? habis tu nak biar je sakit nyonyot2 bengkak sume ni? (geram je..dalam hati je la pon..)
Dokter: bla..bla..bla. pehtu masukkan ubat apa tah macam tembakau kat lubang gigi yang cabut tuh.

Sampai la sekarang mulut aku ada rasa cam berangin, ubat gigi pon iye gak. Rasa cam rempah pon ada. Gasak arr..yang penting sakit tu hilang. Tapi tak hilang terus la..kurang sket je.

Balik rumah aku citer kat Mili dia masukkan ubat cam tembakau tuh. Mili cakap, oooo tu la kot Gambir sarawak. Aku pulak tadi konon carik la kat google pebende gambir sarawak tuh. Bukak2 je website dia tengok trademark diorang 'GAMBIR SARAWAK BE 'STRONGER' THAN BEFORE' . wah!! apa yang stronger tu wei..sangat tak senonoh tau. Melambatkan proses EJAKULASI. Apakah2? wakakakkak...tak tahan...Tapi boleh jugak untuk sakit gusi/gigi sume. Macam ubat tahan kebas la. So, kalau nak meningkatkan keupayaan seksual, oderla gambir sarawak. waakkakkaka..gilo! klik kat sini. Giler arh, blog aku dah jadi blog lucah plak. Website tu yang salah tau. ceaaaaaaa...hahahhaa =p

Hohohoho...=p
www.tips-fb.com

memang malampau!

Ni memang sudah lebih. Gusi aku sakit giler weh!! apesal ni...:'(:'( huwaaaaaaa..sakit!
Berdenyut2 korang...Kepala sebelah kanan plus pipi plus telinga pOn sakit..huuuuuuuuhuaaaaa

Gigi yang tak sakit aku rasa sakit. Aku rasa semua gigi aku sakit..tolonggg..tak bermaya dah ni wei..nak buat keje pon aku rasa makin bertambah sakit. Aku dah tepon klinik, doktor suh aku datang balik. Jangan dia nak operate korek2 lagi dah la..kalau tak aku terus cabut je balik terOss.

Tolong Sayaaaaaaa!!! www.tips-fb.com

Rasa nak penampar, pehtu tumbuk lenyek2

ohhooo..aku bukan nak tampo lempang tumbuk sesape. Ni rasa nak sekeh2 je gusi yang sakit neh. Semalam aku gi cabut gigi. Actually dah sakit gatal2 sakit masa weekend tuh lagi. Tapi tak tertahan dah sampai aku tido elok2 je nyenyak, pukul 3 pagi sakit nyOnyot2 okeh ( oh, abaikan je la perkataan nyonyot tuh). So semalam gi la menyahkan gigi yang dak rosak tahap tak bleh guna lagi arh. Sebenarnya semalam nak ambik gambar time doc cabut gigi. Tapi ko gile time2 aku bertarung nyawa tuh. ececceehh..dah la ada pembantu dia 2 orang duk tengok je. Malu weyh. =P

Doc check cakap dah bengkak, so dia nak cabut je lah dia kata. Aku tak kesah la sebab sebelum ni pon cabut time sakit. Balik takde pape la. Tapi semalam, dah cucuk bius banyak kali tu pon aku still lagi rasa sakit sampai jerit2 kat doc suh stop. Doc pon cucuk lagi bius, (doc memang suka eh cucuk mencucuk korek mengorek neh) giler arh semalam dia korek2 gigi aku time sakit tu. seriau jek. Aku jerit suh stop dia kata sket je lagi. Memang hati kering betol la..Alat2 dia je dah buat aku nak pengsan. Kalau bukan sebab sakit tak koser aku nak gi cabut weh.


Dan semalam aku nanges teresak2 oke (xde la depan doc). hahhaha..giler ah sambil bawak kete sambil nanges. Balik umah sorang2. See, sangat independent tau. Pehtu yang buat aku nak penampar, tumbuk lenyek2 tuh pasal sakit lagi weiiii sampai sekarang gusi2 bekas kene cabut tuh. Denyut2 plus sakit gatal2. (dapat bayang tak. geram jek) Aku rasa nak toreh2 ngan pisau jek. waaaaaaa...

so, korang tu sebab aku tak update semalam. Entry bergambar yang aku janji tu pon aku taktau nak buat bila. Mili sibuk oke kat rumah. So takde masa nak melayan bini yang memacam neh nak edit2 gambar. Aku ni dah la tak reti guna laptop. Kecik. Aku kan ala2 ganas sket. Nanti ada je masalah. Jadi kalau ada masa aku jaja la kat sini. Kalau x, xde la tu..aku buat simpan peram diri sendiri tengok je lah.

Babai bebeh =p

www.tips-fb.com

Gigi dan gusi (gilo tukar2 tajuk)


Sakit itu bagaikan kawan rapat aku. Tak boleh dipisahkan. Tengok je dalam buku rawatan, penuh bercop. Memang muka klinik, kadang-kadang naik malu nak jumpa doktor sebab takut dikata buat-buat sakit. Sebab malas nak jumpa doktor, aku beli je ubat. Bawak sample yang lama sebab penyakitnye memang itu je pon.
Demam haritu tak baik betul dah kene balik. Dua hari lepas bersin tak sudah dari pagi sampai ke malam, bersambung la demam batuk sume. Salah aku jugak la kot..hehehehe..pi gatal minum air laici...pehtu gi taruk ais ketul 2 3 ketul. Memang nak kene arr..hehee. Pehtu hips aku pon sakit. Pesal tah.
Serius, aku takut wei makan ubat macam2. Banyak no bahan kimia masuk dalam badan.. tak bahaya ke? So, sekarang aku hari2 makan sup sayur. hahaha..mana tah aku dapat idea camtuh. Konon nak menyahkan bahan2 kimia dalam badan.
Ni aku ambik dr blog Cik rampai
“Para salaful soleh akan berasa sangat sedih kalau tidak ditimpa penyakit setiap tiga bulan kerana ini menunjukkan Tuhan tidak menyayangi mereka”
“Ingatlah dan berhati-hatilah dengan apa yang masuk dan keluar (yang kita makan dan kita katakan) dari mulut kamu. Kerananyalah kita sering mendapat musibah.”
Tapi ni, kalau tak sampai sebulan, dua kali sakit. Gamaknya aku ni memang antibodi lemah la kalau gituk. =) pehtu dah tau makan jugak la ais..ais..ais. Memang nak kene ketuk kepala. dush..dush..kalau dulu, mak aku sambil urut belakang aku sambil membebellll..suh lagi makan ais..siap suh makan ngan peti2 lagik. =)
www.tips-fb.com

Mc, teh O dan Oreo

Hujung-hujung tahun ni selalu sakit pulak. Sakit mata baru baik separuh, demam pulak..semalam aku mc dua hari lagik. Aku jeles je dengan orang yang jarang sakit ni esp demam. Kalau demam sehari dua setakat makan panadol, tido pastu baik takpe jugak.

Ni datang sekali pakej, selsema, automatik la demam, pehtu batuk. Tu oke lagik. yang ni ada tambahan plak. Lelah..aduhai..yang ni aku tak laratnye. Seminggu belum betul baik betul-betul. Ni kalau berjalan memang termengah-mengah. Kekadang tuh aku sampai merangkak je kat rumah sebab kat belakang sakit menyucuk-nyucuk. Tido pon sambil duduk. Kalau tak pon aku letak kepala kat birai katil je. Seksa betul. Kekadang doc bagi Mc sehari je..aku ni plak tak reti nak mintak lebih. Nangis-nangis kat rumah. Ye..aku memang lembik tapi belagak kuat.

Ada orang tanya, tiap kali memang kene lelah ke? Aku memang akan kene pakej lengkap ni. Keturunan. Tak dapat lari mana dah. Macam2 dah makan. Sarang burung, hati unta la..memacam, takmo hilang jugak. Ada orang kata minum air kencing budak..eeeee..tak sanggup aku. Najis kan air kencing tu, nak berubat pon biarla patut-patut. Pantangnye satu je, jangan makan ais, aiskrim. Tapi itu la kegemarannya. Insap kejap jela...

Sarapan pagi tadi, oreo cicah teh o jek. Aku malas nak turun sebab termengah-mengah nak naik nanti. Tau jela opis aku ni..nak naik je tangga berpuluh-puluh anak tangga sikit lagi nak jadi Batu Caves tuh. Pagi tadi naik pon aku sampai 3 kali berenti rehat dulu..

sini dulu korang..bye
Kata sakit itu penghapus dosa..banyak dosa gamaknye aku neh. www.tips-fb.com

Kapten Hook

MC 3 hari..bertukar!! menjadi lanun. Doc suh aku tutup mata supaya aku tak gatal tangan nak gosok2. Merasa buta sebelah mata sekejap. Susah dan aku asik terlanggar pintu. Keluar dari bilik doc, aku terlanggar pintu. Gedegang!!..malu kejap. Sebabnya mata semakin sepet dan berair. So pandangan adalah kabur.
Sebelum kejadian. Aku rasa ngeri je sebab tak penah kene. Macam nak meletop pon ada. Bezanya aku tak pakai tangan besi je. Hari ni sudah keje..tapi dah oke sket.
www.tips-fb.com

Dan tak selesa..

Aku baru keje hari ni..kepala pon ting tong. Takde yang menarik. Balik macam biasa je hujan manjang. Semalam pagi kat sekitar mata, pipi aku sakit macam kene tumbuk. Pehtu start bengkak. Sakit mata kot, tapi tak merah.




Petang ni dah makin bengkak + merah. Sepet jadinya mata aku. Rasa cam pipi aku herot. Sangat tak selesa, berair, gatal tapi malas nak gi klinik. Dan bertambah la bosan hari ni..kepala ting tong, mata bengkak, pipi herot, muka sembab, Isnin lagi. Bertambah2 la tak selesa. Nak balikk!! nak baring je rasa..:(

Malam tadi aku tuam ngan ais. Tah pape. Saje nak bagi sejuk tapi tak surut. Mili plak suh aku sapu minyak cap kapak. Lagi la tak logik. waaaaaaa..Dan aku adalah nangis! aku tak penah sakit mata. Sangat tak selesa!! Kepala jadi sakit. Nak baringgg...

www.tips-fb.com

aku STRESS oke!

Aku demam, lelah, sabtu ambik gas kat Penawar. Makan la ubat2 lelah demam sume tuh. Aku dah lewat, dia asik suh check jek. Sebab takut aku makan ubat-ubat tu sume. Aku buat sendirik tapi takde. Bukan aku taknak oke. Belum ada rezeki. Tekanan tau tak. Tadi aku gi klinik, doc takde buat ultrasound pon sebab Dr. Rahaya takde, doc lelaki tu x buat pape pun, just suh aku buat check sabtu depan plak. Takkan aku nak pegi lagi esok. cam poyo jek. Korang rasa patut tak aku buat check lagi esok untuk ultrasound sebab ada kawan dia buat ujian biasa takde, tapi bila scan ada plak. Tapi aku takde tanda2 pon..cam biasa je. arrrrrgghhhhh!! www.tips-fb.com
Hari ni
Baru sekejap tadi mili smsed,
petang ni request nasik goreng ngan ayam goreng.
oke..set..senang keje aku
selsema la pulak.
meleleh-leleh dari tadi
habis setengah kotak tisu
asik acchoommm2 je
mata gatal
tekak rasa gatal gak
aaaaa..
pagi tadi aku susun buku..nak cuti lama kan..
so aku nak la rak aku cantik2
xdela aku balik nanti makin bersepah
pas susun buku semua tu la aku duk bersin leleh2 tak sudah ni..
aarrgghh
nak2 raya buat hal la plak
malam tadi sahur pukul 4.30,
pastu aku tak tido balik
ada tamu
ngantuk ni, rehat lama
tapi tak leh tidO..
baik aku update, walaupon tah pape
malam ni ingat nak buat kek coklat sama brownies
nak buat lebih sket bleh bagi kat nenek aku
esok pagi pas subuh balik kampung
~~lalalalalla..~~
bye korang..
www.tips-fb.com

kejutan elektrik

Malam tadi, pukul 10.30 malam
aku baru habis mandi
mili pulak tidO kat depan tv

Aku masuk bilik, pastu siap2 la macam biasa..
Lepas tu, aku gi ambik henpon nak check bateri dah penuh ke belum..
aku pegang plug charger tu..
Tiba-tiba! aku tak ingat apa dah..
aku tak sedar n tak bleh gerak..
yang aku ingat, aku cam jerit aaaaaaaaaaaaaaa(sila buat bunyik masa tengah badan digoncang)
dan satu lagik, MILI TIDO eh kat luar.

ada la dalam 10 saat aku camtu tuh..pastu tah camne..berenti sendirik
berdebar wei aku mengalahkan berdebar jumpa pakwe kali pertama. ekekekeek..
berdebar si nona pon tak leh lawan berdebar aku malam tadi..wakakakkaka
aku cam xleh buat apa2 kejap. hilang ingatan
tangan kebas sume..

masih berdebar ni..dup dap dup dap..
gi kat mili..aku kejut la..pehtu dia tanya nape?
aku cakap la..aku kene renjatan, pastu tangan kebas..
dia dok la gosok tangan aku yang kebas tu..pastu siap tanya macam mana, kenapa, kat mana kene sume kan..pastu leh plak dia tido balik.

Aku plak lepas tu..relax2 la nak hilangkan berdebar tak sudah2 tu kan..
gosok baju sume..itupon takut nak bukak plug, takut kene lagi..cam fobia
nak basuh tangan pon aku jadi takut..kot2 badan aku ada elektrik ke..tetiba merenjat lagik aku.

pukul 11.30, aku kejut la mili suh masuk tido..aku pon nak tido gak dah
masa nak tido tu..leh plak dia tanya, tadi ada citer apa2 tak...aku cakap la aku kene renjatan..(bape kali nak ulang la..), aku kabo la kat dia tadi aku dah citer..boleh plak dia kata dia x sedar..adoooooooooiiiiyaiii..duuusssshhh2.

-------------------------------------------------------
edit pukul 5 pm,
citer ni betul la weiiiiiiiiiiii..mana ada aku reka2..ni betul punye..bukan cobaan..
tangan aku masa tu kering je..rambut je yang basah, boleh kene renjatan ke kalau rambut basah? takde kene mengene.. www.tips-fb.com

minggu sakit

Belum baik sepenuhnye demam aku hari tu, semalam aku sakit perut + pening + mual2 plak. masuk keje, breakfast cam biasa, pastu semua simptom2 ni menyerang. perot aku rasa lain macam, peluh memercik. tak larat nak ngadap pc dah, aku mintak kebenaran KB aku nk gi klinik. Doc cakap ni simptom 2 nak gastrik la tambah2 lagi masa demam tu aku pon makan x bape betul..hari ni pon masih lagi ada pening2 lalat lagik. perut aku pon cam x bape nak sedap..nak buang air pon tak bleh, buang angin pon x boleh.. so sume angin2 tu terkepung dalam badan aku jek..

semalam petang dapat la time slip rehat sampai pukul 5 petang.. aku tak balik pon sebab nanti mili nak balik ngan sape plak kan..so, aku lepak la kat surau..tp tak leh tido jugak sebab ramai plak student duk sembahyang zohor sampai kul 4 lebih..tension jek..makin pening petang tu + muntah plak aku..waaaaa..x suka muntah2 ni...
www.tips-fb.com