Showing posts with label Family kecik. Show all posts
Showing posts with label Family kecik. Show all posts

Dinner date

cewahhhhhhh..konon...hahha..dinner date malam tadi. Takde der dinner romantik2, lilin dua batang atas meja. haha..Makcik makan pon pakai baju keje lagi. Sexy2 lingerie pon takde yo...ooppssss...tetttttt...haha
Balik keje terus capai2 , potong apa yang patut, terus masak..siap, bismillah terus ngap.


menu malam tadi..feeling omputih ko kan pid..haha..kelas ko....menu ala2 restaurant 5 bintang. hahahha..poyo je lebih. macam x kenal









Fish n chips lagi sekali. Makan dengan zuppa soup. suka2 aku je kan..hahhaa..hijau2 sume takde. Takde stok sayur kat rumah. Kalau letak pon nanti pinggan aku je. Yang 2 orang tu bukan makan sayur pon.





Resepi zuppa soup boleh ambik kat blog kak citarasawan yo..tapi aku ngelat beli cream soup dalam tin..hahha..tinggal panaskan tambah air ngan pepper je..huhu. Pastri tu beli yang frozen tinggal gelek2 je sikit. hehe








Mmmm..dap..dap katanya..ada orang tu makan sampai pejam2 mata..ekekkeke..





_





_





_





_





_





_





_








_








Padahal mak ko beli sume dalam tin tinggal panaskan je kan.




huhuhu








_








_








_








_














gaya je lebih dia ni...tak habis pom..dia cucuk2 je lebih.

huhu


update: tetiba apehal plak nak makan pakai sexy lingerie bagai kan..sesuatu betul..hahhahhaa..oke, otak x bape betul sekarang. ekekkeke..





www.tips-fb.com

Is it Okay to Let Your Toddler Play with the iPad/Tab?

Hahaaaaaa....ni tadi jalan2 blog terjumpa satu artikel. Korang mesti gila gadget kan? Mili adalah penggila gadget. Semua keluaran baru henfon/tab/laptop dia ikut. Kalau boleh, ada gadget baru mesti nak beli cuma kadang2 aku jadi anak naga je dia tak beli. hahhaa..

Kalau dia yang tak beli, mesti dia racun orang lain beli..haritu adik aku rosak henfon, dia racun suh beli samsung SII. dia tak dapat, org terdekat beli pon dah oke. Abah aku suh survey2 laptop, laju je ajak pegi lowyat..i tak kesah..ikut jew..janji cuci2 mata. haha. Aku bukan penggila gadget, janji henfon boleh call, sms ngan video call sudah. Internet2, fb aku tak reti, sudahla skrin kecik, nak tekan2 pon susah. Aku kan makcik2..tak suka bende2 susah ni.



Bila dah jadi penggila gadget ni, hari2 la browse sana sini..mana yang lagi oke..ipad ke galaxy tab ke..tak berkesudahan. Sikit2 beli majalah. sukati kamula..kalau tanya aku, aku kata tak penting pon..tapi ko kene tahan la telinga siang malam, dengar ayat2 dia..kalau ada kan bagus..senang..bla..bla..ringan. Tup2 satu hari, balik dari keje nampak satu beg samsung kat seat depan..alololo...ada orang tu senyum2 sampai telinga..

Cepat2 nak cover, awak, saya beli tab..hihihi..ni untuk kita bertiga...senang nanti..alolo sekali lagi..sweetnya laki makcik..beli untuk kita bertiga..makcik tak jadi naga pon..biar jela..duit kamo kan..huhu..bermula la episod dua beranak berebut tab. Yang sorang x penyabo, semua nak cuit, kejap2 sret...sana sini. Pehtu menangis tatau pekebende yang dia nak. Yang apak plak dah tension anak tak menyempat2..mula nak angin..Mak kat tepi diam2 je..naga merah belum kuar lagi. ekekekke..







Hoooyeeh....sampai satu tahap, hari2 la dua beranak tu duk bergadoh, mak naga pon apa lagi..kuar dah api sikit2 kat hidung, terus sembur api kat dua2..hahhaha...simpannnnnnn!!!jangan tunjuk2 lagi kat budak kecik ni. Dah, Danish takde pekdah main ni pon..buat gado ngan nangis je..simpan2..silap2 ibu hempas je nanti..(ewahhhhh..nak hempas2 macam berani, silap2 aku plak yang kene hempuk. hahha..) diam dua2, terus simpan sampai la sekarang nak main kene sorok2.






Yang Danish kadang2 menggila jugak..tengok majalah ada gambar tab dah menggelupur tunjuk2. Budak2 sekarang tau oke. tak paham aku. Kadang2 tu, gigihla tarik beg ayah dia suh bukak sebab dia penah nampak ayah dia sorok situ. gigih gila seret beg. Tapi tak layan..mak ko malas nak serabut. Nanti dia bukan tau pon nak apa. Daripada kene jerit, baikla toksah layan.











Ini gambar lama sebelum kene sembur. Tengok, bukan reti pon sebenarnya. Gila panjang mukadimah aku. Berbalik pada tajuk tadi, oke ke tak oke? sila la baca sini dan sini. Mungkin ada yang tak setuju, haha..tapi kalau untuk budak2 yang dah besar sikit okla kot. So, aku tak rasa rugi apapon kalau tak bagi guna..sebab tiap kali kitaorang pegi terapi pon tak penah la pulak theraphist suggest suh guna tab ke teknologi ke..still main bende2 yang boleh pegang macam puzzle, lekat2, conteng2, main cop2..itu je..


www.tips-fb.com

Penutup 2011

Cuti 3 hari tak membosan takde buat apa. Duduk2 kemas rumah sikit2 je. Balik kampung pon tak sebab cuti krismas dah balik. Duduk je 3 beranak kat serdang ni..sadis..sob..sob


Sabtu

-Pagi breakfast sandwich sardin je, sebab tengahari nak masak2 ajak makcik mili makan. Diorang dah nak balik kelantan. Pas makan sidai2 kain, sapu2 sikit..mili kat luar lap2 tingkap, (org datang baru nak kemas2..hewhewhew) trim2 pokok limau ngan kari aku..tu je aktiviti berkebun pon..ada tiga pasu je..hahha

Pukul 10 start masak2, lauk biasa2 je.. ayam masak lemak cli api, siakap bakar berempah, sayur campur, ulam2 ngan puding roti sos kastad, Bende nye sikit je..tapi kene masak awal karang aku terhegeh2, org sampai bende tak siap lagi. haha..lepas je lunch, diorang duduk2 kejap terus balik. Pas kemas2 separuh terus aku tinggal..tak larat kononnya..hahhaha...tu belum lagi kenduri dh tak larat. Tinggal je petang tu mili sambung cuci2. tq yah..



-model lemari-

ini budak, lari sana sini..taknak pegang. stress mak ayah ko.



Petang tu pas asar mili ajak ke Ikea, aku malas nak pegi, ingat nak pegi pagi esok je. Tapi dah beria-ria karang terus kansel, pegi jela..bukan sopping sakan pon..beli bende merapu2..haha..Tak teringat pon yang haritu 31/12. Sampai sana, jalan biasa tu sume tutup..ada polis, rela banyak jugak. Kitaorang dah suspen dah..yela..ikea tu setahun sekali je jejaknya..jadi kalau jalan biasa tutup, panik la nak ikut jalan mana..pegrakk la katakan..harusla panik..hahha..

So, ikut je orang lain parking kat TheCurve..situ pon berbelit gak..haha..tak reti wei..aku cam biasa gelabah la kan..tak jumpa plak jalan seberang kat tengah tu..so ikutla kitaorang masuk kat parking bawah tu..hahha..jauh gila jalan kaki, sekali sampai parking bawah ikea tu ramai je org parking situ..bengong..mana reti nak masuk kut celah mana..dah nama pegi setahun sekali..memang tak reti la..habis peluh2 tau jalan kaki jauh. huhu..sekali ada pentas konsert pekebende tah kat situ. Tuyang tutup sume jalan. Makcik yang takreti ni gelabah la jalan tutup..eeiiii..tak suka la konsert2 ni..cuba la buat kat tanah lapang..nak jugak buat kat tengah jalan sempit tu. Heran aku.

Belibelibeli, terus balik, surau pon bersumbat, cari kat TheCurve tu tak jumpa tanya guard pon nak kene mintak pelempang, pekak kot..panggil banyak kali baru menyahut. Aku sekarang pg mana2 senang bawak telekung sendiri, bawak stokin..senang..kalau x nanti berzaman nak tunggu kat tempat ramai camtu..dengan telekung yang x cuci lagi..adoi..seksa. Pastu gegas2 balik sebab takut jem..gila weh, malam tahun baru taula kan..jem sana sini. Sampai rumah, tukar baju sume terus kebabom...takde de bunga2 api segala..sori, baik tido..haha


Ahad

-Lepak2 je kat rumah, sarapan nasik berlauk pakcik depan BSN serdang. Sedap..aku baru pandai makan. haha..Tengahari masakk nasik ngan ayam goreng je..pehtu lauk masak lemak semalam ada lagi, panaskan. Siap, makan. Sampai petang dua beranak tu tido..aku gak terkelip2..

Petang pas asar, melawat kawan mili baru dapat baby..baik je..dari datang sampai balik takde dengar suara ek pon..senyap je...dua bulan dah 5kg, debab..Danish tu 2 bulan 2 kg tak sampai. huhu



Isnin

- Konon nak sarap nasik berlauk lagi, mili sms tak bukak pulak..so goreng jemput2 udang sudah. Air ambik peti ais. haha..aku sejak kawen tak penah buat air panas seteko siap macam mak aku buat. Sebab mili dia minum air peti je..kalau nak aku buat satu mug je la untuk aku. tu pon jarang. Tu yang kadang2 kalau mak / orang datang bermalam aku selalu lupa nak buat air..dah makan baru teringat nak buat..kadang2 terkebil2 je org aku hidang air kosong. haha..sebab kat rumah ni jarang sangat nak minum2 air panas pagi2.

Tengahari masak ayam masak kicap ngan telur dadar je..goreng ikan bilis ngan bawang cili. Pehtu masuk tudung saji..Mili ngan danish tido dari pukul 1. Pukul 3 baru makan nasik. Tv pon takde citer..busan giler..Aku dah tengok Ombak Rindu..yeay..download saje..takde pegi panggung pon. Best lagi novel la..sekejap sangat Hariz tu dah lembut. Kalau kat novel lama lagi la baru dia baiknya..





macam raksaksa dengan anaknya..haha


Petang tu tak tahan dah wei..boring giler berkuap dalam rumah. Panas pulak tu kat luar. Ajak jugak keluar, kitaorang pegi Wetland Putrajaya..hahha okela..bawak budak kecik jalan pusing2..pehtu minum milo ais kat gerai..




peace yoo..


Habis dah 2011, selamat datang 2012..xde azam baru..sama je aku macam tahun2 lepas. Harapan semoga dimurahkan lagi rezeki dan diberkati hidup kami sekeluarga.






www.tips-fb.com

Hoyeh!! Alhamdulillah..

Alhamdulillah akhirnya penantian 10 bulan berakhir. Berjoget la pasni aku..ekekekkeke...kitaorang nak pindah serdang dah uoalls..takde dah pulau2..panggilan pulau sume. haha..

Dah setel dalam awal bulan 10 haritu, pehtu kita repair2 la sikit. Kata lagi masuk rumah lama baru..mestila sume nak nampak 'baru' kan. hehe..








Ni dari depan. Kalau lalu sama je macam asal. Takde buat apa pon sangat. Kitaorang buang sliding tu tukar pintu kayu, pehtu tambah tingkap. Aku tak suka sliding sebab malas nak lap cermin banyak2. Kalau boleh buat rumah biar yang nak menyenangkan aku. sebab malas akak nak lap2 sana sini ni wei..haha..malas oke. Hari minggu nak berehat. haha..Yela..karang sume nak cermin, ahkak jugak yang nak kene lap. huhu..




Porch, pagar kita guna yang asal je. Nak tukar lain kalu, kene tunggu duit lain la..huhu. Tapi dah berangan dah..Angan2 mesti mo ada oke..Aku nak tanam bunga pasni.. pasu kat rumah lama tu kene angkut gakla..kalau tak, sayang la pokok kari, pandan ngan limau purut tu. Berangan nak ada pagola tempat gantung2 bunga tu, tapi kat mana nak letak agaknye ye..tengok ajela porch aku tu. Kebarangkalian nak ber pagola tu tak tau nak letak celah mana..haha..




Ini dining, tempat asal dulu2..dapo, tu yang ada tile2 tu sume. Jadi macam cacat plak, kat situ ada tile separuh kan..so kasi buang terus kasi rata itu dinding. Yang lelain tu xde bende..tukar pintu yang dah berlubang + frame2 pintu jugak yang dah ada serbuk2..aku rasa anai2 dah start geget2 kot.








Melawat tapak kawasan. kitaorang hari2 melawat tapak. Haha..gila tak sabar nak pindah. Mili sehari dua tiga kali pegi, dekat la katakan..haha..suka makcik..x sabar nak pindah. Berakhir dah penantian 4 tahun. huhu...






Kenapa aku eksaited sangat nak pindah? kenapa beli rumah lama?





1 - dekat sangat dengan tempat keje, jalan kaki pon boleh ( jimat minyak).......kalau nak peluh curah2 la..haha

2 - semua ada, mybank, BSN, CIMB. Cakap je ko nak bank apa.

3 - sekolah dekat gila..sekolah menengah, rendah, skolah agama

4 - kedai runcit, pasaraya, kedai makan sume dekatt aje..

5 - Jarak aku nak ke Amalanda, JJ Balakong, JJ equen Park dan sume mall adalah tengah2 aje...hahha

6 - Pasar jual ikan, sebelah taman aje..ekekkeju.

7 - jimat masa banyak sangat

8 - kawasan idaman aku dari dulu..haha poyo.
9) last sekali, sebab dah takde rumah baru, yg ada sume rumah dah lama..haha





Bilik air pon dah terkopak kopak. Suram je kan..kasi semangat sket nak pindah ni..kita tukar tile baru...huhu..








Tada......warna cokolat la..lantai asal dah coklat. Mana yang patut tukar, kita tukar. Mana yang elok, kita guna je dulu..Dah duhit pon tak berapa nak ramai. hehe..Tak siap lagi ni. ada paip melintang2 pulak.





Dan ini adalah dapor..oke tipu..dapor impian kononnya. Aku nak tile yang macam dalam gambar tu. Sekali takde..Banyak kedai dah pegi tapi tak jumpa jugak. sobs..itula bajet tengok website rumah omputeh, kat sini takde la kot. Takkan nak pusing satu malaysia kot nak carik tile macamtu. Pasrah je la..huhu




Kat tengah tu la nak tampal konon2nya..belah atas tu lain takpe..sebab dah tertutup ngan kabinet kan. Dah takde..pasang jela yang lain. Bajet nak pindah sabtu ni..aku pon tatau la sempat ke tak. Barang banyak lagi x kemas wei..rumah tu boleh kata 90% dah siap la..tinggal nak kemas2 n basuh sesikit je lagi..


Ada orang tanya, kenapa jual rumah lama. Kitaorang memang tak mampu nak bayar dua2 rumah. senang citer, x serabut kepala. Lagipon kalau nak sewakan x berbaloi sebab harga sewa lagi rendah dari harga nak kene bayar tiap2 bulan.


Kiranya, kitaorang ni macam silap percaturan la..chewah..ekekke...dulu masa beli tu pikir dalam otak, nak beli rumah 'baru'. Tanak rumah lama sebab ada banyak bende nak kene repair. Lagi satu semangat sikit kan kalau duduk rumah baru kononnya. Masa nak kawen, orang dok sibuk carik rumah sewa, kitaorang sibuk carik rumah nak beli. Konon pas kawen, kita terus masuk rumah baru tak payah sewa2..konon..tapi sempat la sewa 4 bulan, pehtu terus dapat duduk kat rumah pulau tu.


Tapi lama2..macam..eh2, susah la..dengan mili nak main sukan petang2, so aku kn tunggu pukul 6 habis dia main sukan baru balik. Pehtu hantar danish pon kat sini..kekadang sakit demam pegi klinik kat serdang jugak, pehtu berulang plak balik..kan ke susah tu..


Pikir2..eh2, kita pindah serdang je la..ewah...jadi pencarian bermula..alhamdulillah dapat jugak kat sini..tapi harga tu memang tak dapat la kan..tempat lain boleh dapat rumah 2 tingkat siap laman besar, kat sini dapat rumah secoet tu..dah..nak duduk tepi pagar opis kan..huhu


Kalau ikut angan2 aku memang la nak rumah banglo sebijik..setingkat jadila janji banglo..ewahhh..hahha..pehtu nak ada gazebo boleh bersantai2.., pagola, kolam renang..ececceee...boleh tanam2 bunga kat depan, belakang ada taman mini herba plak..ewah..tapi sila la kira duit di poket sendiri apid..hehe..
www.tips-fb.com

Ramadhan ke -18~~ Happy Anniversary..

Sedar tak sedar 4 tahun dah hari ni..rasa macam baru tahun lepas kawen..ekekkekeke..Happy Anniversary to Mili...takde pape ke..hahahha..Pagi tadi wish aku kat facebook, pehtu boleh tanya mana hadiahnya..aik? bukan aku ke patut tanya. haha..ala, tak payah tunggu anniversary kot kalau nak bagi hadiah.

Aku ni memang tak reti la nak beromantika segala..saja nak tulis kat sini..kenang-kenangan katanya..selama 4 tahun ni macam2 dah dilalui bersama..ecewahh..geli akak. Dari berdua..tahun pertama dan kedua berdua jugak..aku tengok muka ko..ko tengok muka aku..pehtu tahun ketiga ada Danish..tragedi taiping lagi..Macam2 hal dari kecik sampai ke besar..

Nak bercandle light dinner, dating2 ke..nan ado la bulan2 pose ni. Tak bulan pose pon tak penah buat. Macam geli2 gitu..aku ngan mili kan rock. hahha..tak reti oke. Kitaorang sampai sekarang pon tak penah la lunch sama2 walaupon opis dekat. Masa zaman cinta cintun tu pon tak pernah oke..saje2 nak lunch ngan mili, dulu lagi la satu opis. Koser la nak kuar berdua..karang ada je gosip. Ntah, aku lagi selesa kot kuar ngan kengkawan, dia pon sama.. Nanti balik keje jumpa la kan.

So, tahun ni doanya tetap sama..Semoga keluarga kami tetap berkekalan hingga akhir hayat. Ditanamkan rasa belas, kasih dan sayang dalam hati dan dimurahkan & diberkati rezeki yang diberikan. Amin..


**********

Semalam menu beli bungkus je nasi arab kat Restoran Saba Cyberjaya. Punyala ramai orang bukak nasi arab semalam. Aku punya no giliran je dah 1539. Nasib servis diorang laju, so sempat la balik rumah. Pehtu buat kuih buah melaka. Kuih wajib bulan ramadhan. Ntah, bila bulan puasa je mesti nak buat buah melaka. Gambar tak ambik. Aku malassssss sangat nak ambik gambar. penat satu hal. Rasa cam lembik tangan nak angkat henfon nak snap2..hahahhaa....









Bukan video kawen aku..hahha








takde kene mengena ngan tajuk..hehe

www.tips-fb.com

Dilema..ma..ma..ma

Melawat cik Mon kat Columbia Hospital minggu lepas. Bukan cik Mon yang bersalin, tapi baru lepas operate duk kat bilik 89. Operation breast cancer. Doktor dianogsis dah stage 2 nak ke 3. So dah buang sebelah. Sedih sangat rasa..tetiba aku rasa nak meleleh masa melawat tu tapi cover2 la kan..malu akak.


Sejak pas ada danish ni cepat sangat la nak nangis. Cik Mon pon baru je tau dalam 3 minggu sebelum dia operation tu. Tak sakit pon katanya, cuma ada sikit 2 sakit pehtu ada merah2. Bila check up kat klinik, Memang ada ketul..so terus buat operation. Harap2nye cik Mon kuat dan cepat sembuh..


Yang jadi dilemanya...mana la nak hantar Danish pasni. Cik Mon memang takleh nak jaga..lepas operation wei..Tapi pakcik Mon memang nak jaga, Dia awal2 lagi cakap dia boleh jaga Danish sbb sebelum ni pon memang dia yang jaga Danish..katanya. Aku percaya la tu sebab pagi2 kalau hantar, laju je Danish sorong tangan nak dekat dia.



Danish..mana la ibu nak cari babysitter baru...sian baby..:(

Tapi, bila memikir pasni cik Mon ada rawatan susulan, pastu kalau luka dan sembuh kene buat kimoterapi 6 kali. Mesti Danish pasni kene travel pegi hospital jugak..kan ke bahaya tu wei..so kitaorang senyap2 cari babysitter baru minggu lepas..so cadangnye bukak minggu baru ni nak cakap kat pakcik Mon, pasal babsitter baru.



Alih2 tadi babysitter baru call cakap tak boleh plak nak jaga Danish sebab menantu dia baru brsalin, so nak jaga cucu plak..Ai..masa haritu tak cakap la plak nak jaga cucu kan..Hmm..mana je nak cari pengasuh yang tak ramai. Susah hati je. Aku kalau Cik Mon tak kene rawatan susulan, kimo segala..gigih lagi la kot biar je Pakcik Mon yang jaga.


Ke hantar je nursery? Dahla mamat kecik tu tido buai.. www.tips-fb.com

Siaran tergendala.

Lama giler tergendala..hahahha..ni pon baru ada mood nak update. Aku kononnye nak update bersiri la konon..menjelang Danish satu tahun..Haremmm..dalam mimpi je la. Sudah dibedal jugak itu kek. hahahha..

Kesahnye..aku demam batuk macam biasa la..pehtu aku dah oke sket, Danish plak sambung. Part yang ni memang tak tahan. Demam panas kuat sampai menggigil2. Pagi isnin tu dah bawak pegi klinik n masuk ubat kat bontot. Tapi tak kurang jugak panasnya sampai petang tu menggigil-gigil terus bawak emergency HUKM. Takut la wei..kot2 tarik ke hape. Sampai sana ubat bontot lagi, pehtu balik rumah..Tapi jenis demam tak kebah2..Makan ubat baik...nak masuk 4 ke 5 jam tu panas balik..gitu la sampai 3 4 hari.

Letak tuala basah tu kejap je dah jadi nak kering balik. Ada satu hari tu memang Danish tak tido dari pas maghrib sampai pukul 5 pagi baru tido. Terhuyung hayang la makpak ganti2 jaga anak.*pitam*

Cuti sampai 4 hari..masuk keje..rasain! keje berlambak. So harusla nak mengadap bende tu je kan..+ apak Danish pon tetiba demam batuk. tu pasal la aku tak update2..

Sekian, wasalam..:B www.tips-fb.com

Shopping last minute

Tup2 dah nak raya dah minggu depan. Aku rasa macam baru je puasa, tetiba macam eh2??nak raya dah minggu depan?? Cepatnye masa berjalan. Yerlah, aku dua minggu je deman batuk segala aneka penyakit dah. Dok terbaring tatau hape. Baju Danish pon tak beli pon selai lagik.

So, pagi tadi pegi jugak ke Midv. Misi mencari baju Danish. Mak takde baju takpe, janji anak punya ada walaupon tak poser..hehhe. Pagi2 lagi, pukul 9 dah bertolak dari rumah. Tau2 jela kan..nak raya ni semua org serbu je. So Midv belum bukak, meh kita serbu dulu, itupon, masa masuk parking dah penuh bersusun kete. Aku ingat aku sorang je buat keje gila pepagi dah pegi shopping complex.


Masa ni pn dah ramai orang. Tapi oke lagi la..stroller still boleh sorong lagi kat dalam JJ tu. Haritu, aku pegi sogo masa mula2 dulu konon nak cari baju Danish. Dahla parking penuh, pegi parking kat Pertama Kompleks tu berangkut stroller, sampai kat tempat baju baby tu tak boleh nak masuk plak. Depan lift saje penuh ngan ayah2 yang jaga baby, kat tempat baju plak, dah tak nampak baju ..penuh ngan mak2 orang. Sudahnya, kitaorang patah balik je..balik rumah terus. Tak koser aku nak bersesak2.

Yang heran tuh, yang tak nak raya pon sebok gak shopping pepagi buta tu. Ramai je jugak. Tapi apa nak diherankan sangat kan..time diorang raya, kita pon sebok gak shopping kan..harharhar..kata lagi muhibah amalan mulia..satu Malaysia..ewahhhhhh..haha

Dengan cik nana kesayangan...cecececece..raya ni boleh la bagi Danish duit raya ye..he3..Tu, budak si penghisap jari kaki. Itula keje dia..kat rumah ke kat mana ke..suka sangat. Tak larat dah nak cakap, aku biar je..bukan paham pon kan kalau marah2. Janji senyap sudah. huhu

Ini, budak yang ceria!! sekejap je la baiknya pon..pehtu nak dokong lah..nak bangun lah..takmo duduk kat stroller. Last2 tertido jugak..dah penat sangat kot. Nasib dapat baju yang dicarik, kalau tak..bila lagi mo pegi beli. Masa dah suntuk. Hari kerja jangan harap la nak pegi beli2 barang ni.


Dan semalam, kitaorang bukak pose kat luar. Si nana beria ajak makan kat luar. So ke Wong Solo ayam penyet kat Bangi je..Leceh nak bukak pose kat luar ada baby kecik ni..Semalam glemer la kejap aku kan..sebab org sebok makan, aku duk berdokong enterframe kat kedai tuh. Dah, dak kecik kamok2 mau tido..tapi mak ayah nak makan sedap. haha

Satu lagi yang tak bape best makan luar ni, kelam kabut nak pi solat la..tapi semalam, singgah petronas maghrib kat situ..kecitt je surau dia muat 3 orang. Bawak telekung sendiri senang sbb kalau kat tempat awam ni almaklum la kan..macam2. Dulu aku malas gak nak bawak2 sendiri..tapi dah banyak kali n susah jugak..so bawak je. sennag kita punya sendiri kan.


Nasib dah booking awal..orang memang ramai..tu pon ada gak order yang lambat dapat..biasalah..bulan puasa ni..takkan nak marah kot..pekerja diorang pon tak makan lagi..so sabar je..n kitaorng punya table kat tepi dapor..so mintak je..tapi mcm malu je kan...sikit2 nak ais lah, nak nasi tambah lah..ewahhhhhhhh..macam kat rumah plak ko kan. hahaha :B

oke, dah pukul 12.30, esok mau bangun sahur..karang ada yang tak terbangun. Semalam dah la terlajak tak sahur, aku terjaga pukul 6. huhu

bye,
nanti2 ye...:B
www.tips-fb.com

Saya halus je orangnya..

Acik Nona!! bila la saya nak besar macam Aisyah niiiiii?? Ibu saya risau nape saya tak gemok2. Tapi saya cakap kat ibu, rilex la bu..danish maintain slimm..wakaka.

Mak ayah dah besar gabak anak kecik. Tapi dulu2 aku kurus je sekarang hambek nak sangat besar kan. Terus gemok. haha..Teori aku adalah, bila Danish dah start solid nanti mesti jadi gemok sket. Teori aku la..bukan doc ye. Tak kesah la baby, janji sihat dan kuat. Tak sabar nak bagi solid food sebab nak masak2 bubur dan nak beli slow cooker jugak. hehe..poyo.

Semalam aku saja makan betik depan danish, sekali dia tengok je..pehtu aku try la letak depan muka dia tengah meniarap..sekali dia auumm..terkam betik wei. Terkejut kejap. hahha..kene la bibirnya sket. Ikut aku bagi je..tapi..jeng2x..:B


Saya mahu tido tapi ayah paksa2 nak ambik gambar saya. huhu
Ibu saya dah jadi badut kat belakang sebab nak suruh saya gelak2. apala..:B

Ibu saya memang kelakar..tak tahan nak gelak jugak sampai terkencing2 dalam pampers. Eh silap, termeleleh lak air liur. sori..

Oh~~ hoho...penat la yah..Danish nak tido ni..esok la kita main lagi..Danish nak tido ni..please tutup lampu..esok Danish nak skolah...
nite,
xOxO
www.tips-fb.com