Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Cukup 7 bulan, semalam

[ Sebetulnya masa ni baru 6 bulan ++ ]

*Kisah minum air gula*

-Takdela seteruk yang aku sangka macam cerita2 orang. Muntah la, mual memacam.
-Aku siap bawak plastik kot2 terbelahak. he3
-Tapi aku minum tu oke la perasa ribena, sedap jugak. hihi
-Sebelum minum 4.4. Lega rasa.
-Dah sudah minum, jadi 5.4. Lagi legaaaa...heheh
-so, aku memang takde kencing manis. Alhamdulillah..
-Tapi kene kontrol jugak la makan, jangan over.
-Tapi tadi makan lagi cake chocolate indulgence. sodap! ha3
-Suka makan bende2 manis, makan roti pun cicah susu!

*Kisah mimpi*
-2 kali dah aku mimpi si cikonet dalam perut ni.
-Mimpi dia dah keluar, n kuat minum susu je.
-2 kali tu mimpi kuat minum susu je..
-Minum susu kuat tetiba menjadi besar.
-Mengapakah? takla pulak aku tahu.
-Memang macam tu kah, ibu2 boleh mimpi?

*Si cikonet kecik ni siang2 jarang nak gerak, tapi kalau malam..mengeras sesaja, takpon time aku nak tido, time tula dia berdondang sayang tendang sana sini..he3
www.tips-fb.com

Semalam yang im lovin' it

Satu

-Search internet petua kurangkan batuk, macam2 aku jumpa dari yang senang leceh sume ada. Yang aku dah cuba pon ada tapi tak jalan. Tapi ada satu, makan kismis la yang paling senang kebetulan memang ada kat rumah. Makan n baca selawat. Dan malam tadi aku terjaga batuk2 sekali jek sambung tidor balik, pehtu bangun terus macam segar~~~wahhhh..Harapnya2 terus baik malam ni.


Dua

-Semalam pegi jumpa kenal-kenalan dengan akak yang nak jaga cikonet nih nanti. Nampak oke, sembang pon oke..Harap2nya oke lah sumenya. Aku suka, Mili pon suka. Setel satu bab.


Tiga

-Cikonet dalam perut ni bisik2 ibu dia cakap nak makan prosperity. ceaa~~ceh (ibu dia je yg lebih) hahaha. Jalan2 dekat blog Peeja, terus Vavavvavava...sedapnya!! terus roger Mili mo ajak makan. Pakcik tu on je..so petang tu layannnn~~~~


Sedap, meleleh-leleh air mata, hidung. Berdesing telinga aku. Suka letak sos banyak2..lagi aauuummm..yenadei..

Yeah, layannnn pedass..leleh2..Time makan sume nak makan lambat2, sebab takut cepat habis. Nanti boleh jeles2kan org sebelah sbb dia nak kecek2 tak boleh. hahha..
Dulu, time prosperity ni la time dating kerap. Seminggu tu ada la kot dua tiga kali kuar dating..makan prosperity je pon..haha..mana la tak bambam dengan jayanya. :)
Empat
-Singgah rumah bujang lama hantar barang. Diorang sume cakap kurusss..apekah? adakah ibu mengandung menjadi kurus? harharhar..

Lima

-Habis sudah..bye. esok plak

www.tips-fb.com

Ada petua?

-Dah satu minggu lebih batuk2 tak baik. Korang ada petua tradisional macam mana nak hilangkan? Almaklum aku memang takkan makan ubat2 batuk yang doc bagi.

- Setiap 2 or 3 jam tetiap malam mesti terjaga, batuk punya pasal. Batuk yg akan buat ko terkench..sket. So aku memang pakai pad, kalau boleh pampers terus. So, bayang ar macam mana rasa.

-Oh, bukan takat air suam je, air panas kosong baru menggelegak atas dapur aku minum, tapi tak baik2 jugak ni..sakit perot woo batuk lama2. So aku memang nak tau cara camne nak kasik hilang batuk neh.


Pepagi buta pukul 3am, kejutkan Mili ke memang dia dah terkejut pon tataula..(aku rasa sekarang dia tidur2 ayam je kot), got a massage from him. Sakit dari petang lagi, tp dah tak tertahan. Peha jadi keras, n sakit satu kaki..sakit yang over sakit. apesal tah. Berjalan sakan ke JJ kot. Ada Jcard sale kat JJ Equiene tu hari. Hari ni oke sket. Thank u bebeh.

Sebab apa aku kata mili sekarang tidur2 ayam, ada satu malam tu kelakar. Dalam pukul 3 4 pagi la..aku ni cam biasa la batuk terkokol2 n nak terkench la..pehtu bangun nak pi toilet, masa nak bangun tu, bantal peluk tergolek plak ke bawah katil. tetiba mili melompat terkejut, mesti dia ingat bini dia neh yang jatuh katil. wakaka..tetengah malam buat lawak plak. Tapi oke je..maknanya, pepehal ada je orang kat sebelah. Muahhsss sket kat pipi. :) www.tips-fb.com

Berat naik? Air gula? eeuuwww..

Baru balik klinik, ada monthly check up hari ni..Ohh hohoho...berat aku naik banyak. 4 kg wei..doc suh datang next week untuk buat ujian kencing manis dengan minum air gula yang super duper manis tuh. Haloh2...Aku sekarang ni selera betul mkn nasik, makan biasa je..tapi tengahari, malam pon makan. Siap semangat bawak bekal lagi tuh.

Ni pon dari malam tadi, berangan dah esok nak bawak bekal nasik lauk suun masak lemak putih.Vavavvaa...Dan malam tadi dengan jayanye telah masak nasik lemak ayam untuk bekal breakfast aku ngan mili..hu3..Tapi aku punya bukan setakat breakfast je, tapi untuk lunch sekali. Wahaha..takOt...mengapakah terover makan ni..


Inikah penyebabnya? Malam tadi pukul 11 mlm aku boleh makan nasik lemak lauk telur mata lagik sebab tak sabar nak tunggu pagi ni. hu3..Doc tak bagi dah makan nasik banyak2..kene makan roti ngan buah je. Mili la ni, dah 2 minggu tak pegi pasar malam, stok buah dah habis kat rumah. hehe..Tetiba salahkan Mili, padahal memang mulut nak makan nasik je kan.

Lagi satu lately, aku suka makan kek kat secret resepi tuh, kalau gi Alamanda mesti tapau. Pehtu last week aku sarap roti canai/telur hari2..tu nasik lagi tengahari/malam. Tu sume tu menyumbang la tu ke arah tumbesaran aku tuh. he3..stop la pasni..

Habis citer ibu baby yang makin bambam neh, baby plak.

1- sudah 26 minggu, berat sudah 1kg.. besarkah? he3
2- Malam tadi perut aku benjot2 dah ke kanan, dia duk kat situ la tu..kelakar.
3- Tadi scan, kepala duk atas plak, pusing2 balik la ke bawah baby..
4- Pehtu doc buat suspen plak, tetiba cakap gegirl..saje tau, ropanya2 salah tgk. he3
5- Aku memang tak larat dah nak bangun kalau duduk kat bawah..haloh2..rasa nak tertanggal urat2 sume.
6- Kaki masih lagi cramp2, tadi doc bagi dah kalsium.
7- Time rukuk, mesti semput..perut aku cam tersepit. Kene duduk la pasni.

Habis dah..nanti2 aku citer lagi. www.tips-fb.com

Hello everybody..


Our baby


3D/4D Ultrasound [ Baby Afid & Mili ]
Gender: Boy/ 23 weeks / Weight: 614 g


Nampaknya tak dapat gakla aku nak upload video tuh. Dari tadi duk upload tak masuk2 pun. Kelembapan betul. Bukan besar sangat pon file nya. Tengok gambar statik dah la ye..

Oke uncle and auntie..enjoice! :p

www.tips-fb.com

Can't wait!!

Rasa nak terbang pegi klinik sekarang pi ambik CD!! haha..giler excited. Tu pon seb baik aku tepon tanya bila mo siap, seb baik budak klinik kata boleh ambik petang ni..Jumaat lepas memang doc dah masukkan nama aku siap2 untuk buat scan detail. Ada dua pakej samaada nak buat 2D atau 3D. Tapi sebab ibu baby dah kepoyoan melampau, buat 3D terus. Nasib panel, so isi dua borang tambah 90 hengget lagik.

Mula2 takut jugak sebab baru je..takut la kot pelik2 je kan. Tapi nasib sumenya baikkk2 aje. Baby pon oke, siap ber give2 me 5 lagik. Ada sekali tuh, masam plak tetiba..mengapakah? Jangan la ikut pangai aku yang suka merampus neh. Tapi masa tu doc kata terlanggar kamera. Boleh rasa kot eh. Ntah le..tak paham aku. Paling comel masa dah nak habis tu, menguap plak. Alahai...tak sabarnye nak jumpa.

Bayang la cik apid yang keras kejung ngan budak ni tetiba suka melampau2 oke. Tak terbayang plak haku bleh jadi camtu. ha3




Ni masa scan haritu..baru 23 minggu bape hari tah. Gambar print untuk sementara buat hilang rindu-rinduan. Nanti kalau CD tu oke, aku download kasi tampal sini.

Sekarang tengah gile bila rompers online..Comel2..walllaweeiiii.. www.tips-fb.com

Cramp

'ah..ah..tolong..tolong kaki kejang!!'



Nasib baik time aku melolong tengah malam orang sebelah takdela nak tutup telinga jek. Dengar je pelik2 terus melompat bangun. Cuba kalau aku, ko melolong la sampai pengsan, mau aku tak bangun. ha3..tak boleh pakai punya sleeping partner. Tido mati terus.


Sekarang kerap je cramp kaki walaupun tido dah tinggikan kaki. Malam tadi siap dua kali kene dua2 belah kaki plak tuh. Lain macam kejangnya..Dulu2 selalu jugak kene tapi aku rasa tak teruk kot, sebab aku boleh je bangun slow2, pehtu urut2 sendiri. Sekarang ni ngan badan aku keras kejung atas katil2. Ha3..poyo je dulu siap bagi tips kat kak Jojoe, pehtu kene diri sendirik lagi teruk. Terjerit2 jugak.


Ker sebab tau ada orang kat sebelah, so otomatik aku jadi tak reti nak buat macam mana. ha3


pui..


Ada tips tak korang? Ke tak boleh sejuk? kene tido pakai stokin kah? www.tips-fb.com

Itulah rasanya

'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu'

Sekarang baru la aku tau rasanya. Berdosa besar walau kita cakap 'ah', apalagi maki2. Apalagi kalau kita lawan cakap mak. Ini lah rasanya..apa yang aku rasa sekarang. Tapi seorang mak tak pernah nak berkira, tak pernah abaikan anaknya.

*9 bulan dalam kandungan*
Bersusah payah membawak perOt yang besar ke hulu kehilir. Dengan mabuk lagi..emosi tak betul lagi. Kadang gembira, kadang sedih. Tidor tak selesa..Tapi tak pernah nak merungut. Nak merampus tak tentu pasal..tapi tak pernah rasa menyesal atau rasa menyusahkan.

*Saat melahirkan*
Orang kata sakitnya tak tertahan. Aku pon tak terbayang rasanya sebab tak beranak lagi. Tapi bila selamat je semuanya. Sakit yang separuh nyawa tu (orang kata) hilang macam tu je..macam ko tak pernah rasa pon sakitnya bagai nak mati tadi (orang kata jugak, aku tak rasa lagi). Tak berkira lagi kat situ.

*Tempoh jagaan*
Malam2 tak tidor nyenyak pon, takut anak kene gigit nyamuk. Kalau demam lagi la..tak boleh tido langsung, susah hati. Bangun malam2 sebab menangis nak susu, saki perut, pampers basah. Kat sini pon tak pernah merungut. Jaga sepenuh hati.

Paling aku terkesan sangat bila teringat mak aku mandikan adik aku masa kecik, budak2 kan menangis bila mandi sebab sejuk. Mak akan selimutkan, sambil pujuk2..peluk2 cium2..sampai la diam. Semuanya dengan rasa kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Banyak la lagi sampai la besar, kahwin. Dah besar lagila risau..Janganla sampai buat perkara2 yang memalukan. Dah besar panjang pon diorang tak berkira. Walau kadang2 aku lawan jugak, malas nak tolong, tangguh2 buat kerja kalau kene suruh. Tapi diorang tak pernah nak berkira.

Rasa banyaknye dosa aku..walau ko lambak setimbun duit pon tak dapat balas jasa diorang sampai bila2..Meleleh2 air mata aku macam hujan lebat sekarang nih. Nak2 plak sorang2 kat rumah, lagila macam air terjun je air mata aku turun. Rasa nak balik kampung jumpa mak aku sekarang.

Sekian entry emo hari ni. Aku harap bila Mili baca ni, dia tau la apesal aku kekadang suka je tetiba nangis. Selalu aku biar je..

'Baby, jadilah anak yang menyejukkan hati ibu dan ayah'

Lagi satu, 'Abah, i love u too'

oke dokie..bye...
nak pegi tuam mata dengan ais neh. Dah bengkak semacam. ha3
www.tips-fb.com

Cerita budak gemOk tapi tetap cOmel

Tajuk nak sedapkan hati je sebab dah gemok, kembang, muka berminyak dan segala macam yang selekeh la..haha..




Mula2, tengok dulu gambar budak gemok neh. Maafkanla beliau yang posing agak tak berapa sopan tuh. Tersandar plus terkangkang plak kan. Tak bleh nak rapat dah..haha..Itu adalah posisi paling sedap bagi orang yang perut dah ketat dengan makanan okeh. Tersandar sesambil termengah2.

Tadi pegi check up. Sudah cukup 5 bulan 1/2. Perut dah macam belon nak meletOp. Doktor cakap perut aku memang jenis besar, tapi baby just nice je...tak besar, tak kecit. Semua orang yang jumpa aku cakap perOt aku besar. Aku rasa biasa je..tapi bila tengok dalam gambar memang besarrrrrr..ha3..

Semua yang tengok aku jalan mesti cakap 'Kesian..apid..termengah2..' Untuk makluman, termengah2 tu sebab perOt adalah penuh baru pas makan. So memang la kan..tambah2 plak perut besar cam org nak bersalin dah. ha3...

Sampai cleaner kat opis ni tegur,

Cleaner: Kasian...nampak macam tak larat..berapa bulan?
Aku: Baru 5...
Cleaner: Besarnya..saya ingat sudah mahu melahirkan...(sila baca slang indon eh)
Aku: he3..Perut saya memang besar..

Tadi timbang naik 3 kilo mekkkkk...dari bulan lepas punya..Banyak open house wei..kat opis aku ni boleh kata hari2 ada makan free..mana la makcik tak naik. hu3..

Info ibu baby:
1) Berat naik 3kg total dari awal 5kg.
2) Sakit lutut, betis rasa tegang je..
3) Sakit cucuk2 tapak kaki kalau berdiri lelama.
4) Kekadang kebas2 tangan
5) Malas giler nak bangun weh kalau dah duduk kat lantai. halOh..halOh..
6) Dah start rasa baby tendang2..malam tadi kelakar, tetiba nampak benjol kat perOt..he3
Aku gelak sorang2 mili kat dapur..tension je pakcik tu..

7) Asikla nak terkench..baru 5 menet kuar bilik air, masuk lagi..


Akhir sekali, tatap la gambar budak gemOk ni
buat kali terakhir..



And....

Its A BOY!!

tet..tenet tenet....:p

www.tips-fb.com

apid situ sana sini

Tak reti aku nak letak tajuk apa..Belasah je la..

Kalau ikut kiraan masuk 4 bulan dah aku. Hari tu baru hip hip horey ber ase re hee konon habis dah la musim2 pening lalat sume tuh. Ni sudah mari balik..macam main tarik tali plak dia..kejap oke kejap ko. 3 hari dah perut aku ni bergulung2 tah hape..lepas sahur je habis kuar balik sume..Poning makcik la wei..

Baru berangan semalam ngan mili nak buat semekut raya..Tergoda tgk biskut kat blog Kak Hana tuh. Mengancam betul ropanya..rasa pon macam sodap yo..Rumah aku takde kuih lagi ni..risau gak kot ada org sesat2 dtg rumah..kang air sirap selasih je la aku hulur..he3. Tatau la kot tetiba mili boleh handle sume kan..haritu janji nak buat kek. Semangat pokcik tuh. Bagus2x!!ha3..


***

Tahun ni mak aku tak jahit pon baju raya aku. Mak aku cakap karang jahit2 tak muat plak. Harap baju maternity je la..segan makcik nak pakai benarnya..Kain baju kurung pon zip separuh je..ni pon dah ala sendat mendat dah. Nanti2la pas raya kot baru aku pakai gi keje..:p

Tengok senarai barang baby kat blog kak Dong macam banyak je kan nak kene beli..Pening jap aku..macam tak reti je nak beli apa..Tunggu mak aku la nanti..Dia dah janji nak buat bantal tilam sume..Aku ni mana la reti bende2 ni sume..Nak pegang budak kecit pon tak reti..harap maklum.
Ada org kata beli baju sikit je..ada kata kene beli banyak. Tahla..Tapi aku tak survey pon lagik..awal lagi kot. ha3..poyo je.

Tapi dalam kepala otak aku ni dua bende je dulu..
1) Breastpump spectra 3 (semangat dah survey harga) satu set ngan beg sejuk tuh. Ada 2, 3 org opismate aku pakai. Diorang siap promote ngan demo lagik. he3..
2) Buai. kene beli ke eh buai baby tuh? www.tips-fb.com

kontrol..kontrol..

Semangat makan dah mari korang!! haha..kene kontrol nih. Setakat ni oke lagi. Bukak puasa makan setakat sepinggan jek tapi sekarang ni nampak gayanya macam dah tambah sikit je kan..Sahur pon semangat aku makan wei. Jangan naik banyak sudahla..Hari2 duk menimbang setakat ni baru naik 0.5 kg dari berat masa check up pertama tu. 17 hb ni ada check up lagi sekali harap2 takdela melambung2 naiknya macam belon plak nanti.

Ni pon dah berhari2 dah nak makan pizza, cuma jauh je nak ke pizza hut tuh. Kalau memang lalu ulang alik lama dah aku beli takde de nak tahan2 camni..ada hati nak tambah kek plak tuh. Harap2 ada la kot malam ni..:p

Esok mo balik kampung. Cuti 3 hari kan isnin tu Nuzul Quran..sori la org2 wilayah, sila la kejer yer..Nak balik bukak pose kat kampung merangkap sebelum raya tu. Tahun ni aku raya kampung mili..Sob..sob...:( Mo carik kuih apa tah namanye..aku tatau la..kat serdang ni takde. Tapi aku penah tengok kat bazar ramadhan sg.besar taun2 lepas. Nanti kalau jumpa aku ambik gambarnya. Boring plak entry aku ni dh lama takde gambar2..

p/s: pstt..siap berangan cendol ngan ABC little penang cafe tuh lagik. Mee kari diorang pon sedap! Tapi bulan2 puasa ni kelecehan la plak nak ke midv ngan klcc. Situ je kot yang ada. Cuba la bukak satu kat alamanda ke..





cendol dia terbaik..manis dia sedang elok je...




ada pisang2 dalam tu n kacang dia krup krap krup krap


Mee kari dia pon syedap!! oolalala..


owh, lagi satu sedapnyeee..coke. Dapat dua tiga sedut pon oke..tapi tak elok kan korang kan. huuu..

www.tips-fb.com

Memang sejuk eh?

Korang..nak tanya la..kalau pregnant perut memang sejuk eh? Sejuk macam lepas mandi tu..Aku tiap2 hari sejukkkk je perut kalau pegang walaupon badan panas. Selalu masa baring2 tu gosok2 perut, permukaan tu sejuukkk je. Kenapa eh? Memang macam tu ke? www.tips-fb.com

2 hari dah puasa hari ni masuk 3

Alhamdulillah..habis gak aku puasa 2 hari. Hari ni insyaallah akan cuba habiskan walaupon sakit perut dari malam tadi dan pening kepala stok nak hentak2 kat dinding dari semalam lagik.

Tahun ni puasa, lain sangat. Tak bersemangat je. Nak masak pon tak larat. Kalau tahun2 lepas tu gigih betul nak cuba resepi baru tah pape. Kuih2 pon..Oke bukanla nak citer pasal makan je kan. Tapi kesian je kat Mili. Dua hari dah Mili masak, masa sahur malam pertama tu, balik pasar malam, dia la yang basuh ayam sotong sume. Pehtu masak plak lepas balik terawikh. Aku memang flat betul. Aku tolong bagi arahan je pas ni nak masuk apa..hehe..

Petang semalam memang sakit kepala stok nak hentak2 kat dinding lah, Aku potong bawang sayur sume sambil pejam mata boleh? sebab tak tahan sangat sambil nak nangis. Aku tanya mili nak makan apa? dia cakap sambal sardin pon oke. Kesian je..dia gak yang masak nasik, goreng sayur sume. Aku goreng ayam ngan buat air je..Tertekan giler rasa.

Time bukak puasa, tetiba tak lalu makan oke. Aku siap nanges tepi dinding lagik. Minum air ngan makan buah je..pehtu baring. Dekat pukul 10 baru makan tu pon sejemputtt je nasik. Makan dipaksa2 rasa macam telan batu..

Macam lembik mengada2 plak rasa..tapi memang sakit betul bukan main2. Aku rasa cam jadi orang lain je sebab sebelum ni tak macam ni pon..kekadang tu kalau hari keje kalau kene angin rajin siap buat kuih bagai. ceaaaaa...nak cakap gak tu rajin. haha. Tahun ni tak dapek la..tatau la kot hujung2 nanti. Ni dari strat pregnant memang sakit kepala hari2 tak kira siang malam. Stok minyak kapak sebotol pon nak habih dah. Memang macam makan nasik la minyak kapak ni aku buat.


Info baby: Hari tu dah buat check up pertama secara rasmi dan dah buat buku merah..Baby oke je..sihat dan pembesaran pon normal. Degup jantung pon normal cuma aku ni je yang tak normal. Doktor kata takde masalah n aku boleh puasa macam biasa.. www.tips-fb.com

Alahai~~~


Sedapnye korangggg!!!
Buatan emak!
Nak buat sendiri takde daun pisang la pulak
wallaweiiiiiiiii...
Emak!!!
Tolong pos pada anakanda mu ini~~huuuuuuu (nanges)


p/s: Mili... Jom balik kg plis~~~ www.tips-fb.com

Sudah cukup 3 bulan!

3 hari lepas cukup dah tiga bulan!! Sori, aku senyap je kan..mc 3 hari maaa..kepenatan melampau. Dah nama mc jangan harap la nak hadap lappy kat rumah. Buat sakit kapla je. Badan sekejap macam panas kejap sejuk, berdebar2 pehtu sebelah kaki jadi merah and bengkak. Sebab apa kepenatan melampau tu lain entry lah. Mili cakap aku tido pon meracau tah apa2.

Pegi klinik ambik mc and suruh doc scan terus nak tengok kot apa2 je kan..he3..Ada drama la plak kat klinik pepagi tu. Dengan orang ramainya..tetiba nak termunn kan..berlari2 pegi toilet. Jadi tontonan kejap.


Yeah, sudah cukup 3 bulan! dah nampak tulang belakang, ada 2 tangan and 2 kaki. Pandai je baby dah letak tangan kat pipi..Pehtu yang bestnya..melompat2 kau. Bukan la melompat macam kita orang tua ni..badannya cam toink2!, Mula2 sekali, pehtu tetiba tendang pulak. Cumel je kaki..ooooo..dah pandai main tendang2 eh..Pehtu sekali lagi dia toink2! Teruja oke.
Doc, siap cakap "Baby..diamla makcik nak kira ni.." Doc nak kira denyut jantung tapi tak boleh sebab asikla bergerak sana sini..he3..
Hati jadi happy so bila doc tanya nak MC bape hari, konfiden je cakap sehari. Sudahnya esok ke klinik lagi..lembik sangat ngan tetiba ko nak muntah plak pepagi..padahal selalu petang malam je kan.
www.tips-fb.com

Orang seberang




Oh, tajuk agak sopan. Takut nanti ada plak yang salah paham. Aku berangan nak beli baby sling ni. Macam cumel jek..Semuala cumel je kan pid..tapi Mili tak bagi. Katanya cam 'orang indon'. Banyak kali dah aku hint2, tapi jawapan sama je..'tak payah la..macam indon'


Tapi omputeh tu pakai takde la plak nampak cam indon kan..Ape2 je la...tapi bila difikir2kan balik, mau patah gak kot bahu nak menggendong baby kalau anak ko berat berkati-kati. haha..



Lagi satu, kengkawan sila la beli PA&MA bulan Ogos. Ada edisi khas Penyusuan Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia. Banyak tips dalam tuh.



Oh, aku pon dah boleh makan nasik ngan roti sikit2..cuma pening kapla tu tak hilang2 la. Hari2 mesti mau pening. Petang bawak ke malam lagi pening. Pagi2 oke lagi tapi ada jugak la berasa2.



Oke lo...da..da..
:p www.tips-fb.com

Mari makan buah!

Tajuk tah hape2. aku tatau nak letak tajuk apa. Apa2 jelah eh. he3
Hari selasa hari tu family mili datang umah aku nak melawat menantu kesayangan..(ecewah..oke tipu je. takde la kesayangan ke hape. tatau la aku). hu3..Diorang datang nak hantar sepupu mili lapor diri untuk keje , so tido umah aku la. Dah alang2 makcik dia datang so mak ayah mili ikut jugak la..

Tengok gambar je la eh. Diorang bawak buah2.


Durian!!. Mili siap cakap jangan makan biar dia tolong makan je. Abah siap cakap ni buah kutip pagi tadi..Aku diam je..tapi diorang sume kata boleh makan. So aku makan 3 ulas je itupon mili jeling maot punya. hahhaa...Diorang bukak2 bagi depan aku oke. So, en. Mili sila jangan perasan diorang bawak untuk aku ek. wakkakakaka...

Aku takut la jugak, tapi mak aku kata boleh, diorang cakap pon boleh. So makan saja lo....tapi xdela nak balun sebijik kan..buat rasa sudahla...hu3



Rambutan jugak! sedap2...tapi takut sakit tekak, makan sikit sajok.



Oh, ada dokong jugak. Tapi setongkol ke segugus tu je..sebab tak menjadi sangat musin neh. Bawak tuk aku je kot..haha..perasan lagik. Oh, itu bukan abah mili ye..tu gambar cina tokey dokong mana tah. Aku goggle jek.





Keropok ikan jugek sama asam2..ibu mertua ku bilang, takut aku teringin asam2 neh. So dia bawak jugak. Ada lagi apa tah. Asam aku tak makan pon..ntah tak teringin nak makan asam. Tapi apepon...Thank u..sebab ingatt jugak. he3

Dan pening aku yang dah seminggu tu hilang terus oke, tapi ni dah pening balik. Oh, tetiba aku cam dah boleh makan nasik sesikit. Kene meriah2 kot kat rumah baru bersemangat. haha..Haritu mak aku datang pon aku boleh masak n makan nasik tambah2 lagik. Sekali diorang balik terus lunyai balik.
*********************************
Esok mau balik kampung. Mau makan batang keladi masak asam mak aku dengan ikan terubuk goreng. Oh, mau makan pecal special Sg. Besar jugak yang ada nasik impit 2 3 ketul, bihun sket, sayur2 celur pehtu disiram kuah pecal yang pedas2 manis tuh. Kat tempat lain aku tak penah jumpa ye..kat kampung aku je ada pecal pesen gituh.
oke, tata...mau off petang ni.
www.tips-fb.com

Apa nak panggil ek?

Sampai sekarang, aku tak decide betul2 lagi nak bahasakan apa kat baby ni. Mommy ke ibu ke..tahla..beku kejung keras je aku ni. Sifat2 lemah lembut keibuan belum terserlah kot. Aku ni sejak azali la agak kejung dengan budak2. Bukan tak suka, tapi tak pandai. Aku macam suka ibu, tapi bila saje2 kadang2 macam cakap2 dengan perot. Aku tau..setakat dua bulan takde rasa apa lagi. Macam kekok je ibu..macam mommy lagi mesra. Tapi ibu macam sedap. hahaha...lupakanlah. awal lagi kot.



Yang mili plak adalah poyo oke. Aku tanya nanti nak panggil apa. Konfiden je suh panggil Dad. Aku cakap betul2 la..tapi poyo lebih nak dad jugak. Sejak bila la cik mamat make budu bertukar jadik cik mamat makan carbonara plak neh? ekekee...tatau la betul2 ke memain sebab dia tuh selalu suka je mainkan aku.




Selalu kalau anak pertama orang tak kesah je boy ke girl. Mili pon tak kesah janji sihat katanya. Aku pon tak kesah, tapi tetiba suka boy je kan..hahha. Aku tengok blog mommy2 muda ni carry baby boy diorang yang montel gebus tu macam best je. ngan kepala botak. ahhhh..cumel!


Tapi yang sebenarnya, aku tak kesah janji sihat dan cukup sifatnya..Aminn..








********************************




Tadi pegi scan, dah nampak dah kepala, jantung pon ada gerak2. Betul la orang kata..seronoknye lain macam. Bukan macam sonok ko menang peraduan ke hape. he3 www.tips-fb.com

Wowowoooooo...nanti dulu

Tiba2 dah masuk 9 minggu lebih kalau ikut tickers tu kan. Macam tak perasan je tetiba dah masuk 2 bulan lebih. Kalau ikut kiraan kat situ la..esok kene pegi klinik jumpa doc nak tengok beat lagi kot sebab haritu scan dia tuh tak berapa nak nampak.

Sekarang bila dah masuk 2 bulan lebih ni aku dah rasa la simptom2 mak2 mengandung neh. Aku takde selera nak makan..kalau boleh taknak makan langsung. Tapi perut adalah lapar dan berkeriut-keriut. Tu yang sakit perot je manjang dah seminggu ni..sakit2 kejap hilang gitu..sebab perut kosong kan. Terwekk-wekk pon ada la lite2...kat rumah selalunya, kat opis pon aku tahan2 je..kasi slow2 je bunyik. hehhee...

Dulu masa belum ada isi neh, aku selalu je nak rasa best kot takde selera makan kan..sebab aku sume bende la aku makan. Sekarang, hambek ko pid..seksa rupanya jadik org yang takde selera makan nih, beg bekal aku pi opis ni memacam je isi, tapi aku tak makan pon...hahha. 4 hari dah aku makan twiggies je. huhu...Tak makan tu takpe lagi kot kalau perut tak sakit + mulut kosong kan..jadi macam mual gituk.

Berat pon statik je...tak naik2 tetiba pagi tadi aku timbang turun plak sekilo. Tapi alhamdulillah la..aku ni tak sampai tahap melepek je lagik. Still boleh jalan2 lagik. Mintak la dijauhkan sampai tahap tak larat sangat tuh.

Aku citer2 ni bukan la nak merungut ke hape..memang kita sume tau kan simptom2 orang pregnant ni memacam. Cuma haritu la aku cam ter Woooooowooooo...nanti dulu. Takde la..ada sorang kawan ni, rapat tahap boleh tepuk tampar leser meleser la..penah tido sebantal makan sepinggan bak kata orang tuh, aku citer je..just nak share apa yang aku rasa..tah agaknya, dia takde niat apa kot..aku pon takde la sentap ke hape..cuma agaknya aku terover citer la kot..dia bleh cakap "Dah tu, itu yang ko nak". Aku cam Wooooowooooow...aku nak share je...macam yang aku bebel kat atas ni lah. Tapi dalam hati jelah...hu...

Peace no war!
=p www.tips-fb.com

Jarang-jarang, kadang-kadang

Lepas ni jarang2 dah la aku update, takde la macam dulu tuh rasanya. Tiap hari ada entry baru kalau tak pon selang dua hari update. Macam takde mood je kan nak update. Ada je entry masak nak buat, tapi malasnye..nak buat post. Gambar semua ada. Lagi2 la sekarang ni..makin malas nak update.

Aku walaupon takdela mabuk teruk, tapi badan letih macam nak putus dua. Baru 8 minggu beb, dah sakit2 pinggang segala..berdiri lelama mula la..perut lah sakit, memacam. Selera makan pon takde..malam aku still taknak makan..sekarang ni tengahari pon tak rasa nak makan. Rasa tak selesa gituk. Nak minum ais pon jadi takut plak, sebab tetiba tekak jadi perit semalam. Tak pepasal demam tak sudah.

Kekadang pagi aku ok, tengahari tak oke. Ni hari ni pagi tak oke, sekarang ok la sikit. Penat sangat. Aku jenis cam sakit2 badan, kalau boleh nak baring je..memang cam gitu ke eh? Tahla.
Semalam cuti, hantar adik aku ke poli PD, balik tu penat macam hape je. Pagi tadi bangun, Ya Allah...malasnya nak pegi keje. Tapi nak cuti sayang sebab raya nak guna banyak kan..

So, hari minggu tadi mak aku datang rumah..tu yang terlebih penat kot..Macam tak reti plak kan orang datang baring..je. Mesti la nak kene masak sesikit kan. Lagi satu mak aku siap pesan, jangan nak tido je..nanti baby jadi malas..huaaa..letih woo..tapi kalau dah sampai terhuyung hayang tu aku tido je..ekekeke..

Mak aku ni bab2 nak melembik2 jangan harap la..sedangkan aku demam dulu masa kecik2 pon..dia suruh je buat keje rumah konon kasik peluh kuar katanya..jangan nak baring je nanti lambat baik. Selalu kat hostel kan bebudak kalau demam suka je nak balik, sebab mak diorang siap masak bubur suap lagi. Aku suka lagi tak balik..haha..Dengan mak aku, nan ado la ko nak manja lelembik bagai.

Nak mintak Mc, alahai..kemalasannye nak jumpa doc. Aku ni selagi tak sampai merangkak takdela nak pegi2 klinik mintak mc wei.. malas. Macam tak reti nak cakap, doc sy nak mc sebab penat, tak larat. Macam mengada-ngada. hu3

Oklah, tu je update hari ni..Lain hari tatau lagi..kot tetiba rajin je kan..
Bye..=p www.tips-fb.com