Showing posts with label projek KBBS. Show all posts
Showing posts with label projek KBBS. Show all posts

padah terlebih ramah

pehtu sentap sorang2..padan muka. hahhaa


satu hari borak2 kat opis lepas buat saringan kesihatan...

blablabla..berat..blabla..derma darah..blabla..kurus gemuk sume keluar.


Aku kan terlebih ramah bila dah start borak mula la hilang ingatan semua pasal diri sendiri nak citer..haha..padan muka. diri sendiri je ye..hal orang lain tak ambik port pon. Tiba2 citer pasal berat sume aku cakapla berat aku 80 tak cover2..hahha..dah tentu gemok takkan nak cakap 50 pulak kan. ekekke..

Pehtu member ni pon balas..oooo..x nampak cam 80 pon..(dlm hati..ewahhh..kurus ke aku..berbunga2 riang dah) sekali dia sambung, ooo..agaknya pakai baju besar kot..maknanya apa? cuba cakap. aku lagi nampak gemok oke..macam x padan berat 80. habis tu ko nak aku berat bape? 90 kg? 100 kg? mcm dalam biggest loser dah ropanye. haha..pastu borak lagi...xkan nak menyentap kat depan2 tu pulak.

Pehtu, dah sorang2 mula menggelupur. rasa cam sendat la..ketat la..salahkan pakai bra ketat la..mula nak pegi toilet tgok badan tapi apesaltah aku rasa biasa je..hahhaha..gilo keyakinan diri tinggi sangat pon payah jugak. tapi tak lama..menggelupur balik. terus nak diet..konon..hahha..yang haritu pon tak jadi. Terus nak jadi bff dengan buah ngan sayur.






sentap mak nak..terus borong buah kat pasar malam semalam.






Ini baru sikit...belum tengok lagi 3 bulan sebelum pregnant Danish. Aku makan sayur berlauk nasik je. no air manis, nonono kuih2 biskut sume. campur jogging campur kat rumah lagi. Xtrainer dah jual plak tu..huhu..wii pon jual..bagus ko pid. kalau tak boleh kickboxing. Bengang sebab tak dapat game zumba tu terus patah hati nak bersenam, terus jual.




Tapi aku belum sampai tahap tu lagi sekarang, masa tu hilang 6kg 3 bulan tapi macam nak mati. Lepas tu mcm frust sikit tetiba pregnant. Takkan nak diet kot. Tapi pastu terus turun 10kg pas beranak..dah berbulan dok spital, hati susah makan pon tak lalu la wei. pastu lupa dunia..dah kuar terus happy terus makannnnnn je kejenye.




ok, stop membebel..nak makan oren pulak. haha..bye korang
www.tips-fb.com

Perkembangan terbaru

Progress terbaru berat badan kitaorang. Macam tu je..statik takde turun-turun lagik. Cukup seminggu dah hari tapi masih takde perkembangan. Cuma perut rasa longgar la.. Takde la senak penuh memanjang. hehehe..

Aku ni banyak je resepi nak cuba, tapi kene tahan la weh, karang bila dah masak sume la nak makan kan..rosak program la. Tekanan perasaan je Mili. Sebab kekadang lapar, dia nak makan kene marah. hahahaha..

Sekarang ni kitaorang makan ikan je..nasik pon setengah senduk. Giler seksa. Aku oke lagi kot..Mili arr..wah saiko neh, ekekeke..Breakfast makan roti 2 ke 3 keping je ( aku tengah berusaha untuk kurangkan lagik) Go..go..chaiyok! Pehtu tahan la sampai nak lunch plak. Mana la biasa ni wei..aku ni ada je selalu bekalan2 dalam beg. hehhe. Harap2 bertahan la. Sekarang nak makan pon duk kira kalori berapa..hahhaa..bengong.

Jogging seminggu 3 kali, nak pegi tu yang dugaan tuh. Malas je..mengantuk lah. Tapi bila dah sampai tu ok je..Nak pengsan jugak la aku nak mengabihkan 3 pusingan..wahhh tak agak..huhu..Aku lari tau, bukan jalan.

Aku harap takpe la lambat janji turun. Jangan la kali ni diet yoyo sudah. Dah turun, pehtu perasan kurus, makan balik. haha

p/s: sistem down, mula la boring kan..pehtu ingat nak makannnnn je. apid..apid..dush..dush baru tau.

Berderet dalam list aku ni wei..ingat nak masak sizling mee..boleh kott..makan sikit jek.

=p www.tips-fb.com

Peperangan The Biggest Loser

PEPERANGAN BERMULA ANTARA
AFID VS MILI

DALAM TEMPOH SATU BULAN, SAPE TURUN PALING SIKIT DIA KALAH.
SAPE KALAH KENE BELANJA.
TAPI BUKAN MAKAN!

Adoyai! hahhaa..aku tak tau la sampai bila bertahan. Kita tengok la hasilnya nanti. Haritu la tetiba mili bagi cadangan. Apa kata kita buat pertandingan macam program the biggest loser tuh. Aku on je..kelakar oke..macam2 je idea .

Owh korang jangan la harap result yang tebaboommmmm..kita tengok nanti macam mana. huuuuu

:p www.tips-fb.com

Projek KBBS

Malam tadi, aku ngan mili pegi survey2 untuk mulakan projek yang aku panggil 'Projek KBBS' ..apa dia projek KBBS tu biarla rahsia dulu..huhuhu..sebelum2 ni dah pegi survey2 kat tempat lain dulu..tengok2 camne..so, malam tadi kata putus telah dibuat dengan kuasa bersama., kita pi kat situ..ala yg macam kat gambar atas tu..terkecik plak tulisannye..pepandai korang la nak zoom camne...wakaka..

Oke, sampai dah..mula2 tengok2 dulu..pehtu jumpa mamat ni sales trainer kite..en saiful, dengar sume penerangan dia, tanya la apa2 yang tak paham..jangan malu2..dia boleh je jawab sume.tapi kalau dia kelentong pon kitaorang tatau..hehe..nak tanya tips2 pemakanan pon boleh..Oke, puas hati dengan sume maklumat tu..bincang2 sambil dipengaruh dan terpengaruh, isi la borang ke apa ke yang patut, nak daftar ke hape ke..silakan lah. Bende ni dah berbulan bawak masuk mesyuarat ahli lembaga yang dua orang je ahlinya..tiap kali mesti topik yang sama..so, setelah memikirkan pro dan kontranya, kami telah sebulat suara!

apa dia yang aku duk cakapkan dari tadi, biarlah dulu..kalau berhasil baru aku citer..ni baru intro..belum mula lagi..sabar2..hehehe..kompem menyampah korang ek baca entry bukak sikit2 ni..:). jangan hangat2 taik ayam dah la..

GO GO CHAIYOK!! www.tips-fb.com