
Aku nak sangat carik beg camni. Tolong eh. Tak leh tido la..huhuuhhu
xOxOxO
Berjalan menyusur jalan di tengah kesibukan orang lain. Macam orang yang loser je kalau orang tengok, tapi macam tenang je..best je kalau aku macamtu. Agak2 penat, boleh rehat2 kat bench2 tepi jalan tu sambil tengok orang lalu lalang, sambil aku tangkap2 gambar. Berjalan sampai aku sendiri yang penat. Teruskan lagi pengembaraan aku menyusur setiap celah ruang sempit deretan bangunan-bangunan sambil menikmati keindahan senibina bangunan diorang. Melihat sendiri realiti kehidupan mereka-mereka yang tersorok yang tak nampak dari luar. Kalau aku rasa aku nak stay kat satu tempat tu, aku stay je kat situ sesambil aku keje jadi pencuci pinggan ke..pengutip buah ke..tukang sapu sampah pon best jugak rasanya. Serius aku selalu je berangan camtu. Tah hape2 je..
Great Ocean Road
Tu yang kekadang aku suka je jalan sorang2..sambil fikiran menerawang sampai kemana-mana. Apa jenis la orang cam aku ni..Serius kekadang aku rasa keje tukang sapu sampah tu cam best je. Harap2nya suatu hari nanti dapatla aku capai angan-angan aku ni..Mengembara seorang diri ataupon at least dengan Mili. Tapi cam susah je..sebab dia tak kuat berjalan. hahaha..
Oh lagi satu, aku tak suka tema Astro yang konon kalau tengok chanel travel & living tu tak payah pegi pon takpe..(sori kalau salah). sebab sama je dah merasai kat tv. Pada aku, lagi buat aku nak pegi lagi adala. Oh, aku kekadang memang pelik. Sila abaikan.
*ihsan gambar oleh google.


Oven brand Europa..ada jual kat sini..aku baca testemoni dia cam ok je kan..banyak akak2 yang jual biskut2 raya pakai oven ni..senang kot, sbb pakai elektrik, kecik sket..sesuai la dgn dapo ku yang kecittt tu..huishhh..semangat ni..
Yang ni plak pressure cooker..aku dgr orang beli kat Langkawi mcm mahal je kan..tak tau la..tak tgk sendiri..ni pun tgk kat ebay..RM95.00..tak termasuk kos penghantaran..senang la kalu ada ni, nak masak2 sup tulang ke...bagi kat mak aku pon ok gak kot..sebab dia suka no makan sup tulang, lembut la sikit..tak payah nak hiris2 daging pakai pisau lagi..
Ada lagi sebenonya, tapi yang aku nak sangat ni jela..tak agak2..kuat tul nafsu kehendaknye..hahahaha
**sebenarnya aku dah ada oven ngan mixer brand CKE tu..tapi aku nak jual sbb dah tak sesuai lagi sekarang ni, dengan aku tak buat roti lagi..rumah pon kecitt je..sape mo beli ovennn!!!
p/s: nona, buat wish list ko boleh?