Blog memang boleh buat kita menangis & ketawa.

Blog memang boleh buat kita gila kadang2. Dulu aku memang tak boleh berenggang langsung. sepanjang kat opis aku bukak. Kadang 2 tak update pon tapi just bukak tengok...tak buat apa. Aku pon bukan rajin sangat nak makeup2 blog macam org lain. Kalau 10 tahun mcm tu macam tu jugak la rupa dia.

Jalan sana sini..baca cerita orang sana sini. Ada yang kelakar..yang sedih..dapat info macam2. Blog aku ni aku tatau la sumbangannya apa kat korang yang datang baca. Semua bende merapu je. Takde yang interesting sangat kat sini. Tak semua aku citer kat sini. sebab aku takut orang kata aku poyo. tah hape2. Taip2 delete. Nak citer2 pasal jalan2, takyt orang kta poyo, citer pasal makan2 poyo jugak. Nak citer pasal rumahtangga pon takut orang kata poyo. Ni tengah taip ni pon aku rasa aku poyo. hahha..gila.

Arrgghhh...lega sikit. Sebenarnya aku nak hilangkan rasa sedih dari tadi menangis. Dahla kat opis. tempat aku ni open sume boleh nampak. Tak boleh nak tahan2..air mata tak boleh nak berenti. Takziah buat Kak Filla sekeluarga. Terkejut sangat, sebab selalu baca blog dia, so taula citer pasal adik dia. kalau aku jadi dia..adik yang kita sayang tiba2 kan..ni tengah taip ni pon aku nangis. mesti orang ingat aku  gaduh ngan mili. Padahal tak penah langsung aku nangis kat opis kalau gaduh ngan mili. Sekarang ni pon boleh kata kitaorang tak gaduh la..lovey dovey gitu..anniversarry dah 5 tahun weh..tetiba. Masa 18/8/2012 haritu. Boleh sama2 lupa..masa kat kelantan, aku tengah tolong ma masak tetiba dia panggil keluar..pid..pid..eh, hari ni anniversarry kita eh? 5 tahun dah..mcm tu je..aku pon blur2..lupa. Kitaorang tak penah romantik2..bagi bunga ke hape ke..candle light dinner ke..memang dari dulu zaman kawan2 pon tak penah. hhahahaha..kasar je dua2..orang kata la. tapi Mili penah bagi teddy bear besar sebab aku majuk2 mintak nak. sekali ada surprise..pastu dia citer punyala malu nak beli, budak2 keje kat parkson tu sengih2 cakap nak bagi awek eh...dia boleh cakap nak bagi anak. apala..haha

huhhhhhhhh....takziah sekali lagi. Alfatihah buat arwah. semoga dicucuri rahmat. www.tips-fb.com

6 comments:

Bunga Rampai said...

Harap harap hulur salam ni tak poyo lah ye :P

Moga ceria sekeluarga. Salam tahun baru Afid :)

Al-Faatihah buat arwah. Moga aman di sana. Aamiin.

Ayah said...

i always think blogging can be a therapy...

afid said...

Ayah & cik Rampai

Tq singgah ke mari..saya boleh dikatakan sudah tidak aktif lagi..haha

Syifaul Saira said...

Salam...
Done brblogwalking...
Done Follow...
http://whyvenusmarscollide.blogspot.com/

Egypt said...

thanks

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)