Cream cheese

Foto dari pakcik Google

Korang suka makan cheesecake? cheesecake adalah super sedap kalau simpan dalam fridge satu hari. Hari kedua makan, baru rasa lagi power. Aku suka jugak, tapi biasa-biasa je. Tak penah buat lagi yang jenis pekat cheese sesaja tuh. Buat yang da campur tepung tu..so rasa dia takdela cam pekat bercheese berlemak sume.
Bahan asas cheesecake adalah cream cheese yang bapak mahal la..Satu blok macam dalam gambar ni dah 9 hengget lebih kat Carefore. Kalau kat kedai bahan tu murah la sket. Tu sebab la cheesecake mahal gilos. Kat resepi rahsia tu sepotong je dah bape. Tapi puas hati la makan kan.
Oke, haritu aku gi Yummy beli barang buat kek. Aku baru nak ambil Philadelphia ni dalam peti ais. Tetiba ada sorang makcik tegur aku;
Makcik: Dik, jangan ambik cheese tu..takde tanda halal.
Aku: konpius, (cheese kat kedai bahan dia dah siap potong2 tapi still ada cap Philadelphia tuh). kerut2 muka + ternganga.
Makcik: tak halal dik, kat Malaysia takde cheese yang halal.
Aku: OO..eh? ragu2..letak balik terus tak jadi beli.
Hari lain, kuar ngan Mili gi carefore. Aku gi check Philadelphia & Anchor Brand memang ada tanda halal ye..tapi bukan Malaysia punya la..luar punya halal. Yang kat kedai tu pon aku tengok Philadelphia gak. cuma dia takdela letak lam kotak, dia dah potong2 bungkus plastik. So, aku nak tanya korang yang biasa beli/buat /tahu pasal cheese, apa kata korang. Halal ke tak halal ni?
Cream cheese tu bukan dari susu lembu ke? (Wikipedia) ke ada bahan lain yang tak diketahui? Sila kongsi2 info eh. tQ..
www.tips-fb.com

3 comments:

Unknown said...

salam,
maaf kalau saya menyampuk. yea memang semua cheese diimport ke dalam negara kita atas permintaan yg sangat banyak. tapi siapa kata takda cheese yg halal kat malatysia. ada satu syarikat Malaysia mengeluarkan keju halal tanpa DNA haiwan. sebenarnye kita sebagai muslim sepatutnye sedar Halal itu sangat luas, bukan semata tiada bahan dari khixzir tetapi process pembuatanye itu adakah mengikut syariat dan islamic requirement? Dalam pembuatan keju ia sama seperti roti yang mesti ada yis dalam pembuatanye. jadi keju juga mempunyai bahan asas iaitu 'IBU CHEESE' yang dikenali sebagai RENNET.. ianye diperbuat daripada lapisan keempat usus kambing biri biri atau anak lembu.. sahih kah cara ia disembelih? dan selanjutnye yang mengikut syariat islam.

oleh yang demikian anak kelahiran jati anak melayu yang bergelar DR>MASTURA Ahmad telah menemui bahan yang terbaeq untuk menggantikan Rennet haiwan itu kepada tumbuhan

yang bestnye TJA Cheese diperbuat dari susu lembu yg segar, serat dara sawit (CP6) dan minyak zaitun yang banyak khasiatnye....

kalau anda nak tau lebih lanut sila hubungi 0182400409 Arelesya anak kpada Dr Mas..

insya;lah kita akan lebih diberkati dalam setiP YANG kita makan yang menjadi darah dan daging kita,

sekian sahaja..
ADA KEJU HALAL DI MALAYSIA. PERTAMA DAN YANG PALING TERBAEQ

miketako said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya ada sesiapa tahu status halal cream cheese jenama Sungold?

Unknown said...

Awak dah jumpa jawapan nya ke. Saya pun nak tahu