Is it Okay to Let Your Toddler Play with the iPad/Tab?

Hahaaaaaa....ni tadi jalan2 blog terjumpa satu artikel. Korang mesti gila gadget kan? Mili adalah penggila gadget. Semua keluaran baru henfon/tab/laptop dia ikut. Kalau boleh, ada gadget baru mesti nak beli cuma kadang2 aku jadi anak naga je dia tak beli. hahhaa..

Kalau dia yang tak beli, mesti dia racun orang lain beli..haritu adik aku rosak henfon, dia racun suh beli samsung SII. dia tak dapat, org terdekat beli pon dah oke. Abah aku suh survey2 laptop, laju je ajak pegi lowyat..i tak kesah..ikut jew..janji cuci2 mata. haha. Aku bukan penggila gadget, janji henfon boleh call, sms ngan video call sudah. Internet2, fb aku tak reti, sudahla skrin kecik, nak tekan2 pon susah. Aku kan makcik2..tak suka bende2 susah ni.



Bila dah jadi penggila gadget ni, hari2 la browse sana sini..mana yang lagi oke..ipad ke galaxy tab ke..tak berkesudahan. Sikit2 beli majalah. sukati kamula..kalau tanya aku, aku kata tak penting pon..tapi ko kene tahan la telinga siang malam, dengar ayat2 dia..kalau ada kan bagus..senang..bla..bla..ringan. Tup2 satu hari, balik dari keje nampak satu beg samsung kat seat depan..alololo...ada orang tu senyum2 sampai telinga..

Cepat2 nak cover, awak, saya beli tab..hihihi..ni untuk kita bertiga...senang nanti..alolo sekali lagi..sweetnya laki makcik..beli untuk kita bertiga..makcik tak jadi naga pon..biar jela..duit kamo kan..huhu..bermula la episod dua beranak berebut tab. Yang sorang x penyabo, semua nak cuit, kejap2 sret...sana sini. Pehtu menangis tatau pekebende yang dia nak. Yang apak plak dah tension anak tak menyempat2..mula nak angin..Mak kat tepi diam2 je..naga merah belum kuar lagi. ekekekke..







Hoooyeeh....sampai satu tahap, hari2 la dua beranak tu duk bergadoh, mak naga pon apa lagi..kuar dah api sikit2 kat hidung, terus sembur api kat dua2..hahhaha...simpannnnnnn!!!jangan tunjuk2 lagi kat budak kecik ni. Dah, Danish takde pekdah main ni pon..buat gado ngan nangis je..simpan2..silap2 ibu hempas je nanti..(ewahhhhh..nak hempas2 macam berani, silap2 aku plak yang kene hempuk. hahha..) diam dua2, terus simpan sampai la sekarang nak main kene sorok2.






Yang Danish kadang2 menggila jugak..tengok majalah ada gambar tab dah menggelupur tunjuk2. Budak2 sekarang tau oke. tak paham aku. Kadang2 tu, gigihla tarik beg ayah dia suh bukak sebab dia penah nampak ayah dia sorok situ. gigih gila seret beg. Tapi tak layan..mak ko malas nak serabut. Nanti dia bukan tau pon nak apa. Daripada kene jerit, baikla toksah layan.











Ini gambar lama sebelum kene sembur. Tengok, bukan reti pon sebenarnya. Gila panjang mukadimah aku. Berbalik pada tajuk tadi, oke ke tak oke? sila la baca sini dan sini. Mungkin ada yang tak setuju, haha..tapi kalau untuk budak2 yang dah besar sikit okla kot. So, aku tak rasa rugi apapon kalau tak bagi guna..sebab tiap kali kitaorang pegi terapi pon tak penah la pulak theraphist suggest suh guna tab ke teknologi ke..still main bende2 yang boleh pegang macam puzzle, lekat2, conteng2, main cop2..itu je..


www.tips-fb.com

3 comments:

Jojoe said...

kitorg x canggih.. takde ipad ipod bb.. sume takde. so x boleh komen heeeeeeeee

afid said...

kak jojoe,

orang yang gila gadget je kot yg suka bende2 teknologi ni..apid setia henpon nokia cokia je..

nak guna application kat tab pon x reti wei..so, rentikan

chempaka said...

nak bagi duduk diam..bagi jer!