Cempedak madu goreng

Hari ni apesal tah rasa lemah longlai giler macam orang tak bersahur. Padahal sahur oke nasik sejemput lebih buka petang tu. Lauk ayam+hati masak kicap lagik. Tembikai susu dua potong. Aku sahur sorang2 je sambil masak lauk Danish sambil mesin kain sambil nak tengok Chuck ulangan zaman bila tah kat tv. Boleh bayang tak aku kejap2 pegi dapor kejap masak kejap2 nak makan lagi sebab apa tau..sebab duk mengenangkan Chuck aku tu lah. Ko tayang la bape juta kali pon aku tatap la nak tengok padahal aku tak penah miss pon siri dia. hahahhaa. Tetiba kemerepekan ke citer Chuck plak. Mili masuk minggu ke-2 ni dia sahur minum air je. Minggu pertama je dia makan nasik. Senang ba itu..sahur aku je yang nak dipikirkan..aku roti pon jalan, biskut pon boleh. Apa yang ada...:)


Ini kuih buka puasa semalam. Aku goreng cempedak je. Itu je yang senang. Keria2 karipap sila la beli. Koser la nak mengelim hari2 keje pon. padahal aku je yg over bukak pose nak ada kuih2. hehehe..Mili ketayap je dia layan. Beli masa balik kampung haritu. Cempedak madu katanya..tah sama je manis ngan yang tak madu pon. Nasib sedap kalau x sedeh je dahla sekilo rm5. Aku beli dah rm12.50. Mili bising kata mahal..tapi dah tu je yg ada jual. Beli je la kot.Aku yang nak. Mintak kurang 5 posen kat pakcik tu pon taknak. Sekali odw balik KL berlambak oke org jual tepi jalan. Takpe rezeki pakcik tu..pakcik tipu pakcik dosa~~~tak tau...hahhaa




Jemput2..sebijik sorang..Aku bancuh tepung beras banyakkkk campur sket tepung gandum, pehtu taruk air, taruk garam. Ada lebih lagi semalam aku simpan dalam tapaware. Harini taktau la nak goreng lagi ke tak. Silap2 tukar, kita try buat cekodok cempedak pon oke kot. (boleh ke?) hehe..
www.tips-fb.com

3 comments:

jojoe said...

sib baik hubby akak kaki sahur.. kalo cam mili ni minom air je.. mmg akak paksa tido kat meja tunggu akak habis nasik...

x terer goreng2 buah ni.. kitanye bancuh mesti tak da bomb mcm org meniaga tu. apakah ration tepung beras tepung gandum?

jojoe said...

ratio

afid said...

agak2 je kak jo..lebih kurang 3:1 la tepung beras ngan gandum, taruk air jangan cair sangat..cair nnti berguguran la tepung dlm minyak panas. hehe