Lagi2 citer pengasuh kan. Korang pon boring. Semalam aku El. Mili takde seminggu pegi Terengganu. Khamis kot baru balik. Macamana ntah nak mula, aku tatau la pengasuh korang cemana. Pengasuh Danish suka sangat berjalan. Semalam tu diorang pegi Melaka. Mula2 nak bawak Danish, Masa aku ambik hari Isnin petang tu dah pesan awal2, suh bawak baju cantik hari rabu. Aku dah macam eh, nak pegi mana makcik?? Tak..esok nak pegi Melaka..aku terus macam...tetttt...pegi melaka? Suka2 jekan..
Dahla masa baru sampai tu cakap baru balik Jasco, oke tak kesahla nak pegi mana2 kan..tapi dua minggu berturut2 ko selang sehari, pegi Jasco, Tesco, Giant..asal aku ambik je..aku tanya Danish dah lama ke tido, jawapannye..takla lama sangat..baru je ada la 1/2 jam. Penat la tu tadi pegi berjalan ke Jasco segala..
So semalam, aku cuti. No way oke nak bawak ke melaka segala..walaupon dekat katanya setakat Air Keroh. Tak paham la..nak sangat bawak Danish tu. Lantak la cuti aku habis pon. Haritu dahla bawak pegi Kuala Pilah tak cakap, dah balik petang baru cakap tu pon cucu dia yang cakap. Dan yang bagai nak gugur jantung aku ni bila dia kata "Danish baik je...pakcik letak kat seat depan tu baringkan pasangkan seat belt, elok je dia tido" Hai..rasa nak meletop dada aku wei..pehtu nak ke Melaka lagi. Tah mcm mana gaya je
Next week nak ke Indon plak..so aku ngan Mili kene cuti gilir. oke tak kesah la ko nak berjalan..aku nak buat cemana kan. Ni yang hari2 biasa ni..ada ke Melaka lah..pehtu semalan aku dah mesej pagi2 cakap aku cuti..siap tepon plak..cakap takpela diorang bawak..tak jauh pon. Last2 aku cakap je ayah Danish tak bagi bawak jauh2.
Bukan tak cuba carik pengasuh lain tapi kat sini adoiyai..kalau aku hantar Danish tu dah orang ke tujuh kelapan dah..Ramai sangat. Sayang anak orang pon agak2 la wei..jangan la over sangat. Aku tatau la orang lain..tapi aku kesah la kot kalau jadi pape cemana? Nak dapat pon susah..Kawan aku lagi sedap..siap tipu, mak dia nak ambik, siap cakap anak dia tido..pehtu bila balik elok je main basikal berpeluh2..tido ke mcamtu
Hari tu Kak Dong ada cakap pengasuh bawak Azra naik moto..Ohh..hoho..anak pakcik mon pon bawak Danish ronda naik motor jugak ye..seram akak ni tengok wei..
*Nak sangat try Tutti frutti tu, tapi malas nak ke Bangi. Sedap sangat ke wei??
4 comments:
mmg problem la pid.. sian korang.. akak pun tak suka org sukati usung anak gi mana-mana. unless famili yg betul2 dipercayai.. lagipun danish tu kecik lagi la.. sape tak risau
maid akak kalo off day sajak je cakap.. susah2 takde org jaga baby dia tak kisah bawak anak akak balik umah dia.
ko gile ke???
Dulu2 masa kat M'sia, Umi yg jaga Miss 12 slalu jugak keluar rumah hantar order kek sbb dia buat bisnes kek kecil2an at the same time. So, anak dia yg baru tingkatan berapa dia suruh jaga rumah jaga anak I skali.
Memang risau giler setiap kali jadi mcm tu. But nasib baik dia bukan jenis yg bwk sekali anak I tu gi mana2. Kalau tak, lagi lah I seriau. ye lah kan, mana tau, jadi apa2, kita gak yg nangis tak berlagu.
kunci,
hmm..tu la kak jo..kalau la gaji beriban kan. takyah keje..
kak lemon,
ui..org jauh ni..tula..kalau jadi cam akak best kan..jadi makcik kantin, supir je kat rumah..:B
afid, pengasuh ni dia ingat bila kita upah diorang jaga anak kita, diorang dapat lesen buat macam anak diorang sendiri gitu. boleh buat apa je. bawak jalan jauh2. buat sesuka hati. haihh....pengasuh khalish tu pon ada jugak la ciri2 macam pengasuh afid ni. nanti kita cerita lain eh.
sebolehnya korang suami isteri duduk berbincang ngan pakcik makcik pengasuh tu apa yang boleh dan tak boleh bagi diorang faham.
cam kita aritu, sampai nak bertekak2 ok ngan akak pengasuh tu. padahal budak tu anak kita. tapi macam anak dia pulak. dah tentu2 kita bayar dia upah. ok, kalau ko nak sangat buat apa ko suka, ko takyah amek upah boleh ke? jaga anak org free2 camtu je?
apapon, komunikasi penting. kalau afid rasa2 makcik pakcik tu cam tipu2 korang, siasat. jgn tangguh2. nyesal kemudian tak guna beb.
Post a Comment