Sejak pas ada danish ni cepat sangat la nak nangis. Cik Mon pon baru je tau dalam 3 minggu sebelum dia operation tu. Tak sakit pon katanya, cuma ada sikit 2 sakit pehtu ada merah2. Bila check up kat klinik, Memang ada ketul..so terus buat operation. Harap2nye cik Mon kuat dan cepat sembuh..
Yang jadi dilemanya...mana la nak hantar Danish pasni. Cik Mon memang takleh nak jaga..lepas operation wei..Tapi pakcik Mon memang nak jaga, Dia awal2 lagi cakap dia boleh jaga Danish sbb sebelum ni pon memang dia yang jaga Danish..katanya. Aku percaya la tu sebab pagi2 kalau hantar, laju je Danish sorong tangan nak dekat dia.
Danish..mana la ibu nak cari babysitter baru...sian baby..:(
Tapi, bila memikir pasni cik Mon ada rawatan susulan, pastu kalau luka dan sembuh kene buat kimoterapi 6 kali. Mesti Danish pasni kene travel pegi hospital jugak..kan ke bahaya tu wei..so kitaorang senyap2 cari babysitter baru minggu lepas..so cadangnye bukak minggu baru ni nak cakap kat pakcik Mon, pasal babsitter baru.
Alih2 tadi babysitter baru call cakap tak boleh plak nak jaga Danish sebab menantu dia baru brsalin, so nak jaga cucu plak..Ai..masa haritu tak cakap la plak nak jaga cucu kan..Hmm..mana je nak cari pengasuh yang tak ramai. Susah hati je. Aku kalau Cik Mon tak kene rawatan susulan, kimo segala..gigih lagi la kot biar je Pakcik Mon yang jaga.
Ke hantar je nursery? Dahla mamat kecik tu tido buai..
2 comments:
Tahla pid.. bab-bab baby care ni mmg problem la. Akak satgi nak kena survey nurseri gak. Respek la kat mak-mak yg kuat hati hntr nurseri. Agaknya akak je yg cengeng terlebey.. org lain bole je... huhu.
tu la kak jo..
bukan akak sorang je yg cengeng..he3..apid pon x sanggup la hantar nursery. Banyak sgt la dengar citer mcm2..tahla................
Post a Comment