Kembara

Korang, aku kan selalu berangan dapat mengembara ke setiap ceruk tempat kat dunia ni. Pengembaraan seorang diri, bukan percutian mewah-mewah tu, tapi lebih kepada pengembaraan yang aku sendiri dapat rasai suasana sesuatu tempat, bahasa, budaya dalam jangka waktu lama. Mengembara dengan berjalan kaki, trasport awam dengan ada satu backpack kat belakang dan satu kamera yang aku akan terjemahkan setiap kejadian dengan sekeping gambar. Aku rasa macam cool je.

Berjalan menyusur jalan di tengah kesibukan orang lain. Macam orang yang loser je kalau orang tengok, tapi macam tenang je..best je kalau aku macamtu. Agak2 penat, boleh rehat2 kat bench2 tepi jalan tu sambil tengok orang lalu lalang, sambil aku tangkap2 gambar. Berjalan sampai aku sendiri yang penat.

Teruskan lagi pengembaraan aku menyusur setiap celah ruang sempit deretan bangunan-bangunan sambil menikmati keindahan senibina bangunan diorang. Melihat sendiri realiti kehidupan mereka-mereka yang tersorok yang tak nampak dari luar. Kalau aku rasa aku nak stay kat satu tempat tu, aku stay je kat situ sesambil aku keje jadi pencuci pinggan ke..pengutip buah ke..tukang sapu sampah pon best jugak rasanya. Serius aku selalu je berangan camtu. Tah hape2 je..

Dun Aengus, Ireland

Berjalan sampai nun..jauh ke hujung tu..berlari-lari anak, sambil menghirup udara kat atas ni, sambil merenung jauh ke laut lepas. Menjerit sekuat hati, melepaskan apa yang terpendam. Pelik kan aku. Hutan, Sahara..merasai pengalaman di gurun. Melihat keindahan ciptahan Tuhan..
Kadang-kadang kan, aku selalu je fikir nak buat hilangkan diri tiba-tiba. Tak dapat di kesan aku kat mana. Padahal aku ada je kat dalam Malaysia ni lagi. haha. Pehtu dulu masa belum kawen aku suke je pikir nak travel oversea, pehtu tak cakap kat family aku. Kira cam lari dari rumah la. Bengong.

Great Ocean Road

Tu yang kekadang aku suka je jalan sorang2..sambil fikiran menerawang sampai kemana-mana. Apa jenis la orang cam aku ni..Serius kekadang aku rasa keje tukang sapu sampah tu cam best je. Harap2nya suatu hari nanti dapatla aku capai angan-angan aku ni..Mengembara seorang diri ataupon at least dengan Mili. Tapi cam susah je..sebab dia tak kuat berjalan. hahaha..

Oh lagi satu, aku tak suka tema Astro yang konon kalau tengok chanel travel & living tu tak payah pegi pon takpe..(sori kalau salah). sebab sama je dah merasai kat tv. Pada aku, lagi buat aku nak pegi lagi adala. Oh, aku kekadang memang pelik. Sila abaikan.

*ihsan gambar oleh google.

www.tips-fb.com

13 comments:

Anonymous said...

Ada satu blog ni.. selalu pergi jln2.. travel spontan2 dlm mesia, oversea jgn ckplah. Admire sgt..nak jadi mcm dorg tapi emm entahla bileeee.... tengok gambar ajelah dulu.

Farazila Wahab said...

insyaAllah akan jadi realiti satu hari nanti... akak dpt p mekah pon jadi le... hehehe

afid said...

kuci kuci,
haha..best kan. kita pon selalu gak pk nak buat spontan2. Tapi spontan2 kalu ongkos takde susah gak spontan2 neh. heheh

kak farah,
itu la jawapan mili..ekekkee..pegi Mekah dulu katanya baru pegi tempat lain. huhu

Anonymous said...

Erk, kompius!

afid said...

cik azam,
apa yang kompiusnye? sy memang kekadang pelik.haha

Anonymous said...

weh.. lain gile muka ko.. heheh.. igt la. pe lak tak igt nya. btw, cene ko leh tau yg "eda" bai n mudah maksudkan tu aku?

hehehe.. jawab2...

afid said...

oo..masa tu beraya rumah cik bah(cekgu buat roti) ngan kak mudah (itu housemate aku), diorang borak2 pasal BJ, tetiba sehut nama ko. aku tanya la asal mana..semua..rupa2nya ko.hehehe

oh,ye aku da gemuk.haha

sheilazrien said...

majod da penah pegi great ocean r0ad..sangat chantek tau afid..pegi la pegi.. majod kalo ade rezeki mmg nak pegi aussie lagi~ :D

afid said...

majod,
wawawa...memangg cantek!!kat gambar pon dah cantek apa lagi la depan mata.huhu

IfaH M said...

~ifah igt ifah srg je terfikir cm awak.. mesti best kn klu dpt buat benda yg kita impikn...hmm... best..best... ;P

Bunga Rampai said...

Salam Afid,

Tunaikan impian itu. Afid tidak akan menyesal!

Anonymous said...

uhuk uhuk...tersedak. ada orang sebut nama saya kat sini lak.. :)

afid said...

ifah,
salam kenal ifah..:)

cik rampai,
salam cik rampai. TQ..:)

cik bah,
haha..