Aku nak update, tapi takde pembuka kata. Takreti nak mulakan ayat macam mana. Tengah carik2 resepi rendang daging pedas sebab nanti kot2 nanti rajin boleh buat sebab aku dah beli lemang sebatang tadi ada student jual rabu ni baru dapat. Matik la nak makan sorang sebab kat rumah sape je ada. Mili tak makan kot lemang2 ni. Ada la nanti buka, sahur makan lemang..ekekke..simpan elok2 dalam fridge pehtu panaskan je kot. Blogwalking carik2 resepi ada lagu Manbai bulan ramadhan tu..tetiba cam sedih...mana tau x dapat jumpa lagi Ramadhan tahun depan kan.
Ramadhan ke 3, nenek aku belah mak telah kembali ke rahmatullah. Kat Hospital Teluk Intan, hari selasa pukul 10 mlm camtu, aku dah siap2 nak tidorkan Danish, hati ni mcm nak tepon mak aku, macam taknak tepon sebab baru je call borak2..sudahnya aku tak jadi la tepon. Tak lama pastu mak aku tepon suara dah semacam cakap nenek aku masuk hospital. kalau boleh balik la katanya sebab dah dua kali jantung terhenti dah doc pon dah bagi (apakebende tah nama dia yang selalu doc tekap2 kat dada tu la) mcm kejutan lektrik tu eh,ntah. So, malam tu kitaorang kemas2 terus ke teluk intan. sampai sana dalam pukul 2.30 camtu tak silap, sampai terus pegi tengok, bernafas pon ikut alat bantuan pernafasan tapi mcm stabil. Aku takla stay hospital ada makcik aku dua orang jaga bergilir. Kitaorang balik tido umah makcik aku.
Hari rabu tu aku pegi lewat sket dalam pukul 9 camtu..ramai dah sedara mara datang. Doc dah suruh bacakan yassin sume..Kitaorang stay sampai pukul 12. Pehtu tengok macam tu jugak, ingat nak balik dulu KL. Pukul1 camtu, kitaorang dah jalan tak sampai Bidor lagi, mak aku call cakap nenek dah takde...patah balik. Terus jenazah petang tu dibawak ke Sg. Besar. Hari khamis pagi baru kebumi.
2 minggu sebelum tu nenek aku demam biasa je..on off macam tu..dah bawak pegi klinik, tapi takmo makan ubat..makan minum pon takmo..Doc cakap kuman dah masuk dalam darah..itu je..Raya ni x berapa meriah la kot..raya rumah sendiri saja..Dua2 nenek n atok belah abah ngan mak dah takde. Sebab apa aku kata tak meriah, bila dah takde mak ayah ni, adik beradik pon aku rasa masing2 beraya rumah mak mertua cam tu..sendiri2 kan.
Meninggal pada usia 65 tahun..Semoga roh nenek dicucuri rahmat. Alfatihah.
3 comments:
Innalillah. Takziah apid.
thanks kak jojoe..
Takziah.
Post a Comment