susah hati..hati susah. (edit ~~)

sudah pandai sengih2..Abah aku cakap danish ni peramah..asik senyum je..ko agah2 borak2 kejap pon senyum je dia..





Ni masuk minggu ke-2 aku hantar Danish umah babysitter. So far oke la..makcik tu sanggup jaga walaupon Danish siang susah sangat nak tido sebab tak tido buai kot. Kalau malam memang takde masalah. Tido je dia sampai pagi. Danish bukan jenis meragam or nangis malam2 setakat ni la. Bangun pon sebab nak susu je.



Tapi yang buat aku susah hati nya. Baru kejap tadi makcik tu tepon aku. Dia tanya nak ambik pukul bape sebab dia kat TESCO. Dia bawak Danish pegi TESCO wehhhh..Hari dahla hujan ni..alahhhhhh susahnya hati aku weiiiiiii...budak tu dah la kecik memang la dah lima bulan, tapi saiz badan mcm budak 2 bulan setengah oke. Kepala pon baru je nak kuat.



Last week bawak pegi Bangi beli lauk plak. Aku tanya makan kat kedai ke..Mula2 dia kata nak makan kat kedai tapi last2 bungkus je..alalallalalala makcikkkkkk...aku pon tak penah lagi bawak Danish makan kat kedai wei...ngan asap2. lagi.Alolololo..tolong la..:'(



Aku tak penah lagi tengok pengasuh selalu sangat bawak anak orang berjalan. Mak aku pon jaga anak orang gak kat kampung tapi takdela macam tuh. Kalau bawak pegi kedai pon yang dah besar umo dua tahun itupon dia yang ajak mak aku pegi kedai. Alahai cik mooooonnnnn...



Makcik ni suami isteri dah pencen tau.. tu yang lepak kat rumah boring nak jalan2 tapi dalam masa yang sama nak jaga baby. Macam mana nak buat ni?????????



Ke biarkan je?
(Masa aku mula2 hantar makcik ni tetiba cakap, ''Makcik satu je ye dah (nama aku), kalau makcik berjalan makcik bawak anak kamu ni". Oke masa tu aku pon tatau nak respon mcm mana. Tiba2..aku cuma cakap oooooooo je..dalam hati aku takde la kot selalu..mungkin pegi kedai beli barang runcit je la kot..tapi korang tau semalam dia pegi mana? TESCO Ulu Klang wei..kat mana aku pon tatau..
Kenapa la dia tak tunggu weekend je nak berjalan..haih sanggup la plak bawak budak kecik berjalan. Ya allah...aku risau hilang je tau tak. ko sibuk bersoping anak orang tah ke mana..
Sakit kepala la weii..:'( :'( :'(
www.tips-fb.com

16 comments:

Papa, Mama & Azra said...

Hari tu kak jojoe citer, abg zia balik umah buat spot check, kak sue takde. bawak ish ikut jiran gi tesco. boleh?

Kak dong takkan benarkan okay. Kalau berlaku, terus bagi 24h termination notice.

Wah!!! Tu tindakan kalau ikut perasaan.

Yang tak ikut perasaan, cuma slow talk dengan dia bgtau kondisi kesihatan D yang masih fragile.

Kak dong selalu bagi alasan kesihatan kalau taknak babysitter buat pelik2 kat Azra.

Kadang-kadang berkesan, kadang2 tak. Tapi at least dah bagitau takderlah kita diam je. Kan?

Apa kata juri?

Ann said...

Dear,
Sy rasa mcm tak patut la macik tu buat mcm tu. At least dia bgtau awk dulu sebelum dia pegi tu. Bukan apa la, since Danish pun kecik lg, masih fragile. Apa2 hal nt kita sbg mak ayah yg susah.

If dia pegi rumah sedara mara ke masih boleh terima lg. Ni pegi mall, TESCO tempat org ramai. Segala mcm wabak penyakit ada kat situ. Isk. Dear, awak try la slow talk dgn makcik tu. Cuba pakai alasan yg mcm Kak Dong bg. Mana tau berhasil.

Saya kesiankan Danish je. Dia kecit lagiiii...

Intan and The Boys said...

afid...risaunyeee....

takdela. Danish dalam keadaan fizikal yang tak mengizinkan. sebab afid sendiri dah citer Danish nampak mcm usia 2 bulan lebih padahal dah 5 bulan. kalau bawak kuar kadang2 tu boleh diterima. dan dekat2. tapi kalau dah samapi ke ulu kelang apa cer. haihhh~

afid slow talk ngan dia eh. bagitau apa yang patot, apa yang tak patot. kalau dia nak samakan anak afid dgn anak orang lain, bagitau keadaan danish yang sebenarnya. danish tak sama dgn anak org lain yang lasak.

Farazila Wahab said...

Yup... kena terus terang dgn makcik tu... kesian Danish... dah la comeiii... huhu

chempaka said...

pulakkkk! pulakkkkkkkkkkk!!!!!

sungguh susah hati!! sila la berterus terang, slow2 talk...

Sian kat danish!!

Kot pegi dekat2 takper ar..jauh nunnnn!! sian la kat danish, ngn mak bapak lain rasanya... ngn macik moon tu cemana??

Papa, Mama & Azra said...

Pid, senyap-senyap cari nenek moon lain lah...macam tak best je dia bawak baby D jalan2...kalau jadi apa2 mana kita tahu...touch wood.

afid said...

Terima kasih semua..sedang fikir mcm mana nak cakap kat makcik tuh. Perasaan dia kene jaga jugak. Tapi nampak gaya makcik ni memang suka berjalan la..sebab kalau cakap macam tak makan saman je kan..dari gaya dia nampak dia memang suka jalan2..dah pencen..suami isteri..anak takde yang kecik sume besar2..

Pada dia mungkin takde pape ok je bawak baby berjalan. Tapi kalau jadi pape hal nanti aku jugak yang susah.sebab bukan anak or cucu dia kan.


K.dong,
kite pon terpikir nak cari babysitter lain. so, bulan depan terus hantar tempat lain.

kak awin said...

mili jr. la danish ni... hehehe
(lari topik boleh?)

MiLi said...

Mili diam tp b'fkir, keadaan tegang tp t'kwl :)

afid said...

k.awin,
muka mili eh?


mili,
yela tu..takut tak terkawal je..huahuahuahuahua

nifalnin... said...

makcik,

ko slow talk ngan nenek tu kt anak ko tu lembut lg... x sesuai nak bw jln2... abes citer ko tukar bbsitter.. huish.. susah hati aku dok dgr citer mcm nih...

afid said...

niza,
tu la..memang susah hati..

KAK RAINBOW said...

laaa cari babysitter lain la afid. mmg wat org susah ati ni

KAK RAINBOW said...

nurul nk simpan link afid nama afid tu real name ke

afid said...

nurul,
kawan2 memang panggil afid

KAK RAINBOW said...

ok nurul link blog afid kat blog. nurul dh byk tertggl entry afiq nuurl byk abiskan masa kat twitter n fb. hihihi ni baru nak bls komen2 kwn2 kat blog.