10 mlm hari senin malam selasa

Dah 2 minggu ke lebih aku tak update. Tak online jugak. Tah, rasa penat melampau sampai aku rasa macam takde masa nak update. Nak berjalan ke blog orang pon aku malas. Rasa berpinar2 je mata aku bila tengok screen komputer pehtu pening kepala.

Aku cuti lagi, bulan 5 baru aku keje. Giler kentang punya lama cuti. Tapi bila dah masuk bulan 4 ni aku cam sedih plak bila nak tinggal sikecik ni nanti. Macam2 jadi selama aku tak update ni.

First time bawak Danish keluar. Kitaorang gi Alamanda. Ramai giler orang. Aku plak yang seriau sebab kalau ikut doc dia memang tak bagi lagi bawak kuar sebab dia kata baby dalam pantang lagi (diorang kira umur baby dari tarikh sebenar kuar tau bukan tarikh dia lahir). Tapi sebab maknya dah macam separuh sasau tak kuar2 kan. So ayah pon bawah jugak ibu keluar. Korang bayang la..dari bulan 11 aku tak gi mana2. Korang yang pantang 60 hari pon menggeleseh nak kuar. Nikan plak aku yang dah 4 bulan tak gi mana2. Sekali menangis plak si kecik tuh kelaparan seb baik dah nak balik. Aku nak buat susu pon macam takde tempat je nak duduk. Sume penuh. Nak menyelak baju lagila tak berkeyakinan lagi.

Yang sedapnya berjalan bawak sikecik bila badan dia dah keras dah boleh tegakkan masa nak menyusu. Ni alahai..lembik macam baby baru lahir..nak susu pon kene tegakkan kepala pegang sume.


Danish kene gas haritu sebab batuk 3 minggu tak baik2. Meraung2 padahal aku rasa tak sakit pon cuma mungkin rimas kot ada bende tekup kat mulut ngan hidung. Alhamdulillah dah baik. Jumaat baru ni pegi buat ujian telinga. Alhamdulillah tak payah pegi cek lagi. Gegendang sume oke dan saraf pendengaran pon oke. Cuma kene pantau je sendiri kat rumah.



Ni yang terbaru. Dah 4.9kg. Ntah kenapa aku spray2 kaki mili tuh. Buruk plak tengok mcm ada bulu2..hahhaa..nak edit balik dah malas. Ni pon seb baik aku update. Dari pas manghrib nak taip2, baru ni la mood mari.

Lagi apa ek? ooo..aku ada masalah nak tidurkan Danish ni. Tatau nak buat macam mana. Siang dia tak tido2. Heran bin ajaib betol. Tido paling lama 1/2 jam dah bangun. Yang lain tu 15 minit, 10 minit dah jaga balik. Aku dah habis daya dah. Danish tido kat bawah je aku tak ajar buai. Tapi tula..tak nyenyak langsung. Macam mana nak buat eh? Sebab aku dah penat melampau. Badan rasa macam nak putus dua.

Malam dia memang tido je cuma masa nak tidorkan tu memang lama la..nak bergayut2 dulu..sampai kesudah ngan aku sekali tertido. Malam terjaga pon sekali je takpon 2 kali. Pas susu tido balik sampai pagi.

Masalah sekarang siang la..tapi kalau pegi hospital tu masuk kete je tertido, dalam stroller pon tido. Kalau kat rumah, aku bawak berjalan dari depan sampai dapo tido. Tapi letak kat tilam, bangun balik. haih, tatau nak buat mcm mana lagi. Kadang2 nangis aku tinggal je kejap2 nak buat keje. Kalau nak ikutkan memang tak boleh bergerak la..

Korang tau nak buat mcm mana tak? www.tips-fb.com

5 comments:

Intan and The Boys said...

afid, danish ni macam khalish kot. tido kejap2 masa siang. hmmm...afid bedungkan danish tak? sebab mama yang bela khalish bedungkan khalish (even sampai skang khalish dah 6 bulan lebih), baru dia dapat tidor lena sket.

afid cuba je dulu k. mana la tau berkesan kat danish ke..
:)

afid said...

puteri,
dah buat..dia meronta2..nak keluarkan tangan dia. Haritu bedung ngan kain pelekat sbb orgnya dah besar kan. tak tahan lama..sudahnya dia tak tido sbb asik meronta je. Tapi tak taulah kene cuba lagi kot.

Mak kite jaga baby dah besar pon bedung gak dia tido je..huhu..yang ni lain mcm sket. hehe

Papa, Mama & Azra said...

Ha'ah la pid. Azra pun masa akak jaga memang susah payah nak kasi dia tidur siang. Sebenarnya malam pun susah sampai tengah malam baru pejam mata. Tapi bila dah mula bagi kat baby sitter jaga, terus plak dia pandai tidur siang.

Dia nak manja ngan mak dia la tu kot. Sebab esok bila dah masuk keje, tak dapat nak tidor siang dengan dia. Wiken plak sibuk nak berjalan.

Enjoy je waktu nih sebab bagi akak yang dah terlepas, wa rindu saat jaga Azra bergayut dua-puluh-empat jam.

Tapi akak faham. Memang penat dan frust. Huhu. Sabar eyh.

zaimah said...

apit..

hanna pon cenggitu..aku tak nak ajar die berbuai memule..tp seyes aku yg tensi..hahaha..sudahnye mak aku try masukkan dalam boyan...5 min pas tuh die trus tido...ko mmg taknak ajar die berboyan erk??kalo tak nak xpela...tp itu jer suggestion yg aku ader spy ko bole wat keje...kikikiki

afid said...

K.dong,
memang penat sangat! nak mengepam lagi..dah la susu sikit. kadang2 pam tak kuar pon..huhu

harapnya kat rumah org jaga tido la dia.



zaimah,
kalau ikut aku..dah lama aku masuk buai..tapi.........jeng2...hehe