Aku baru balik hospital, petang tadi dalam pukul 4.30 pm hospital call. See, diorang memang suka tepon2 neh. Memang suka buat jantung aku tersentap-sentap. Doc suh aku datang nak ambik darah sebab nak uji. Doc nak masukkan darah kat baby sebab degupan jantungnya tinggi, nak stabilkan kene masukkan darah. TAPI..bukan darah aku, darah simpanan hospital. Eeee..tak paham aku polisi diorang neh. Maknya ada, tapi tak ambik darah mak. Dan macam biasa kene sign la..ada la risiko dia bla..bla..yada..yada...(malas nak tulis buat serabut otak).
Petang tadi ada demam sikit rupanya..masa tengahari aku pegi tengok tak demam. oke fine..
*Result Air Tulang Belakang*
Alhamdulillah kuman tak sampai ke otak, tapi ada dalam darah. Kira hardcore punya kuman la doc kata..bukan aku yang kata.
Methicillin-resistant Staphylococcus epidermidis (MRSE) yang duduk dalam darah baby. Doc dah start bagi antibiotik kat baby Danish.
*Setiap kali tengok baby adalah saat yang paling menggembirakan lagi2 kalau dia bukak mata dan menyakitkan hati aku tengok wayar sana sini..kaki tangan lebam2 bekas cucuk jarum..:(
Aku teringin sangat nak pelok, cium Irsyad..Ya Allah,,,tabahkanlah hati kami..
3 comments:
salam dari yanti..
semoga awak n baby tabah..
semoga danish cepat sembuh n sehat wal'afiat...
ibu kene kuat semangat...baru bby akan jadik kuat semangat...
Salam Afid,
Alhamdulillah dan tahniah selamat melahirkan baby Danish Irsyad.
Saya terkejut sebenarnya dapat berita ini kerana lama tak berblog kerana kesibukan yang melampau di alam nyata.
Saya doakan semoga Danish cepat sembuh, membesar dan sihat walafiat.
Afid kena tabah, sabar dan redha. Jangan sekali-kali mengalah kepada keadaan dan ujian ini.
Salam Ma'al Hijrah 1431. Mudah-mudahan tahun baru ini memberi semangat dan ketabahan baru buat Afid :)
Kesahku,
salam yanti..mekasih..:)
Cik Rampai,
salam..saya pon terkejut jugak sbb lambat lagi patutnya..hehe..
2 minggu pertama tu memang memeritkan..sekarang ni alhamdulillah dah makin boleh terima keadaan kat sini..
Masa tu baru je deliver baby, pehtu baby pramatang ada masalah macam2..kitaorang plak tersadai kat Taiping ni takde sape2..huru hara jugakla perasaan.
Harap2nya lepasni baby takde masalah lagi..
Terima kasih banyak2..:)
Post a Comment