Bosan kat rumah ni takde apa. Nasib Mili tinggal laptop kat sini. Takde la rasa macam katak bawah tempurung sangat. Mula2 ingat nak update perkembangan Danish hari2..tapi mcm takde apa sangat, so aku kumpul je sekali untuk beberapa hari dalam satu entry..untuk kenangan aku....untuk Danish jugak.
6/12/09 (ahad)
-Hari ni Mili nak balik KL dah naik bas dari Taiping, habis dah cuti seminggu isteri bersalin tuh. Aku ngan mak n abah aku kat Taping. Pegi hantar susu n jumpa Danish kejap, sampai wad nampak dia terkedang je dalam kotak tu sambil genggam jari.
-Panggil2 n gosok2 kaki dia takde respon. Ada gerak2 sikit je..selalu tu panggil2 nama dah ngeliat2 sana sini. Tiba2 bacaan nafas dia turun laju dari 90 lebih ke 60..mesin tu bunyik dah tet..tet..tet...nurse tepuk2, angkat dia..tak gerak langsung. bacaan terus turun..dada berombak-ombak pehtu senyap je macam tak bernafas. Ada dalam 5 ke 10 minit mcm tu baru oke sikit. Masa ni tuhan je tahu rasanya apa..Aku dah meleleh2 dah.
-Berat turun lagi tp normal kt doc. Susu masa ni dah minum 4cc.
7/12/09 (isnin)
-Hati masih risau, hantar jugak susu..Naik atas baby nampak oke, panggil2 ada respon macam biasa. Ada buka mata 2x bila panggil. Comel sangat! macam dia tau aku yang datang. Perasaannya macam nak melompat2, kalau boleh nak peluk..rindu sangat dengan anak ibu!
-Diorang timbang seminggu dua kali Isnin ngan Khamis, berat turun lagi sebab katanya dia baru belajar makan, takpelah. Susu dah naik sikit 5cc petang tu diorang nak try bagi 6cc. Nafas masih pakai mesin..diorang try bukak, tapi dia tak kuat. Lampu biru masih pasang sebab ada kuning sket 6.2. Aku senang hati sket tgk dia aktif macam biasa.
-Mili tepon, tak jadi balik Tepeng rabu, selasa tu dia balik Tepeng balik.
8/12/09 (selasa)
-Aku baru habis makan tengahari, tetiba hospital tepon. Dah berderau masa, ni. Doc cakap baby ada masalah sket kat jantung. Dia tanya samaada nak rujuk ke Penang atau Kl. Aku cakap Kl senang kitaorang kat sana.
-Mili odw dari pekan Tepeng, kitaorang terus gi hospital jumpa doc. Doc cakap ada bende/ketulan kat jantung dia bergerak-gerak ikut aliran darah. Doc di Taping tatau apa dia, so kene rujuk ke Pakar Jantung Kanak-Kanak. Terpaksa ke Penang sebab di IJN diorang tatau sape yang incharge bahagian jantung baby.
-Ke Penang untuk buat detail scan, kalau perlu rawatan kami terpaksa pindah ke Penang pulak, tapi kalau takde pape baby akan dibawak balik ke Tepeng.
-Susu dah minum 7cc n kuning masih ada lagi.
-Masa ni bangun..ngeliat sana sini..selalu bukak mata.
9/12/09 (rabu)
-Susu dah minum 8cc hari ni, habis dah stok susu yang aku hantar. Kene minum banyak air la pasni baru susu banyak.
-Ada nangis ek..ek sket, pehtu mata, mulut kerut2 macam tahan nangis. Nape tah. Tak sabarnya nak pelok, nak cium puas2!!
-Lampu biru dah tutup kuning dah hilang rasanya.
-12.30 tengahari Baby Danish di bawak ke Penang dengan Pasukan Khas dari Hospital Ipoh. Mili dengan abah aku follow dengan kete ke Penang. Harap2nya takde apa la.
4 comments:
kitorg doakan danish lekas besar sihat dan kuat
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada kawanku ini untuk menghadapi segala dugaan yang tiba. Kau berikanlah kesihatan yang sempurna kepada Danish ya Allah...Sesungguhnya Kau maha mengetahui dan maha menyayangi. Amin ya rabbalalamin...
kite doakan awak ngan danish dah.
:)
be strong ye afid. sayang afid!
tabahkan hati nyer
k.jojoe, puteri, k.Pb,
Terima kasih banyak2..
Post a Comment