Danish Irsyad hari ke-5

Khamis, 3/12/2009 (2.30pm)

-Baru balik hospital, tengok Danish, doc suruh datang untuk sentuh2 baby.
-Hantar jugak susu yang aku pam, dapatla sikit..punya seksa nak pam. Dari hari pertama baru hari ke 4 keluar. Mula2 rasa nak menangis sebab tak kuar setitik langsung.

*Danish*
-Masih duduk dalam inkubator.
-Ada kuning sket n doc pasang lampu biru tu.
-Berat turun lagi dalam seminggu ni, tapi doc kata normal. tahla..
-Doc kata semua oke cuma jangan kene komplikasi/jangkitan je.
-Tadi sentuh2 kaki dia, jari kaki..ada la respon. Tapi bila dia mengeliat-ngeliat tu rasa nak gugur jantung tengok tulang2 rangka dia.
-Baby memang tak boleh transfer tempat lain selagi berat tak cecah 1.8kg/34 minggu. Mana2 la antara dua tu. Kalau boleh transfer pon, kene carik gak hospital yang nak terima.
-Baby tak boleh minum susu banyak jugak, habis2 1cc je (aku tatau banyak mana). Doc takut usus dia pecah kalau banyak sangat.


*Ibu Danish*
-Aku sehat alhamdulillah..berpantang macam biasa.
-Nak taknak, memang kene pantang kat Taiping ni sampai Danish kua sebab kene hantar susu kat Danish.
-Kitaorang memang kene carik rumah sewa kat sini. Seharian dah Mili pegi carik, tak jumpa lagi..(susah hati)


-Tiap kali tengok mesti meleleh..Walau sejuta orang cakap baby oke, baby oke, doc cakap oke..tapi bila tengok keadaannya..Tak tau nak cakap macam mana..Dengan keciknya, jari, tangan sume lah kecik. Bila dia bergerak tengok perut dia berombak-ombak. Tahla..kalau boleh ganti dengan aku, biarla aku je yang duduk dalam kotak tu. Dengan wayar sana sini..Ya Allah..sembuhkanlah Danish cepat..


ps/ gambar takde, tak boleh ambik gambar.
Nanti kalau aku dah kuat sket, aku update lagi..
www.tips-fb.com

7 comments:

kak awin said...

afid...

akak faham perasaan afid... itulah naluri seorang ibu... bawak2 banyak bersabar... banyakkan doa untuk danish... kami kat KKK sentiasa doakan semoga afid, mili, dan danish akan selamat...

jgn lemah semangat, dnish perlukan semangat dpd ibu dan ayah dia...

asr said...

Tahniah dr kami sekeluarga. Semoga Danish membesar menjadi anak yg soleh. InsyaAllah semua akan selamat & dimudahkan. Amin.
:D

Intan and The Boys said...

first of all, tahniah afid. akhirnya bergelar ibu juga afid ye.

berkenaan afid, insyaAllah akan baik2 je. memang kite yang memikul lagi rasa bebannya. buat masa skarang, afid enjot moment being a mom dan kite berdoa yang baik2 saja ye? insyaAllah danish akan cepat naik berat badan tu. ok afid?

meh sini nak peluk cium meh.
*hugs*kiss*

Farazila Wahab said...

Salam apid,

Faham sgt perasaan Apid. Semoga tabah dan sabar. Akak doakan Danish cepat membesar... Ada makna rupanya mimpi2 apid sebelum ni eh... Allahu Akbar!

Farhana Baharin said...

salam Afid,

i silent reader u lama dah..juz drop here to say congrats for ur new baby born..

u jgn sedey2 yer..kuatkan semangat.semoga u n baby sihat sentiasa..Amin..

syeema said...

tahniah apid...
byk doa n sabar... InsyAllah semua selamat..selalu2 la sentuh dgn baby biar berat baby cepat naik..(jagaan kangaroo)

myvoren said...

Salam apid
nie aku br berkesempatan bukak blok..byk2 sabar apid..INSYAALLAH sumenye akan o.k..aku kot2 tepeng nie x ramai kenal..ritu ader soh abg aku jugak tgk2 kot de umh sewa..
Apa2 pun kami disini sentiasa doakan yg terbaik tok danish..apid n mili....AMIN
p/s: nanti kalu blk kg leh p kt korang