Apakah lagi selepas ni?????

11/12/09 (jumaat)

Baru semalam kitaorang boleh tarik nafas lega sikit..hari ni dah ada berita lain pulak. Aku baru habis pam susu, naik no tepon hospital kat tepon..Berdebar lagi, nurse tepon cakap doc nak jumpa. Kitaorang nak sedapkan hati pikir mungkin doc kata boleh transfer ke KL.

Memang silap besar la..doc bagitau semalam Danish demam suhu naik 38. Kene jangkitan kuman pulak..tak tahu samaada kat dalam darah, paru2 atau otak. Sekarang diaorang dah bagi antibiotik, tapi bukan yang khusus..so kuman tu tak sure mati ke tak.

Doc mintak kebenaran nak ambik air tulang belakang. Nak kata apa lagi?? Kalau dah tu je caranya nak tahu kuman ada kat otak ke tak. Kalau tak dikesan katanya nanti boleh kene tarik, lumpuh lah apalah..sume yang negatif.

Aku tak mampu nak buat apa2..cume berdoa dan terus berdoa...
:'(:'(:'(
www.tips-fb.com

2 comments:

Leez said...

Sabar ye rafidah... Aku doakan semuanya selamat...amin....

Lizah
ex-sksm

NITA said...

salam afid,

sedih baca rentetan kelahiran danish ni. tapi, yakin la yek...setiap kejadian tu ada hikmahnya. Akak doakan baby danish sihat yer..

aritu akak ada jumpa this mother, anak dia pon lahir premature..@5 months and berat masa lahir 600 gram ajer. tapi, anak dia survive walaupon dia kata mcm2 la terjadi. Skrg dah umur 2 thn, comey & sihat mcm baby yg lahir cukup bulan.Cerdik pun yer. So, sabarlah yer...doa banyak2 ok!! Allah beri ujian mengikut kemampuan setiap insan, takkan menguji lebih dari kemampuan kita..