Hari selasa hari tu family mili datang umah aku nak melawat menantu kesayangan..(ecewah..oke tipu je. takde la kesayangan ke hape. tatau la aku). hu3..Diorang datang nak hantar sepupu mili lapor diri untuk keje , so tido umah aku la. Dah alang2 makcik dia datang so mak ayah mili ikut jugak la..
Tengok gambar je la eh. Diorang bawak buah2.
Durian!!. Mili siap cakap jangan makan biar dia tolong makan je. Abah siap cakap ni buah kutip pagi tadi..Aku diam je..tapi diorang sume kata boleh makan. So aku makan 3 ulas je itupon mili jeling maot punya. hahhaa...Diorang bukak2 bagi depan aku oke. So, en. Mili sila jangan perasan diorang bawak untuk aku ek. wakkakakaka...Aku takut la jugak, tapi mak aku kata boleh, diorang cakap pon boleh. So makan saja lo....tapi xdela nak balun sebijik kan..buat rasa sudahla...hu3

Rambutan jugak! sedap2...tapi takut sakit tekak, makan sikit sajok.

Oh, ada dokong jugak. Tapi setongkol ke segugus tu je..sebab tak menjadi sangat musin neh. Bawak tuk aku je kot..haha..perasan lagik. Oh, itu bukan abah mili ye..tu gambar cina tokey dokong mana tah. Aku goggle jek.

Keropok ikan jugek sama asam2..ibu mertua ku bilang, takut aku teringin asam2 neh. So dia bawak jugak. Ada lagi apa tah. Asam aku tak makan pon..ntah tak teringin nak makan asam. Tapi apepon...Thank u..sebab ingatt jugak. he3
Dan pening aku yang dah seminggu tu hilang terus oke, tapi ni dah pening balik. Oh, tetiba aku cam dah boleh makan nasik sesikit. Kene meriah2 kot kat rumah baru bersemangat. haha..Haritu mak aku datang pon aku boleh masak n makan nasik tambah2 lagik. Sekali diorang balik terus lunyai balik.
*********************************
Esok mau balik kampung. Mau makan batang keladi masak asam mak aku dengan ikan terubuk goreng. Oh, mau makan pecal special Sg. Besar jugak yang ada nasik impit 2 3 ketul, bihun sket, sayur2 celur pehtu disiram kuah pecal yang pedas2 manis tuh. Kat tempat lain aku tak penah jumpa ye..kat kampung aku je ada pecal pesen gituh.
oke, tata...mau off petang ni.
2 comments:
takpe. makan durian sket2 untuk cukupkan syarat, ok dah tuuu...
orang kata, jangan sampai berputih mata.
hehehe~
slamat balek kampung ek.
betulla tu kena meriah2 sket baru ok kot... wah byknye mengidam... selamat mkn! :)
Post a Comment