Kenduri kendara dulu-dulu kat kampung aku. kampung korang aku taktau. hahaha

Sebelum tu, pegi la tandas siap2 ambik air kopok ke popcorn ke..panjang ni wei nak baca..huhu..

*gambar ihsan google*



Masa kecik2 aku paling tak suka la mengekor mak abah aku pegi kenduri. Masa tu dalam darjah 3 4 gituk. Biasala la tu kan, citer kat tv lagi best. Kartun, Alam ria cuti sekolah lah. Lagi2 kalau time kene ajak tu time ada citer best. Kalau boleh nak mengamuk je. Tapi takutt..haha.

Tapi kitaorang adik beradik mesti kene paksa punya lah. Tak boleh lari mana dah memang ko nak ke tak nak ke pegi jugak. Kalau cakap tak nak pegi mestii kene punya. Bagi alasan nak tengok2 kartun sume, abah aku siap cakap, 'Ha makan kartun tuh' Kononnya nanti kitaorang ni taktau bermasyarakat la..jadi pegi la jugak..sampai la besar2 pon..dah kawen je la kot tak kene paksa..hahahah..

Tapi best sebenarnya pegi2 kenduri esp rumah jiran2 ko la kan..boleh main..sebab kat kenduri ni la jumpa kawan2 ramai. Time ni main memang tak ingat apa lah. berpeluh sakan. Mak aku pon duk la melolong2 marah kitaorang yang tak reti diam neh. Dah makan baru hegeh2 naik dengan peluh2 sume..Tapi dah besar sikit aku tolong2 la jugak..orang tua2 senduk lauk, kitaorang anak2 dara ni tolong la hulur ke depan..ecececece...letak dalam dulang letak sudu sume..best woo..korang yang duk bandar tak tau la merasa ke tak. Kampung aku memang cenggitu la sampai sekarang kecuali la kenduri kawen kot. Takde dah hidang2 tu sume buffet je.

Rindu je suasana dulu2..Dulu, kalau ada kenduri kawen, 2 - 3 minggu kitaorang nih sibuk dah. Macam kitaorang la tuan rumah yang nak kenduri. Ingat lagi petang2 lepas zohor mak-mak sume pegi rumah yang nak kenduri tu buat kuih. Kerepek, bahulu, kuih tiram, memacam lah untuk buah tangan tetamu nanti. Dulu mana ada orang jual2 tempah sume ni..Semua kene buat sendiri.

Siap 3 4 jenis kuih tu..masuk dalam tin, seminggu nak kenduri tu kitaorang pon berbondong2 lagi datang rumah kenduri nak tolong packing plak.. budak2 selalu tukang masuk plastik yang terakhir je pastu ikat seploh2 masuk dalam bakul. Aku selalu tolong masukkan kuih2 la..pehtu bakar dengan lilin..hahha..kelakar tapi best. Kekadang tu sampai tertido2 la kitaorang neh menunggu mak2 yang tak siap2 buat keje.

Masa 2 3 hari nak kenduri kawen tuh lagi la sebok, siang malam pegi..time orang pasang kelambu pengantin pon ada hari2 nya..macam biasalah..aku ni adik beradik memang la pegi je kan..kitaorang main je kejenye kat tanah. hahaha. Malampengantin gosok2 badan tuh ngan pakai inai..yang ni memang kitaorang sampai tertido la wei..ingat nak gosok2 pngantin tu kejap ke. Targetnya apa tau. Nak tunggu inai lebih pengantin tu la..sebab semua semangat la wei nak pakai inai..hahha. Yang mak aku malas nak tumbukkan, so tunggu lebih pengantin la wei..

Pehtu masa hari gotong royong masak2 tu, kitaorang budak2 ni kene kerah rebus telur..Dulu bukan macam sekarang, telur semua bagi kat tetamu..seribu jemputan ko seribu la bijik telur ko nak kene siapkan. Basuh2 masuk plastik pahtu cucuh2 dengan ubat nyamuk sebab nak bagi lubang2. Kerja2 ni pon best jugak neh. Rebus dalam kawah sekali banyak. siap rebus2 neh nak sejukkan, pehtu masuk plak dalam kotak ke bunga pahar ke..Ni memang kerja aku la ni..

:p

Memang syok la..kira kenduri ko kenduri aku jugak la..cenggitu..sebab semua datang tolong2. Sekarang mana ada dah..Telur pon bukan nak kene rebus banyak sangat. Setakat nak pasang kelambu segala, haritu aku ngan mak aku je berdua. hehehe..Nak buat2 kuih, buat apa..bazir masa..sekarang kan banyak jual kat kedai. Tempah je siap2..hehhee..sian kat orang, penat woo...

Tapi best la...merasa la jugak aku suasananya macam mana..hehhe
www.tips-fb.com

10 comments:

kunci said...

Memang best kita merasa gak masa kecik2 kat kl. Masatu catering org kawen kira x cool dan x femes lagi. kalo mak2 dorg dtg bwk pisau siap2 kupas bwg,kentang, mcm2 rencah la. budak2 tolong kepil telur dlm sarang kilat2 tu.. or lipat tisu or lilit bunga manggar. mmg satu tmn berkumpul 2-3 mlm. org laki kalo ada potong lembu mlm tu buat sup tulang hirup ramai2 mmg best gile. tu tahun 80an kt keramat ni...skrg xde dah mcm ni.. otai2 pun dh tua2 dh arwah. pesen skrg catering or serah kt mak andam sume.. tuan rumah buat sket2 tang goodie bag..

kunci said...

ohye pastu penanggah sume org2 taman gak pakai rosette duit singgit lipat jadi kipas tu.. budak cuci pinggan budak2 bujang . skrg sume ni dah take over org catering beruniform.. tak mesra dah mcm dulu. lain sgt rasanya.. pastu bila majlis habis org2 yg sama gak gotong royong kemas, sapu.. skrg majlis abis.. sume pun angkat kaki.

afid said...

kak jojoe,

yeah betul2 best2 tapi yang tahan apa tau, masa potong2 bawang tu kan duk menempel kat tepi mak pehtu tambah plak asap2 orang masak tu..eeee..memang la kepanasan + pedih mata. mula la nak menangis je kan. haha

afid said...

ha..lagi satu orang dulu2 memang pesen balut telur ngan tisu kan..hahaha..gulung2 ada lebih buat tali pehtu ikat. bekas kilat2 tu pon ada..haha

asr said...

... cik timah oi, ko tahu...? dah kawin 2! Isk isk... ya ke?... iya, betoiii cik timah oi. Tak sangka ya?? menyampah aku! - sambil sinsing lengan potong bawang dan timun nak buat jelatah!

hahahaaaa...

:)

afid said...

cik azam,

amboi..meleser tak agak.

hahaha..tu memang ada la tu kalau makcik2..:)

Bunga Rampai said...

Entri ini membawa saya kembali ke zaman kecik-kecik dulu, membuat saya rindu!

Begitulah hidup masyarakat kampung yang bergotong-royong - semua kenduri macam kenduri sendiri kan?

Tapi sekarang suasana macam tu semakin berkurangan saya rasakan. Di kampung juga sudah mula ber'catering' dam guna khidmat 'wedding planner'.

Terima kasih Afid atas entri ini.

Salam :)

MASYA said...

perghh rajin cik apid kite ni yerrr...wadai kipeng kada ka?

afid said...

cik rampai,

Sekarang semua nak senang tambah2 plak ramai yang dah buat bisnes katering ni..hehe

salam..:)


masya,

waloh ganyau la..hahaha

MASYA said...

pais waloh nyaman...