malam yang sibuk, penat

Tekanan aku malam tadi wei, nak siapkan 5 perkara dalam satu malam..Fuh, memang bersilat la aku malam tadi kat dapo. Kalau ada orang kacau, mau la ada yang kene libas ngan aku. Tetiba..hehe..Mana nak mesin kek, nak bakar lagi, puding lagi dua jenis, lain patern plak tu..mau tak pening kepala!

Aku bukan nak mencabar diri sendiri konon nak buat lima perkara dalam satu malam kan..Aku memang dah set dari minggu lepas lagi memang nak buat kek coklat sebab nak pose dh ni, jadi nak la bagi kengkawan yang dah lama mengidam nak makan kek coklat + malam ni kawe nak kelik kelate..+ mili mintak buatkan kek jugak sebab menjeles nampak kek kiwi yang aku buat hari tu tuh. Jadinya dia pon nak la jugak bawak gi opis sebab hari ni ada makan2 kat jabatan dia. Aku pon dah berjanji la nak tolong buatkan..

Pening kejap aku wei, otak aku dah set sekian sekian, tup2 bertukar pulak. Susah tau dak, aku kalau nak buat apa2 kene rancang awal2, dah bersiap sedia fizikal mental. Ingat buat mende2 ni tak perlu persediaan ke? mana nak beli barang lagi..ko nak set masa lagi..waaaahh..nak tolak, tak sampai ati pulak. Jadi, kawan2..kalau nak tempah apa2 tak kira kat siapa pon..tempah la 3 hari awal..senang nak set otak, masa, nak beli barang lagi..:)


Semalam petang balik je kerja..buat apa yang patut, terus la mula..xkan nak mula pukul lapan, pukul bape lak ko nak tido kan. Setel buat puding lumut tu, buat trifle plak, sesambil tunggu jelly tu beku, masa tu la nak mandi, sembahyang bagai. Pas maghrib sambung buat base kek span tu.. tu baru siap bakar tu belum hias lagik. Kata dah janji ngan mili..mesti la kene tepati..berpinar jap mata aku.

Tengah tunggu kek span tu siap bakar, prepare utk kek coklat tu plak. Tang nak buat preparation tu yang leceh tu..nak ayak tepung lagik, mana nak bancuh coklat lagi..sambil basuh2 bekas yang belambak dalam sink tu..Sementara nak tunggu kek masak tu aku nak hias kek span tu lagi, kali ni tak buat pakai kiwi dah..pakai strawberi pulak. Lagi satu nak promote ni..Tetiba.hihi.. tengok, Europa boleh bakar sekali dua wei!! tu pon boleh lagi kalau nak tambah lagi tray kat atas2 tu..memang best lah oven ni. masak serentak plak tu, SYok!

Seb baik la Mili xde kat umah malam tadi, kuar main sukan opis dia. So, aku sorang2 je la bersilat kat dapor tuh, lagi suka..aku tak bleh kalau dalam keadaan tertekan ni banyak2 orang kat dapor walaupon sorang, nanti ada je yang tak pasal2 kene marah, lagipon kalau ada orang mula la kan sebok komplen itu ini..lagi la tertekan mek..


Ha, tu la dia..Strawberi Vanila Cake. Kira ni percubaan kedua la ni..Latihan untuk melembutkan tangan..buat yang simple2 dulu..Siap sudah cake, puding lumut, trifle, 2 bijik kek coklat. Giler tamak, sakit pinggang..pukul 1 a.m ZZZzzzzz..

Entry ni takde unsur2 riak, bangga diri atau yang seumpama dengannya..aku cuma citer apa yang aku buat je..dan pada kawan yang jauh di mata dekat dihati tu, idaklah dapat teman anto kek coklat pada kamu yang nun jauh kat HUKM tuh. maaf la ye..

Malam ni, aku balik kelate..nak menyambut pose kat sana..sebab taun ni raya umah aku dan orang tu takmo kalah, mo sambut pose kat kg dia pulak.. aku tak kesah..ikut je janji taun ni raya umah aku. hehe.. jumpa hari khamis minggu depan.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & MAAF SEGALA SALAH SILAP . :)

www.tips-fb.com

7 comments:

Jojoe said...

lamanya tuan rumah cuti..

fuh kek stoberi tu..bangga cik abang awak bawak, pasni tunggu jelah oder masuk. silat jangan tak silat.

kita pon selalu tertekan.. bnyk mende nak kena pikir serentak.. tangan pun boleh tumbuh 8. mcm senang..tapi bnyk step.

slamat berpuasa apid & hubby.

chempaka said...

erkkk....aku nak buat kek gak ah ni!!

Bunga Rampai said...

Wah, hebatnya chef Afid!

Salam Ramadhan Al-Mubarak, selamat berpuasa :)

afid said...

kak jojoe,
harapnyela..dia tak pandai nak promote..org tanya ambik tempahan ke..boleh plak dia buat senyap je..:p

cik non,
buat2..bila lagi nak asah bakat. dengarnya cik awak suka makan kek kan?ekekkee..

Cik rampai,
belum tahap chef lagi..banyak yang kena belajar lagi..suka2 je tu..hehehe

sheilazrien said...

w0ow~ hebat giller..
maj0d da lame x asah bakat buat kek nie.. hihihi..

Zawiyah Zawawi said...

salam afid...

sorry la kalau kak win menyusahkan awak dengan permintaan untuk wat trifel n puding pandan tu.. x taula plak afid ade plan lain ari tu. lagipun rasanya dah bagitau kat mili 1-2 ari sebelum jamuan tu... dia lupa agaknya..

anyway, ramai puji kek strawberi awak tu.. trifel n puding pun sedap!! x sangka plak mili nk bawak kek tu.. hehehe.. selalunya KJ yg akan sponsor kek..

camne awak deko kek tu ek... akak slalu wat kek cokelat jer... sebab yg mknnya budak2 je... tapi kek cokelat yg biasa je la... nanti boleh la ajar akak.. hehehe..

apa-apaun, teruskan usaha anda

afid said...

majod;
hahaha...itu gatal2 tangan je tu..cuba asah2 bakat terpendam.ekekeke..

kak awin,
no hal lah..itu omong2 kosong jek..ok ke puding tu? kita takut jugak kot tak menepati citarasa ke..jgn serik dhla..sila la tempah lagi..wakakaka...

kek tu pakai fresh cream je..boleh beli kt kedai bahan kek..pakai buttercream pon boleh..sila la promote..hehehe