penyakit ke tabiat?

Sejak akhir-akhir ni, setiap kali selepas aku buat sesuatu mesti kene check paling kurang 2 kali. Contoh, macam lepas gosok baju, guna dapur gas, paip air..lepas selesai je gosok baju or mandi la..aku tau dah aku tutup semua paip ngan plug2 tu sume, tapi mesti nak kene chek lagi sekali..macam tak sedap hati je rasa. Macam malam tadi, aku baru lepas gosok baju dan dah tutup pun plug iron tu, dah siap baring dah pun, tapi rasa tak sedap ati..bangun and check lagi sekali..
Lepas mandi pun sama, kekadang tu sampai tiga kali aku bukak pintu bilik air nak check balik samaada dan tutup ke belum paip air tuh..susah sangat rasanya!! Kalau nak pegi keje or balik kampung lagila..punya la risau..padahal aku takde guna pun dapur gas atau elektrik, tapi still rasa macam ada bukak..so sepanjang jalan tu asyik la risau..kot2 balik, rumah dah terbakar ke hape ke...payah ek..tapi yang aku perasan, bende2 ni baru je..dulu2 aku tak macam ni pun..penyakit ke? boleh jadi sakit otak lama2 macam ni..ada sesiapa tau macam mana nak atasi masalah ni? www.tips-fb.com

1 comment:

Leyla Shuri said...

salam kenalan afeed,

k lela dari Okinawa jenguk siapakah gerangan orang yang selalu datang rumah k lela yang kat atas bukit sakura itu.

Perangai yang afeed melalui sekarang hanya sementara, akan rasa kuat lagi jika dalam tekanan (stress). Aunty ada pengalaman ini masa muda.
Cuba hilangkan apa2 kerisauan yang ada sekarang, insya-Allah baik semula.

Thanks for the link.