29/6/10- Danish 7 bulan

Sedar tak sedar 7 bulan dah dak kecit nih. Dulu halus je..sekarang pon halus jugak. Semalam timbang baru 6.6kg. Okelah naik 600g sebulan. Aku takla risau sangat janji naik je berat jangan tak naik2 sudah. Makin besar makin banyak akal ,makin banyak songeh budak ni.

Setakat 7 bulan ni Danish dah pandai:
  • Meniarap lagi tapi still tak reti nak terbalikkan badan so karam la sorang2. haha
  • Dah mula pandai carik2 sape yang duk panggil nama dia
  • Sudah habis cucuk yang berangkai2 tuh tunggu yang setahun pulak. *tetiba rasa..aik? dah habis? cepatnya* tapi next month cucuk lagi la ye Nanish..pneumococcal 2nd dos.
  • Belom boleh mkn solid food lagi - next mont jumpa doc mybe dah boleh mkn kot..aku tengok dia mcm laparrr je.
  • Kene tinggal sorang nangis je..padahal tak kuar air mata pon..suara je lebih. So sangat la susah kalau aku berdua je kat rumah. Meraung2 macam kene dera. kadang2 sampai terbatuk2. Tapi bila nampak je muka aku terus senyap. Sangat la auta Danish.
  • Nak tido nangis, mata dah pejam..tangan gosok jugakla mata tu..tapi sambil nangis. Pening makcik.
  • Dah pandai cabut soothers kat mulut sendiri & masukkan balik..tapi main bedal je dia sumbat..asal masuk. Kadang2 plastik tu pon dia isap.
  • Dah mula nak capai2 bende depan mata. Haritu aku saje pegang mangkuk sambil riba dia. Sekali kecepek, dia tepuk.



apa tengok-tengok?


Dan ini semalam, duduk la diam2 kat belakang tu ye Danish..Kadang2 melalak jugak. Tu yang sumbat soothers kasik takde bunyik. Ni kalau aku sorang2 la..soothers ni pon ada kesnya. Asal dulu aku pakai yang biasa Japlo tu je. Nanti2 aku citer.


Akhir kata, Selamat Hari Jadi ke-7 bulan Danish..semoga membesar dan sihat hendaknya. www.tips-fb.com

10 comments:

Ann said...

Selamat Hari Lahir ke 7-bulan Danish. Munim susu manyak2 biar cepat beso. :)


Danish punya lion mcm lion Kaisya la sayang..

KAK RAINBOW said...

rupernya danish sebaya raina cuma raina tua bbrp hari dgn danish ye.

nape tak mkn solid food lg? bkn ke 6 bln dh bole beri. oo sbb danish lahir kecik ye?

soothers danish sama dgn raina tp raina kaler pink. MAM kan? nurul mmg peminat MAM. apa2 semua MAM. afid ada facebook?

afid said...

Ibu Alia,
TQ auntie!! aah..lion tu ada banyak jual n ada bunyik2. ni ayah dia yang over nak beli. sebab dulu2 masa kecik2 takde..haha



Nurul,
ADA!! nanti search je afid sanusi.

Haah, lebih kurang aina je sebab kita ingat lagi..ms sblum balik kampung tu saya selalu baca blog awak tengah pantang2 sume..sekali terberanak plak tak lama pastu..hehe..

tak boleh mkn lagi kata doc..ikut umur sepatutnya..so next month boleh makan lakot..kita tunggu apa kata juri. haha

Haah, MAM. haritu dia dah keliru puting tu yang tukar. Ngengada. tapi suka jugak sebebnarnya. haha:B

Papa, Mama & Azra said...

alololo Danish tomel....meh com sikit...berat bih kurang je dengan Azra boolat...hihihi...anak daraku kena diet...haha!!!

Jojoe said...

comelnya duduk kat kosi kuning tu

afid said...

K.dong,
kene diet k.dong? tgk takdela demok sgt..oke je..kawan kita anak dia baru pat bulan dah 7kg lebih. huhu..ke mak dia yg suh diet..


k.jojoe,
meh danish siom sket auntie jo ni..hehe

chempaka said...

danish sangat hensem!! nak buat menantu bole???? :)

osagikecik7 said...

Danish dok memolek ngan ayoh yaa, ibu nk buat triffle utk aunty.. ;-)

afid said...

chempaka,
hahaha..dulu pon fini penah tanya taknak buat perjanjian ke?

Aku rasa biarla diorang carik sendiri..wakakakaka..giler ah anak belum setahun lagi weiiiii



kak osagi,
itula..ayah dia tak tahan lama..huhu

MiLi said...

Nona: Boleh Nona nak buat menantu.. Duit hantaran Aisyah kena kasik..Hehhehehe

Osagi: Triffle..Ayah Danish pun boleh buat.. Kacang jer..