From Taiping With Love II

Sebelum aku terlupa saat-saat cemas tu, baik aku update cepat-cepat. Cemas ke? cemas la wei...dahla sakit perOt dalam kete, kat tempat orang plak tuh. Berdua je masa tuh. Mana la tak takut.


29/11/09 (Raya Haji ke-3)
-Masa ni kitaorang nak balik kampung aku kat Sg.Besar. Raya pertama tu aku beraya kat kampung Mili kat Kelantan. Kitaorang memang tiap kali raya akan balik kampung dua2. Pagi tu sebelum bertolak, semua yang aku makan keluar balik. Tatau nape, aku memang batuk2 so selalu memang muntah la sikit. Tapi haritu, habis semua keluar.


11.00am
-Bertolak balik kitaorang ikut jalan Grik dekat sikit dengan kampung aku. Masa ni jalan jem sebab isnin tu ramai orang dah nak masuk keje. Jem kat area Jeli nak ke Bukit Bunga.
-Masa ni perot aku selalu mengeras. Tapi gosok2 hilang..mengeras sebelah kanan je. Aku tak pikir la apa2 sebab selalu baby ni memang selalu mengeras.


1.30pm
-Berenti rehat kat Hentian Titiwangsa kat sempadan Kelantan Perak. Turun beli air, roti tah hape lagi. Sebelum tu buang air dulu. Masa ni perot aku masih lagi mengeras..tapi tak sakit. Masa buang air tu ada macam lendir kaler pink kat panty liner. Masa tu aku berdebar dah, tapi pikir takde apalah..lagipon tak sakit + aku selalu dengar orang kata kuar darah kalau tanda tu. Yang ni plak pink. so takde apalah aku pikir. (Rupanya bila aku baca majalah PaMa Januari 2010, tanda yang kuar tu kaler pink) So, aku memang tatau + takde pengalaman lagik.

-Lepas tu kitaorang terus bertolak, perot masih lagi mengeras..tapi aku tak cakap kat Mili pon pasal kuar tanda pink tu sebab aku rasa mcm tak penting.


2.30pm
-Baru sampai pekan Grik, masa ni perot aku dah selalu mengeras..adala dalam 10 minit sekali..gosok2 hilang..pehtu keras lagi. Mengeras, pehtu sakit lenguh2 kat pinggang sampai ke kaki. Cuak dah, Mili dah nak singgah Hospital Grik, tapi aku tak bagi sebab ntah, aku takut nurse marah cakap aku ngengada sakit sikit dah nak pegi hospital.

-Tepon maksu aku tanya, dia kata mungkin aku penat jalan jauh. Tepon plak kakak Mili tanya..jawapan pon sama mungkin aku jalan jauh tapi dia suh aku pegi hospital kalau dah sampai kampung nak check sebab apa.


3.40pm
-Sampai Hentian Tasik Raban antara Lenggong ke Kuala Kangsar nak solat dulu. Masa ni sakit lagi tapi lagi kerap + aku rasa nak berak. So berak dulu. Masuk surau, masa nak sembahyang ni memang dah sakit sangat kat pinggang. Aku sembahyang sambil duduk pon tertunduk2. Masa ni tatau la sakitnya macam mana. Macam nak berak, macam tak. Macam punggung nak tercabut pon ada.

-Habis sembahyang je..gulung2 je telekung masuk beg. Capai tudung pakai pon cincai2. Keluar dari surau aku dah meleleh2 nangis. Mili dah cuak. Masa jalan ke kereta aku rasa tak boleh nak langkah dah kaki..sakit sangat. Masa ni memang dah menangis mengongoi2 tak kira la orang pandang ke tak.

-Mili dah cuak, sambil dalam kete suh aku mengucap banyak2. Yang aku ni asik la tanya..macam ni ke sakitnye..macam ni ke sakitnye..sepanjang jalan sambil baca la apa2 yang patut. Kereta pulak banyak sangat hari tu. yela baru raya ke-3 org semua baru nak balik. Pasang emergency light pon tak jalan..Siap ada satu kete ni ingat kitaorang nak belumba ke hape. Kitaorang laju dia laju..dia tatau orang nak beranak dah ni dalam kete. Ingat suka2 nak laju2 bawak kete?


5.00pm
-Tak pasti masa sebenar, masa ni sampai je K.Kangsar, hujan turun lebat selebatnya..tatau hospital kat mana. Tanya orang kat trafik light, takde orang layan..hujan mencurah dalam kete masa bukak tingkap, dah lama baru ada respon itupon tatau kat mana hospital. Singgah petronas tanya budak kat situ.

-Jumpa hospital, terus pegi kecemasan. Aku jalan kaki turun sementara Mili cari parking. Boleh orang kaunter tu buat tatau je bila aku tanya kat mana wad kecemasan nak bersalin sampai aku tepuk meja baru respon. Korang bayang la..sakit melampau + macam ada bende nak kuar kat bawah ni.

-Aku suh mili pegi tanya. Aku dah tersandar tepi dinding hospital sambil nangis. Masuk balik kete, pegi kat tempat bersalin tuh. Jumpa nurse situ diorang buat CTG scan, tapi xde contraction. Tapi diorang kata kalau pramature, kalau sakit kat bawah tu maknanya dah nak bersalin la tu.

-Aku tatau apa cerita Mili kat luar. Yang aku lak tepon berdering2..mak aku ingat kitaorang eksiden sebab Mili tepon nangis2 cakap aku kat hospital, dia tak teringat pon nak beranak.

-Nurse, doc semua dah seluk kat bawah tu aku tatau la bape jari. Tapi tak sakit, sakit lagi perot, pinggang ni sume. Macam nak tercabut punggung ni pon ada. Peluh berjejer2 dah..diorang suh tarik nafas..lepas..nak hilang sakit tu. Masa mula2 tu sakit dia dalam 2 3 minit sekali, pehtu hilang..Tapi lama2 memang sakit je manjang..takde dah 2 3 minit sekali. Masa ni aku rasa macam ada bende nak kuar je.

-Diorang suh aku kepit2 je masa ni sebab nak tunggu ambulan nak kene bawak ke Taiping sbb kat K.Kangsar tak cukup alat nak sambut baby pramatang. Terkepit2 la aku sambil menahan sakit perut + kalau aku push aku rasa memang baby ni kuar je.


5.30-6.00pm
-Neno..neno...aku disorong dalam ambulan. Mili standby dalam kete nak follow ke Taiping. Masa dalam ambulan ni, nurse suruh aku kepit2 je..dia cakap kene tunggu jugak sampai hospital.. Dalam setengah jam jugak baru sampai hospital. Itu nasib naik ambulan, kalau kete katanya dalam 45 min.

-Dalam ambulan tu memang sakit memanjang je dah. Tarik nafas pon tak hilang jugak sakitnya. Memang dah rasa sangat baby ni nak keluar.


6.30pm
-Sampai je hospital, aku terus disorong dalam dewan bersalin. Masa tuh dah siap la doc 5 6 orang keliling katil aku. Tak pikir apa dah masa tu. Doc cakap, kalau aku rasa nak push, push je. Tetiba rasa sakit tuhilang, boleh plak gitu. hehe..aku cuak dah.

-Lepastu memang rasa nak terberak sangat sampai aku konpius ni nak berak ke nak beranak. Malu la kan kalau tetiba terberak plak kat depan diorang. Mula2 tu aku cam tahan sbb pikir nak berak kan..tapi teringat orang kata sakit beranak tu macam nak berak sangat.

-Bila aku push kali pertama tu, baru pecah water bag memancut kat doc yang duk keliling aku. Menjerit memasing..hehhe..aku sempat la cakap Soriii..

-Sakit makin kuat, aku push dalam 3x baru keluar kaki, pehtu masing2 jadi pom2 girl/boy kat tepi aku. 3 4 kali gak baru keluar kepala. Masa push tu aku pejam mata n trbersuara gak. Doc tegur gak cakap jangan kuar suara n bukak mata je..

-Ye..aku bersalin normal, tapi songsang sebab mungkin baby kecik 1.24kg je.

-Bila dah habis semua, rasa sakit melampau2 tu hilang terus. Sakit kene jahit lagi sakit rasanya sebab lama..huhu..itupon seb baik 2cm je..kalau x mau lagi lama. Masa tengah sakit tu memang adala terdetik kat hati aku, ni la yang last. Tapi bila baby dah keluar, tak teringat dah macam mana.

-Aku tak tengok pon baby..sebab diorang terus bawak ke wad kanak-kanak. Esok dah keluar baru juma baby.




Citer mili kat luar

-Kat K.Kangsar suami tak boleh masuk. Kat Taiping pon suami tak boleh masuk untuk temankan wife masa bersalin. tak macam kat tempat lain. Kenapa tah, tak paham aku.

-Ambulan laju..mili dah sesat2 kejap nak ke Taiping. Bila sampai hospital, diorang bagitau dia aku dah selamat bersalin...

Alhamdulillah...
www.tips-fb.com

7 comments:

Papa, Mama & Azra said...

ayyo...saspen nye. kitorang pon terkejut apid cepat bersalin. alhamdulillah baby ok dah. dr yang akak jumpa memang ada bagitau tanda2 nak bersalin plus akak banyak baca buku panduan tu yang mula cuak bila ada stain sbb tu tandanya membrane yang block servix masa pregnancy dah mula pecah menandakan labour dah makin hampir. tapi kalau tak sakit takper leh tunggu, kalau dah sakit kena la cepat2 dapatkan bantuan. kadang2 info yang org bgtau cam tak cukup tepat kena gaks tanya pada yang expert. derang kata darah tapi ekceli stain je kan.

afid said...

Kak Dong,
Haah..tulah..tapi kalau betul ikut duenya tahun depan, sempat la kan baca keluaran PaMa baru..hehehhee..xpe..pasni tau dahmacam mana..hahhaa..mcm berani je kan.

Bunga Rampai said...

Macam baca novel saspen!

Alhamdulillah, selamat semuanya dan moga terus sejahtera.

From me with love ... ;)

Salam Afid :)

zaimah said...

sungguh tragis episode kali nih...

nads said...

Ya Allah dapat nad bayangkan macam mane sakitnyer tuh...tp berbaloi sakit tuh, bile dapat tgk muka anak kan...huhu

asr said...

So yg episod kedua bila plak? :D

afid said...

Cik Rampai,
Mekasih cik rampai..selamat semuanya..jangan dibuat la nak berjalan mana2 kalau dah 7 bulan..hu3

salam:)


Zaimah,
aku tunggu episod ko plak..aku bagi gambaran je la kat ko ni dulu..pepehal tau macam mana..hu3


Nad,
Berbaloi..tapi saya baru je boleh tgk muka penuh dalam seminggu ni..sebelum ni tatau la rupa macam mana sebab penuh wayar sana sini ngan tiub mcm2..tap at last..alhamdulillah..harap2nya baby terus sihat. tq


cik azam,
episod dua? huh lama lagi..episod satu ni pon tak habis lagi kesannya. haha