Kerang berapi

Dah lama sangat nak cuba masak kerang berapi neh. Aku jalan2 kat blog akak2 yang rajin masak2 tu semua duk update kerang berapi. Terliur tahap melampau sampai bukan setakat meleleh tapi macam bertakung gituk air liur dalam mulut..hahhaa..teringat2 sampai tak sabar tunggu siang sebab nak pegi cari kerang.

Tapi selalu, kalau bende yang kita nak sangat memang payah la nak dapat. Ni pon seminggu aku duk ulang alik pegi kedai..asik la akak kedai tu takde ambik kerang. Makin bertakung air liur la wei..hahhaha...sembahyang pon ingat. gilo! Akhirnya..dapat jugak, lalalala..




Sampai time masak pon aku tak fikir la mili nak ke tak. haha..sebab dia tanya aku

mili : yang, kerang tu nak rebus cicah sos eh?
(oh, org pantai timur memang makan camtu kot, aku baru tau)

aku: tak, saya nak masak kerang berapi..
(selalu tu aku tak kisah ikut je..fleksibel gituk. kali ni takdela...)

mili: Ooooo...bunyik hampa...

hehehe...sori la ye pokcik..

ahah, tapi kitaorang cicah jugak sos thai, so dapat la rasa dua2...

Resepi senang je..aku pon tak salin main ingat gitu2 je..
cili padi banyak kalau nak pedas, bawang putih, dua2 tumbuk. Tumis2 ngan minyak letak sos tiram sket, air..garam sume. Kacau2..siap sudey. resepi lebih kurang je ni, takut ada lagi bahan yang terkurang pepandai la google eh.

*********************

Ni aku dah carikkan resepi sebenar, klik sini . Tak payah dah susah2 korang nak google.

www.tips-fb.com

2 comments:

Bunga Rampai said...

Belum cuba masak pun dah rasa berapi ni :P

Salam Afid, moga minggu ini yang terindah buatmu :)

afid said...

cik rampai,
memang berapi..telinga semua panas..haha


salam juga buat cik rampai.