Ikan bakar terbaik!

Jumaat tengahari, kitaorang pergi ke Jalan Bellamy kat bekalang Istana Negara mencari ikan bakar yang kononnya Terrrbaikkk. Gigih tu meredah jam dari Serdang ke sana. Nasib baik sempat. Dengan parking susahnya. Nak-nak plak, kedai dia depan surau tempat orang sembahyang jumaat.. Bercenta la nak parking weiii.

Aku first time pegi sini, sebab jauh..kalau reramai boleh ar nak pegi. Kalau nak pergi berdua dengan Mili jangan harap la..mamat tu bukan suka makan ikan pOn..so rugi je jejauh datang.

=9

Terus jatuh chenta. Memang Terrbaikkk la ikan bakar dia. Sedap giler! hahaha.. Aku tau korang penah pegi, tapi sila la layankan je aku neh. Sedap arr..lagi sedap dari kat Kuchai Lama tu. Kat sana dia bakar tapi macam berkuah camtu. Yang ni kering betul.

Dan yang penting. Sambal dia memang super meletOp arh. Pedas, masam, manis masin sekata je. Meleleh-leleh air mata, peluh, air idOng sume. hahha..Aku makan takde de nak sopan santun ayu bagai. Lagi la pulak makan ikan terubuk yang bersimpang-siur je tulang dia. Wajib la dua belah tangan. Sebelah nak pegang tulang, sebelah lagi nak suap nasik. Apa korang ingat aku makan nasik guna dua2 tangan ke. Gilo apo?

Memang Terrrbaiikkkkk dan Terrr...mantOp (serius aku tak suka Samsul Ghau Ghau cakap mantop-mantop tuh)

Ok, aku pegi gerai depan sekali. Tiang kedai dia cat kaler hijau. Aku rasa gerai tu namanya Gerai Seri Menanti. Klik kat link yang aku bagi tuh. Semua maklumat ada kat situ.

Alhamdulillah...=p

www.tips-fb.com

2 comments:

Anonymous said...

Apid kita dah pegi..tp x ingat pulak kedai mana.

Wawah..mcm2 msk skrg ni.. tgk apid rogers kat bwh tu cam respekkk ok. ni yg nak buat gak ni.. terliur..arghhhhhhhhhhh

afid said...

kunci,
hahaha..tu la kak jojoe, teringin sangat. tu yang gigih semacam. harharhar..

selamat kembali ke arena. muahahaha