Cuma aku nak bagi info sket, esok sabtu hari terakhir. boleh la kalau nak bawak anak berjalan tengok pameran pertanian & penternakan.
Tempat: MARDI Serdang, boleh masuk ikut UPM/Putrajaya.
Masa: 10.00 am - 9.15 pm
Parking: RM 2.00
Tiket tram: RM 1.00 satu hari boleh pegi memana
masuk percuma
Parking jauh jangan risau..ada truck yang akan angkut korang pergi ke hall utama. Aktiviti kat sana boleh tengok pameran, rasa2 makanan + buahan, dah rasa boleh la beli2 jugak. Selain tu ada jugak pameran hasil penyelidikan universiti tempatan, jabatan pertanian. Ada jugak kalau nak buat fish spa..jualan anak-anak pokok.
Boleh jugak nak kenalkan pada anak2 rupa pokok padi mana yang tak penah tengok..buah sawit..tengok kambing, lembu, naik kete kuda, nak naik gajah ngan unta pon boleh la pegi ke laman 3 tempat haiwan2..banyaklah aktiviti boleh buat kat sana.
ha..yang ni namanya 'mati hidup semula' . aku tatau la kalau makan ni orang mati boleh idup balik ke tak..tujuannya pon aku tatau untuk apa. tapi akak tu tengah bayar, dia beli 10 hengget.
Kat laman 3 tu jugak ada persemban Rodeo yang pertama di Malaysia didatangkan khas dari Australia. Ala..persembahan lembu2 yang mengamuk2 tu lah..ada masa2 dia jugak, aku pegi haritu dah terlepas..sib baik tak beli lagi topi koboi..kunun nak beli la topi koboi tu..baru la feel kan nak tengok..ekekkee..baik tanya la dulu kat kaunter informasi dia..kOnon aku nak pakai topi koboi la time ni..sekali xde..
sebelum teknik rebounding - spesis Angora
selepas rebounding, bertukar! -spesis Malin...hahaha..gurau je.
Tram yang bayar singgit tu boleh bawak kita ke tempat2 jauh..melawat rumah malaysia, ladang2 nenas, jagung, kopi, memacam lagi lah. Ada pemandu pelancong yang akan terangkan sumer tempat yang kita lalui.
tu dia pemandu pelancong kita..tengah cakap2.
Beramai-ramailah ke Malaysian Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show 2008!

2 comments:
nak pegi gak ah....dulu2 pegi cam takdet paper pun...tgk thn ni pulaks~
cik non,
sila la pegi dengan en awak..boleh berdating sambil melihat2 haiwan ternakan..ekekeke
Post a Comment