Mana satu nak buat dulu eh? kat dalam peti ada dah inti kelapa yang manis tu. Boleh buat kuih ketayap, kuih koci pon nak buat jugak. Aku siap bawak balik daun pisang. Eeee..tak pandainye nak buat. Tapi tulah macam yang aku cakap selalu la..semangat bereksperimen tu je yang lebih. Pau pon nak buat jugak neh. Inti banyak tu satu tupperware. gilo. Pehtu kuih bingka tepung yang kaler hijau tu pon rasa cam nak buat. Sedap je wangi bau pandan, pehtu aku suka makan yang kat kerak2 hangit tuh. Dulu abah aku rajin la buatnye. Oh hoho..abah aku pon boleh la jugak masak sket2..hehe
Aku dah beli acuan kek chiffon tu..yeayyy..mahal lak tu 14 hengget!. oke kot.
Esok jumaat lama rehat ingat nak gi Yummy kat Bangi. Nak beli acuan chiffon yang kecik sket. Nak test buat chiffon kek la. Belajar nye dah lama sangat. Cuba je yang tak pernah2 nak buat lagik. Kalau jadi, boleh la buat tuk raya haji. hehehhe..berangan aku. Boleh la bawak balik Kelantan sebijik dua kalau rajin...:P (kalau rajin je la ye..). Itu je yang mampu..nak bagi duit, tak berduit. hahahha..
Adik aku plak suh buat brownise, aku suggest buat marble cheese cake. Tetiba suh buat dua2. gilo! ingat aku mesin pe. Berangan, mana nak buat chiffon, brownise ngan cheese cake lagi..hmm..
Dapo aku penuh ngan loyang + acuan tah pape. Buatnye tah bila. haha
2 comments:
bestnya kalo berjiran.. pas-pas la sket kuih2 tu..hehehe
kunci;
best2..kalau dekat lama dah kt pas..hehe
Post a Comment