Aku geram ngan opismate aku ni..geram sebab dia poyo. Dia ni dah pakcik la jugak, tapi suka poyo2 bagi cadangan, pehtu buat keje separuh jalan. Mula2 dulu aku dengar dari jauh, dia beriya-iya nak take over keje yang dibuat bahagian lain sebab ada masalah tertukar-tukar call number bahan. Aku dengar je dari jauh..dalam hati ni mula la dia poyo je lebih nanti2 mesti kene kat orang lain.
Kan..kan masin mulut aku ni..aku dah boleh baca dah fikiran dia..dulu mula2 aku tengok dia buat sendiri, pehtu agaknye tak larat ke camne tah, dia suh aku buat..tetiba je tau. Yang aku buat geram tu bukan apa tau. sebab dia poyo je lebih. cakap berapi-api, tapi tak sampai kesudah. Aku tau bende yang nak dia suh aku buat tu bukan susah, dan itu bukan masalahnye pada aku. Tapi cara dia yang POYO tu yang buat aku geram. Pahtu aku bebel la kat dia..lantak arr kan..tak puas hati cakap je..simpan2 kang meletop. so, lepas aku bebel2 tu lega la aku. Aku bleh arr buat bende tu pon..bukan susah sangat, add dalam rekod je.
Tup2 korang, tadi dia datang tempat aku suh plak buat call no kat CD tu...apa kes, mula2 aku tanya haritu dia beriya-iya kata takde buat apa. 'apid cuma add kat tag je'. See, dia memang poyo ok. Aku smash la dia balik cakap tadi kata takde buat apa2.. pehtu sengih2 cam kerang busuk. aku oke kan je la..pehtu dia tengok aku senyap je..dia tetiba suh aku buat senarai plakkk..dia ni memang tau. nak kene. aku dah bebel lagi..nyampah la orang camni..Aku bukan malas oke. tapi aku tak suka sikap dia tu..POYO lebih2..apesal laaa ada orang macam ni kat bahagian aku. Dia oke sebenarnya..tapi part kepochi tu yang aku tak suka..eee
Pehtu satu lagi yang aku tak bape kenan, dia suka la sebut2 nama aku kat depan bos pasal keje la..contoh ginila..LP selalu datang sekali banyak..ratus2, so kitaorang ada la dateline bila kene siapkan, dia punya thesis kekadang tak banyak yg datang, so dia offer la nak tolong buat aku punya LP, aku tak kesah la kan..takkan nak kedekut plak org nak tolong. Tapi yang aku tak kenannye dia suka la cakap gini:
Bos: datang melawat kekadang tuh..bla..bla..
Pokcik kepochi: tu la pn. bos..memang banyak, sian kat apid ni..tak terkejar..tu yang kekadang sy tolong buat tu..sian kat dia..
see, pokcik kepochi jangan la sebut2 nama aku..kalau dia nak up kan diri dia tak kesah la..tapi nampak cam seolah-olah aku tak buat keje oke. konon aku ni tak terkejar la dateline sampai dia kene tolong sume..hello..sebelum pokcik kepochi ni masuk sini, aku buat sorang2 je oke..rilex je takde kepoh2 pon cam dia. sempat je sebelum dateline walaupon tak 100%. Tapi yang terlebih tarikh tu sikit je pon..
Waaaa..pesal la dia ni kepochi sangat. aku tak suka tau bebel2..sebab aku cakap kuat, nanti orang ingat aku suka2 je marah orang. Tapi dia ni suka POYO lebih + kepochi. Pokcik kepochi sila la insap..
Aku tak kesah tau kalau dia bincang2 dulu ngan aku..katala dia kata;
Pokcik kepochi: pid, sy nak bagi cadangan gini2..kat bos, tapi kalau sy takleh buat sorang, kita kn buat la sesama..boleh la aku timbang2 dulu..takdela aku bising2 di kemudian hari..ni tak, poyo je lebih.
ke aku yang salah tafsir? tapi ramai jek yang kata dia kepochi..so, memang dia kepochi la kan. hiks. :)
2 comments:
org camni mmg ada kat opis mana2 pun.. nasib tak baik dia dtg kat kita yg tak best tu!
kak jojoe,
kita kene nasib yang tak baik la..dia dtg kat kite..suka dia duduk kat bahagian ni, xde org kacau katanya, tapi duk sibuk kacau orang...hmm:)
Post a Comment