Food, cooking & family
Blog memang boleh buat kita menangis & ketawa.
Jalan sana sini..baca cerita orang sana sini. Ada yang kelakar..yang sedih..dapat info macam2. Blog aku ni aku tatau la sumbangannya apa kat korang yang datang baca. Semua bende merapu je. Takde yang interesting sangat kat sini. Tak semua aku citer kat sini. sebab aku takut orang kata aku poyo. tah hape2. Taip2 delete. Nak citer2 pasal jalan2, takyt orang kta poyo, citer pasal makan2 poyo jugak. Nak citer pasal rumahtangga pon takut orang kata poyo. Ni tengah taip ni pon aku rasa aku poyo. hahha..gila.
Arrgghhh...lega sikit. Sebenarnya aku nak hilangkan rasa sedih dari tadi menangis. Dahla kat opis. tempat aku ni open sume boleh nampak. Tak boleh nak tahan2..air mata tak boleh nak berenti. Takziah buat Kak Filla sekeluarga. Terkejut sangat, sebab selalu baca blog dia, so taula citer pasal adik dia. kalau aku jadi dia..adik yang kita sayang tiba2 kan..ni tengah taip ni pon aku nangis. mesti orang ingat aku gaduh ngan mili. Padahal tak penah langsung aku nangis kat opis kalau gaduh ngan mili. Sekarang ni pon boleh kata kitaorang tak gaduh la..lovey dovey gitu..anniversarry dah 5 tahun weh..tetiba. Masa 18/8/2012 haritu. Boleh sama2 lupa..masa kat kelantan, aku tengah tolong ma masak tetiba dia panggil keluar..pid..pid..eh, hari ni anniversarry kita eh? 5 tahun dah..mcm tu je..aku pon blur2..lupa. Kitaorang tak penah romantik2..bagi bunga ke hape ke..candle light dinner ke..memang dari dulu zaman kawan2 pon tak penah. hhahahaha..kasar je dua2..orang kata la. tapi Mili penah bagi teddy bear besar sebab aku majuk2 mintak nak. sekali ada surprise..pastu dia citer punyala malu nak beli, budak2 keje kat parkson tu sengih2 cakap nak bagi awek eh...dia boleh cakap nak bagi anak. apala..haha
huhhhhhhhh....takziah sekali lagi. Alfatihah buat arwah. semoga dicucuri rahmat.
menu takde nasik
kuih-kuih buka puasa...
Ni bila tah, tepung pelita milii beli..kebetulan dia beli barang parking depan orang jual tepung pelita, terus beli..kalau sesaja nak pegi..alololo..bercinta kot nak cari parking. Agar2 beli kat cafe kat area rumah. Banyak tu 4 ringgit yo..mahal!!kalau beli agar2 tali buat sendiri 4 ringgit tu boleh dapat satu talam besar. hahaha..main ambik je..sekali 4 ringgit. yeah..makan masa sahur jugak..
Sagu berjurai2 nama dia. hahha..nak makan kene nganga luas2 pastu laju2 masuk mulut. Tah nape tah tak melekat2..sempat ke balik keje buat kuih??....rajinnya cik apid...poyo betul..padahal masak sayur ngan goreng ikan bilis..sambal tu lauk lebih hari apa tah. Masak kurma ayam dah masak pagi2 bekal danish, so masak la terus untuk buka. tu yang sempat buat kuih sagu..kalau tak..makan nasik je ye..
Dan ini keria bola2 sakit gigi nama dia..boleh sakit gigi wei kalau termasuk gigi lubang, Tak reti aku wei..berketul2..kn kopek2 sikit, nak makan. ngeri rasa gula banyak sangat. Ni sempat buat pon sebab tak masak. Cik mon bagi nasi ngan lauk..so, bolehla buat kudap2..ada lagi 10 ketul frozen. Kalau rajin petang ni boleh sira je gula. huhu
Kuih 3 warna 3 rasa nama dia. hahahhha...pau goreng kacang ngan sambal beli. Karipap tempah jiran sebelah kat kg. Ni masa balik kampung cuti 3 hari haritu. Semua balik, so semua nak ikut anak tekak masing2..takpe2..layankan aje..balik terawikh kawan2 adik aku singgah rumah..diorang yang perabih sume kuih2.
Koci juge...aku tolong layur daun je..yang lain orang lain buat..hihi
Sama jugak, cuma tambah buah melaka..untuk orang yang tak suka karipap ngan pau goreng.
Budak paling kecoh bila orang tengah berhidang. Diala paling sebok suh orang duk sana sini. Azan lagi 10 minit sebok tarik kusi ajak makan..makan..
Salam Ramadhan
Tapi pastu cam pikir..tak elok plak senyap je terus sebab aku rasa ada jugak yang rajin dtg sini walaupon tak komen. perasan disitu. hehe..pastu aku rajin gak komen kat blog2 tertentu ni tetiba cam senyap je kan..so mcm pelik plak terus menghilangkan diri. Penat wei berblog aku rasa dah lama dari tahun 2005 masa zaman blogdrive lagi. Last2 aku senyap je terus takde buat apa2..kot2 tetiba rajin mcm hari ni kan..karang satu hal je dah poyo2 tutup, tetiba buat entry baru..huhu
so, kemana menghilangnya
Lama sangat melayan, ni sampai tahap muntah terbelahak dah ni wei..tak larat dah..aku tengok pon mcm takde perasaan. Tahap tepu dah. so kita benti la dulu..tu yang tetiba terupdate plak hari ni..haha..pitam dah tengok korea..sana sini korea rasa macam argghhhhh!!letih. so, sudah2 la tu..kebah dah demam kpop sume.
Menu atas tu bukan menu bukak pose ye..pasni aku marathon bazar ramadhan online kalau rajin la..bukan boleh harap sangat ye..kata nak update tup2 senyap terus. mcm tak biasa..haha. sehari sebelum puasa haritu, buat makan2 kat rumah dengan kawan2 opis yang comolot. saje2..dah lama tak kumpul2, borak2..nama je satu opis comolot katanya..tapi jumpa jarang2..tepon2 je kadang2. Dah makcik demam kpop kan..so harusla terperap je kat tempat duduk. nak pegi toilet pon sayang nak bangun.
Nak jemput 15 orang je..tapi dia punya pening nak masak apa tu macam nak kenduri kawenkan anak. hahha..yela..makcik mana la biasa masak banyak2 nak bagi orang makan..tak reti nak agak. karang yoyo oo ajak orang datang rumah terus takleh makan sume..so haritu makcik berhempas pulas masak gulai nenas dengan ikan duri masin, ayam goreng bersalut rempah, sambal ikan bilis petai ngan sambal belacan + ulam2...itu je la..itu pon dah pening nak masak banyak mana..hahha..teruk sgt.
Akhir sekali disudahi dengan pemanis mulut paling sedap abad ini..aku rasa la..Black forest trifle raja bersiong resepi kat blog kak TTM. Sedap giler rasa nak buat lagi hujung minggu ni..aku memang suka bende2 manis sejuk2 ni..so memang sedap la. Korang tatau la..tapi sila la buat, memang sedap!!
Tapi aku ubah sikit..yang bawah tu patut kek coklat, tapi malas nak buat, so beli je kek gulung kat bakers cottage. Rasa coklat habis, kita bedal je rasa coffee (kek gulung terbaik setakat ni jenama bakers cottage) tempat lain mcm tak sedap. tapi tataula. So dah macam ala2 tiramisu rasa dia..
Lapis no 2 aku tak letak jelly macam kak TTM, tapi letak bluberry jem, pastu baru tabur black cherry dalam tin..air dia buang sebab takmo kek basah oke..tamo2....yang lain semua sama..atas aku parut dark coklat saje..malas nak roast2 almond sebab mcm tak reti je..selalu mcm x berapa jadi. padahal letak dlm oven je kot. ntah.
Akhir kata..selamat menyambut ramdhan almubarak. Jumpa lagi kita tahun ini..:)
Portuguesse chicken bukan butterfly
Sepaptutnya entry ni aku buat 17/2/2012. Tapi sebab malas + banyak keje + tetiba rasa diri tak best terus tak update. Aku letak gambar je. Resepi ni ambik kat blog kak TTM. Ntah kenapa tah, kalau dia update resepi menggelupur je aku nak cuba. Resepi ilmu penunduk suami tu pon aku tak buat lagi. Tapi kompon tak menunduk suami pon. Suami pon tak pandang sebab dia mana la nak makan bende2 coklat ni. hahha..aku sorang je la nanti menunduk sebab gemuk sangat. haha..bengong.
Terus tak rupa butterfly dah ayam aku..berkeping-keping jadinya macam hancur hatiku berkeping2 sebab abang ayam salah potong. Rasa nak nangis kat gerai ayam..terus kata takpe2...takpelah..sob2. Masa tu hari jumaat, aku dah target nak tunjuk aksi masak2 ni kene tunggu hari minggu je. So jumaat tu pegi pasar malam. Jalan2 pusing2 gerai jual ayam nak carik ayam palingggg kecikkkk...sebab nanti kalau besarrr punya tak habis nak masak sekor sebab kata nak buat butterfly chiken kan..rama2 la sangat. terus rupa macam rama2 patah sayap gitu. haha
Dah pusing2 kat tempat abam ayam kegemaran, ada ayam sekor kecik comel je 9 hengget. Dalam hati xpe..kalau tak habis boleh kita siat2 buat sandwich katanya..omputih sangat..makan sandwich siat2 ayam ni. hahha. Abam ayam pun offer..ayam kak...aku pusing kiri kanan..oke line clear takde orang.
Aku: yang ni la..sekor. Tak tanya harga dia dah siap harga kat ayam tuh.
Abg Ayam: Nak potong ke?
Aku: Potong lah...potong macam ni..saya nak belah tulang belakang dia jangan kasi putus tau.
Abg ayam: sengih2...gelakkan aku la tu kot. Acu2 pisau..macam ni ke?
Aku: Bukan...aku plak gi tolong ajar kat situ..kahkahkah..potong tulang belakang ni takmo putus..separuh je..poyo betul
Abang ayam: sengih2 lagi + macam pening kepala tak paham tapi buat2 paham.
Kawan abang ayam: Dia nak potong dada je tu...
Aku: Pandai2 je...(dalam hati)..saya nak grill ayam tu
Kawan abang ayam: Grill? muka dah pelik2.
Aku: ha tu la..tadi macam reti sangat (dalam hati jela pon..hahha)
Abang ayam: terus tap tap tap potong tulang belakang ayam sampai kedepan terus dia belah 4. Pehtu tanya macam ni ke?
Aku: alololo....somelnya lah..(haha xde la aku cakap) terus cakap..ala...salahhhh...takpe takpe la...sebab dah banyak pulak orang datang kat tempat dia.
Tu yang terus jadi 4 keping ayam aku, simpan je la sekeping..masak 3 keping je. tu pon ada lebih lagi sekeping. Itula...lenkali potong je sendiri kat rumah..sebelum tu aku tengok dah kat youtube camane nak ptong butterfly tu tapi sebab orang jual ayam dah offer kan...ingatkan reti..terus patah hati berkeping2 jadinya. hahhaa..